laman ini sedang dalam penambahbaikkan..
sebarang kesulitan amat dikesali..

hujan itu membisikkan kisah buatku...

Thursday, March 19, 2009

hujan lebat itu adalah nikmat dariNya..bersama hujan juga hadir bisikan kenangan silam... pelbagai kisah hadir dan timbul apabila soal hujan dibangkitkan...

responden 1: apabila ditanya soal hujan...seorang sahabat mengatakan..aku takut pada hujan kerana bersamanya hujan adanya guruh dan kilat...hujan kadangkala menyusahkan kehidupan..baju yang dibasuh lambat kering.

responden 2: apabila ditanya soal hujan...apa lagi..tidurlah...hehe..

responden 3: apabila ditanya soal hujan...akak teringat ayah akak, pada suatu hari yang hujan turun dengan lebatnya..seseorang telah memberitakan pada akak berita pemergian ayah...

responden 4: hujan itu membisikkan kisah buatku...kisah aku bersama dia...dia yang bergelar ayahku...hujan di pagi hari..ku terkenangkan susah payah ayah berulang-alik menghantar aku dan adik2 ke sekolah meredah hujan di pagi hari menggunakan motosikal..memandangkan kami tidak punya kereta seperti orang lain..kami dipakaikan dengan baju hujan plastic dan menggunakan plastic barang sebagai penutup kepala..meredah hujan lebat di pagi yang sejuk..

andai hujan terlalu lebat di pertengahan jalan..ayahku akan menghentikan motosikal di mana2 tempat yang boleh menumpang berteduh..dan apabila hujan reda, perjalanan diteruskan..

itu adalah kisah hujan di pagi hari..dan aku masih punya banyak kenangan bersama ayah ketika hujan…

0 comments:

Post a Comment