laman ini sedang dalam penambahbaikkan..
sebarang kesulitan amat dikesali..

MANHAJ MENGANALISA INFORMASI MENURUT ISLAM

Tuesday, March 17, 2009

Salah satu sikap (mawqif) yang harus dimiliki oleh orang mukmin terutamanya di kalangan para intelek mukmin adalah sikap ber “husnuzhan” (berprasangka baik) kepada saudara sesama mukmin, sepanjang orang itu dikenali dan diketahui akan keikhlasan dan keimanan terhadap Allah swt.

Di dalam sekolompok masyarakat, terdapat di dalamnya sekumpulan manusia yang mempunyai pelbagai pandangan pemikiran dan pendapat. Setiap pendapat yang dimiliki itu bersifat wajib ke atasnya ihtimal al-khatha’ yang bermaksud mengandungi peluang untuk salah, sebagaimana kata Imam Asy-Syafi’i:

“pendapatku benar tapi mungkin juga salah, dan pendapat selainku salah tapi mungkin juga benar”

Wajib Membuat Semakan Dan Pemeriksaan Terhadap Maklumat Yang Tidak Jelas Kebenarannya

Allah swt berfirman di dalam surah Al-Hujurat ayat ke-6 yang bermaksud:

“hai orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”

Di dalam ayat di atas, Allah swt memerintahkan orang mukmin agar tidak menerima sebarang khabar angin daripada orang fasik yang tidak jelas bukti kebenarannya tanpa melakukan sebrang pemeriksaan dan semakan maklumat. Sementara Imam Al-Alusi menyatakan bahawa makna fasik itu adalah orang masih suka melakukan kemaksiatan, atau masih suka melanggar salah satu aturan agama.

Mudah Berprasangka Adalah Ciri Kemunafikan

Jika kita membuat penelitian yang mendalam terhapap kandungan al-quran, maka kita akan mendapati bahawa sifat mudah berprasangka merupakan watak dari orang-orang munafik sebagaimana firman allah swt yang bermaksud:

mereka tidak lain hanya mengikuti sangkaan-sangkaan, serta apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka…(An-Najm; 23)

Dan mereka tidak memiliki suatu pengetahuan pun tentang itu. Mrereka tidak lain hanya mengikuti persangkaan, sedangkan persangkaan itu tidak bermanfaat sedikitpun terhadap kebenaran (An-Najm; 28)

0 comments:

Post a Comment