laman ini sedang dalam penambahbaikkan..
sebarang kesulitan amat dikesali..

Krisis Ekonomi Malaysia dan Kesannya ke atas sektor pertanian

Thursday, April 9, 2009

Fatimah Mohd Arshad
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang Selangor Malaysia
Emel: fatimah@econ.upm.edu.my

Abstrak

Penulisan ini bertujuan melakarkan secara ringkas kesan krisis mata wang RM keatas sektor pertanian Malaysia. Krisis ekonomi yang melanda adalah kesan sampingan fenomena globalisasi ekonomi dunia pada lewat 1990an. Kertas dimulakan dengan ulasan senario yang membawa kepada krisis tersebut. Beberapa penelitian umum dibuat mengenai kesan krisis tersebut kepada beberapa sektor ekonomi seperti imbangan perdagangan, eksport pembuatan, komoditi pertanian, import input, guna tenaga dan harga pengguna.

PENGENALAN

Sejarah menunjukkan bahawa krisis mata wang merupakan fenomena lazim dalam kitaran ekonomi. Cuma krisis lewat 1990an ini yang melanda Asia Timur dan Asia Tenggara adalah yang paling teruk dialami dirantau ini. Krisis seperti ini telah berlaku sebelum ini seperti di Eropah 1992-3, Amerika Latin 1994-5 dan kini Asia semenjak 1997. Skel atau magnitud krisis Asia kali ini adalah yang paling padah pernah dilihat oleh dunia. Negara yang terjejas dengan teruk akibat krisis kewangan tersebut termasuk Indonesia, Korea, Thailand, Malaysia dan Filipina. Indonesia misalnya pada awal 1998, nilai Rupiah jatuh sebanyak 80% berbanding dengan nilai US$, Thailand, Korea Selatan dan Filipina mengalami penurunan antara 30-50% (Jadual 1). Pasaran saham di kelima negeri tersebut menjunam turun dan kerugian diandaikan sebanyak 60% dalam nilai USD daripada nilai pada awal 1997. The Economist (1998) menganggarkan bahawa hampir US$600 bilion nilai KDNK di rantau tersebut telah hangus begitu sahaja akibat daripada penurunan nilai saham tadi. Para ahli ekonomi berpandangan bahawa krisis ini berpunca daripada gejala globalisasi yang mula bertapak dalam pasaran kewangan dunia pada pertengahan 1990an. Negara-negara yang menampilkan struktur fundamental ekonomi yang lemah, telah dimangsakan oleh proses ini. Apapun, nyata krisis ini merupakan kitaran buruk yang tidak dijangka bagi Asia dan Malaysia setelah rantau ini mencatatkan pertumbuhan yang paling pesat selepas ekonomi pulih lewat 1980an. Dalam satu dekad yang lepas, pelaburan di Asia telah mencapai tahap US$9 bilion. Tetapi pada akhir tahun 1997, perkara sebaliknya berlaku, modal sejumlah US$12 bilion telah mengalir keluar daripada kawasan ini.

baca seterusnya...

0 comments:

Post a Comment