laman ini sedang dalam penambahbaikkan..
sebarang kesulitan amat dikesali..

"metamorfosa"kan mekanisma dakwah

Thursday, April 16, 2009

kelmarin hanya tingal kenangan..
bersama peristiwa semalam,
adakah hari ini yang ku tempuh,
kan bersinar untuk hari esok...

alunan lagu firdaus, cinta dan harapan membawa ku mengimbau seribu kisah yang telah berlalu.. bernostalgia seketika (kata seorang pimpinan GAMIS dalam satu program suatu ketika dulu)

lagu firdaus ini mengingatkanku pada kisah di bangku sekolah dulu.. alkisah memang budak nakal sejak sekolah lagi..nak dijadikan cerita, aku memang minat menulis terutamanya cerpen.. selain daripada cerpen memang aku takkan tulis walaupun merupakan kerja sekolah yang diberi guru..sampaikan aku dan beberapa orang kawan memboikot kelas tersebut bila cikgu memberikan latihan menlis karangan berbentuk fakta..hehe (ampun cikgu..). di"relate"kan dengan lagu ni, lagu ni dijadikan intro kepada cerpen yang pernah ditulis. and memang dapat a++ dengan cerpen tu.

entah mengapa, mood untuk menulis tulisan berbentuk cerpen atau novel timbul kembali..
"angin petang ini seolah2 meniupkan udara segar dari desa tercinta nan permai. gemersik bunyi dedaun padi yang bersentuhan, kicau beburung... "

novel islami pertama yang pernah kubaca ketika di tingkatan 3 bertajuk duri sarajevo (tak ingat penulisnya) berkenaan dengan kisah peperangan di bumi sarajevo. membentuk fikrah perjuangan dengan menerapkan ciri2 islam, ketauhidan dan pemupukan semangat jihad..

setelah beberapa buah membaca novel berunsurkan keislaman, sekadar pengamatanku penulisan sebegini amat memberikan impak yang besar terutamanya di kalangan anak muda samada lelaki ataupun wanita..bentuk penulisan santai ini amat menarik minat golongan remaja dan tanpa sedar membentuk fikrah keislaman dalam diri pembaca.

mekanisme penulisan atau dakwah melalui penulisan perlu ditukar bentuk mengikut kehendak pasaran pembaca. biarkan dakwah bermetamorfosa, sebuah e-book yang kubaca menuntut supaya kader-kader dakwah merubah bentuk atau mekanisme penyampaian dakwah mengikut kehendak manusia tetapi memandu ke arah matlamat yang tidak pernah berubah iaitu ke arah mengajak manusia kesemuanya untuk mengabdikan diri kepadaNya..

alangkah baiknya kalau ada di kalangan cerpenist atau novelist yang sudi untuk menterjemahkan kandungan buku mazaya'ni ke dalam bentuk novel. AKU?? nanti2la..

1 comments:

Rizan said...

Duri Sarajevo...ade pengalaman pahit menerbitkan karya tersebut setelah ditolak berkali-kali oleh byk syarikat penerbitan. Ana tak putus asa. Karya ini perlu diterbitkan sbg usul dakwah. Akhirnya..... Cuba pula baca novel Naluri....2001, kisah perjuangan anak2 muda kampus yg cintakan keamanan. Jgn lupa baca novel terbaru ana.....Layar Impian....2009, kisah anak remaja yg berusaha menggapai impian ke menara gading... Syukran atas sokongan semua. Ana takkan berhenti berdakwah menerusi penulisan sehingga ke akhir hayat. Insya-Allah.

Post a Comment