laman ini sedang dalam penambahbaikkan..
sebarang kesulitan amat dikesali..

hidupkan kembali budaya menulis..

Thursday, May 13, 2010

Ibu Guru : ok, siapa yang mau nanya? kok, annisa terus yang bertanya. Yang lain ngak ada. Ok, silakan Annisa

Annisa : tadi ibu bilang kalau semua orang bisa nulis. Kalu gitu apa yang harus kita tulis bu?

Ibu Guru : apa saja yang ingin jadi keinginan kamu. Tapi apa yang lebih bagus lagi, apa yang menjadi concern kamu. Apa yang menjadi concern kamu?

Annisa : kebebasan

Petikan dialog antara daripada filem yang mencetuskan kontroversi di Indonesia berjudul Perempuan Berkalung Sorban. Filem ini dikatakan cuba memburukkan system pendidikan islam di sekolah pondok (pesantren). Namun, penilaian ke atas filem ini bergantung kepada penonton untuk menilai samada dengan kaca mata positif atau negative.

Artikel kali ini bukanlah untuk membicarakan soal kontroversi filem perempuan berkalung sorban, mahupun soal kebebasan wanita sepertimana yang menjadi konsentrasi watak Mbak Annisa, atau soal kemerduan suara Siti Nur Haliza dengan lagu ketika cinta yang menjadi soundtrack filem ini. Tapi kali ini perbincangan mengenai menulis.

M.E.N.U.L.I.S.

Menulis bukanlah sejenis kuih yang enak dimakan dan jauh sekali adalah sejenis alat ajaib yang boleh didapati daripada poket doraemon. Menurut kamus dewan, perkataan menulis bolehlah diertikan sebagai …..

Ustaz A. Ubaidillah Alias melalui tulisannya di dalam novel berjudul Warkah Cinta Berbau Syurga menerangkan bahawa menulis adalah suatu proses yang bermatlamatkan menyampaikan sesuatu maksud tertentu. Menulis adalah menyatakan sesuatu yang berada di dalam minda. Sama seperti bercakap atau berpidato. Bercakap dan menulis memerlukan bahasa. Jika ada bahasa, barulah wujudnya komunikasi.

Budaya facebook vs budaya menulis

Kajian ini hanya dibuat berdasarkan penelitian dan pemerhatian serta ke beberapa blog anak muda. Berdasarkan kajian ini, dilihat beberapa buah blog ini kian lesu selepas fenomena facebook (termasuk blogku sendiri..huhu) Entry baru semakin berkurangan dan pastinya budaya menulis semakin berkurang. Mungkin penggunaan facebook yang lebih mudah dan capaian kepada orang lain yang lebih cepat. Entry yang dibuat lebih ringkas tanpa perlu memerah otak untuk menulis panjang menjadikan facebook menenggelamkan penggunaan blogspot, wordpress atau apa saja. Jadi, kesimpulan yang dibuat, facebook menenggelamkan budaya menulis di kalangan rakyat Malaysia terutamanya anak muda.

Kesimpulan

Kembali kepada petikan dialog di awal artikel ini. Tulislah sesuatu yang menjadi konsentrasi anda. Kerana dari menulis kita mampu menyampaikan sesuatu ilmu untuk dikongsi bersama. Hidupkan kembali peranan penulisan sebagai media utama dalam menyampaikan kebenaran. Teringat artikel Pakaq dalam blognya (zainulfaqar.wordpress.com) bertajuk Media Massa Era Nubuwwah. Betapa media memainkan peranan yang amat besar dalam proses kemenangan Islam. Bersama kita hidupkan budaya menulis supaya bukan sekar kita mampu menajamkan pemikiran sendiri malah mampu menyampaikan sesuatu kepada orang lain. Wallahu ‘alam

Note:

1. apa yang menjadi konsentrasi aku pada masa ini?? Piala Thomas Malaysia vs China (14 MEI 2010).. nntkan kisahnya…

2. Menulislah krn menulis mngajar kita spy pndai menulis..(menulis ka menaip ya? Apa2 ja la..)


13 Mei 2010, 9.48 am

Tepi Tingkap, Aras 2, Villa Hamzah

Simpang Empat, Perlis

0 comments:

Post a Comment