laman ini sedang dalam penambahbaikkan..
sebarang kesulitan amat dikesali..

ERTI RAMADHAN PADA DAIE

Sunday, August 15, 2010

ramadhan datang lagi...bulan penuh maghfirah dan keampunan...semoga kita tergolong dalam golongan hamba-hambaNya yang beriman semata-mata keranaNya...dan bukan sekadar kerana hadirnya Ramadhan...justeru, bila ramadhan pergi nanti, haruslah diistiqamahkan amalan sepertimana di bulan Ramadhan..ramadhan sekadar perintis atau pembuka jalan ke arah ketaatan semata-mata keranaNya...ramadhan adalah sekolah persiapan bagi menghadapi 11 bulan yang lain...
NIKMATNYA RAMADHAN..

petang semalam, berkesempatan berbuka puasa di Masjid Jamek, kompleks petanian serdang atau lebih dikenali sebagai Masjid Mardi. terasa indahnya kehidupan beriman dalam ketaatan kpd Allah swt.. program bermula sekitar jam 7.10 ptg dengan bacaan tahlil, sehinggalah hampir ke waktu maghrib. kemudiannya semua jamaah bersedia dalam bulatan dan barisan, menghadap makanan dengan tertib dan beradab,dan segera berbuka puasa sekadarnya dengan jamuan yang disediakan.

suasana bergerak tenang dan tidak tergopoh gapah, sekitar 10 minit shj berbuka, dan beramai2 bergerak mendirikan solat maghrib berjemaah..bagi yang berkesempatan, solat sunat sblm maghrib masih sempat dilaksanakan kerana masih ada ruang masa..

seterusnya, membaca al-quran samada secara berkelompok atau bersendirian..begitulah seterusnya sehingga ke solat isyak secara berjamaah, seterusnya diikuti dengan solat tarawikh 8 rakaat diselangi diantaranya dengan tazkirah ramadhan daripada ust2 terpilih...

indahnya kehidupan beragama..terasa ruh kesufian sejuk mengalir dalam jiwa....mmmm

RAMADHAN BAGI PARA DAIE

bagaimana pula penghayatan Ramadhan bagi para daie??? pastinya berbeza kerana kadangkala tidak berkesempatan meraikannya secara bersendiri, sentiasa dalam kesibukan menguruskan program ramadhan....pening kepala memikirkan adakah program yang dianjurkan dapat menarik ramai pengunjung, seterusnya memberikan impak positif kepada pengunjung...ahhh...pusing lagi...ya lah...waktu petang sibuk menguruskan juadah berbuka bagi

"akak, saya rasa macam tak dapat menghayati Ramadhan kali ni. program Ramadhan kolej banyak sangat..mana lagi dengan program persatuan..." luah seorang adik yang aktif dengan usaha gerakan islam..

"k.kama, adik-adik kat kolej ramai yang mengadu tengah tension, pening kepala handle program ramadhan kat kolej, ada y cakap tak dapat nak sambut ramadhan dengan baik" keluhan sebegitu terdengar lagi...

saya yang mendengar hanya mampu tersenyum segaris... kalimat apakah yang perlu dikatakan... hmmmm

KEFAHAMAN Tunjang KETENANGAN...

Ramadhan adalah pesta ibadah...pesta bagi umat islam untuk kembali kepada fitrah...kembali kepada ketaatan kepadaNya...lihat saja di mana2 masjid atau surau, pasti ramai umat islam yang bertandang bagi mengerjakan ibadah kepada Allah...

buat adik2ku... ibadah bukan sekadar berpuasa di siang hari, bukan sekadar solat 5 waktu ditambah dengan amalan sunat...bukan sekadar itu.. ibadah adalah segala amalan yang dilakukan dan disandarkan semata-mata kerana Allah swt...

yakinlah adik2...dalam penat kita menganjurkan program ramadhan, dalam perit dan letih dalam kerja membentang tikar bagi solat tarawikh berjamaah, dalam pening dan pusing kepala dalam memikirkan urusan dakwah di kolej-kolej kediaman dan di sekitar kampus, pasti ganjaran yang Allah janjikan itu amat besar nilaiannya, tambahan di bulan ramadhan al Mubarak yang mana setiap amalan yang dilakukan dijanjikan ganjaran berganda...perghhh...tak terhitung ganjarannya..namun syarat yang pasti, keihklasan semata-mata kerana Allah swt...

dalam bergerak kerja, kefahaman haruslah didahulukan..kerana dari kefahaman barulah kita mengerti mengapa kita perlu melakukan sesuatu..dan dari situlah terlahirnya ketenangan dalam bergerak kerja...semoga ramadhan menjadi medan pencetus kepada kemenangan yang dinanti-nantikan...

yang ku nanti-nanti...Islam disanjung tinggi...

wallahu a'lam
masjid Putra, UPM

READ MORE - ERTI RAMADHAN PADA DAIE

MAHASISWA DAN GERAKAN

Friday, August 6, 2010

mahasiswa sana-sini...
























































































































gerakan mahasiswa kini...
lesu atau bagaimana??? dan mengapa???

kelesuan mahasiswa kampus, antara puncanya adalah

  • kehilangan idealisme sebagai seorang mahasiswa yang mahu merubah keadaan masyarakat (dalam kampus atau masyarakat luar kampus) ke arah budaya kehidupan yang lebih baik..
  • kurangnya sikap pedulisme dan kurangnya elemen inisiatif dalam menyusun gerakan.

sekadar memberi pendapat....

Kompleks mahasiswa, UPM
READ MORE - MAHASISWA DAN GERAKAN

R.A.M.A.D.H.A.N MADRASAH KEHIDUPAN...

Wednesday, August 4, 2010

sedar tak sedar, lebih kurang seminggu lagi, ramadhan bakal menjengukkan wajah kembali...bulan penuh barakah dan maghfirah kurniaan Allah swt buat hamba-hambaNya...hadiah istimewa terutamanya bagi hamba-hamba yang sentiasa ingin dekat dengan Pencipta...

bulan penuh rahmat dan keampunan merupakan sekolah buat insan bagi menjana tenaga dan energi bagi menghadapi 11 bulan lagi yang penuh mencabar. ramadhan hakikatnya adalah sekolah bagi membentuk sikap dan membina mahmudah dalam diri insan...

Ramadhan adalah sekolah...ramadhan adalah universiti...medan membina dan mentarbiyah... tarbiyah yang diterima langsung dari Allah...

ramdhan bakal menjelma kurang daripada 1 minggu lagi..namun belum pasti kita dapat merasainya kerana belum pasti kita masih berpeluang untuk bernafas sehingga ke saat itu...
dan seandainya kita dapat menghadapinya, adakah kita telah bersedia untuk mengejar rahmatnya sebaik mungkin??

rindu RAMADHAN...

READ MORE - R.A.M.A.D.H.A.N MADRASAH KEHIDUPAN...