laman ini sedang dalam penambahbaikkan..
sebarang kesulitan amat dikesali..

R.A.M.A.D.H.A.N MADRASAH KEHIDUPAN...

Wednesday, August 4, 2010

sedar tak sedar, lebih kurang seminggu lagi, ramadhan bakal menjengukkan wajah kembali...bulan penuh barakah dan maghfirah kurniaan Allah swt buat hamba-hambaNya...hadiah istimewa terutamanya bagi hamba-hamba yang sentiasa ingin dekat dengan Pencipta...


bulan penuh rahmat dan keampunan merupakan sekolah buat insan bagi menjana tenaga dan energi bagi menghadapi 11 bulan lagi yang penuh mencabar. ramadhan hakikatnya adalah sekolah bagi membentuk sikap dan membina mahmudah dalam diri insan...

Ramadhan adalah sekolah...ramadhan adalah universiti...medan membina dan mentarbiyah... tarbiyah yang diterima langsung dari Allah...

ramdhan bakal menjelma kurang daripada 1 minggu lagi..namun belum pasti kita dapat merasainya kerana belum pasti kita masih berpeluang untuk bernafas sehingga ke saat itu...
dan seandainya kita dapat menghadapinya, adakah kita telah bersedia untuk mengejar rahmatnya sebaik mungkin??

rindu RAMADHAN...

0 comments:

Post a Comment