laman ini sedang dalam penambahbaikkan..
sebarang kesulitan amat dikesali..
Showing posts with label revolusi minda. Show all posts
Showing posts with label revolusi minda. Show all posts

"jika tuan mempunyai hajat yang hendak disampaikan kepada Allah, beritahulah kami"

Friday, August 7, 2009

Abdul Wahab B Ahmad al Sya'rani, seorang ulama Mesir yang dilahirkan pada tahun 898H dan wafat pada tahun 973H. Beliau sempat berjumpa dengan Imam al-hadis Mesir, Jalaludin al-Suyuti dan pernah belajar dengan ulama-ulama terkenal seperti Sheikh Zakaria al-Ansari, Nasiruddin al-Laqani, Syihabuddin al-Ramli dan lain-lain.

Singkat cerita, al-Sya'rani kemudiannya terkenal sebagai ulama mesir yang mempunyai ramai murid. bukan hanya itu, tokoh-tokoh besar kerajaan juga sering berkunjung ke tempatnya.

saya teringat suatu kisah. suatu hari, Perdana Menteri Ali Pasya berkata kepadanya:


"Esok, aku akan menghadap sultan. jika engkau mempunyai hajat yang hendak disampaikan kepada sultan, beritahu kami."

Apakah jawapan al-Sya'rani?

Sebagai ulama yang berbangga dengan kedudukannya di sisi Allah swt, beliau hanya tersenyum lalu berkata:

"Alhamdulillah, kami tidak memerlukan apa-apa dari sultan. Namun, jika tuan mempunyai hajat yang hendak disampaikan kepada Allah, beritahulah kami"

mendengar itu, Ali Pasya tunduk beberapa lama. Dia lalu berkata "Astagfirullah. kalian sangat bergantung kepada Allah, sementara kami sangat bergantung kepada hambaNya. Kalian yang lebih benar. sebab Allah memiliki semua kerajaan di langit dan bumi"

dipetik daripada majalah SOLUSI: bangga menjadi HAMBA ALLAH..isu no=10

terdetik untuk memasukkan kisah yang baru kubaca ketika berada di kampung menghabiskan cuti khas baru2 ini..kisah-kisah kebergantungan para sahabat dan para ulama terhadap Dia yang maha Satu kerapkali kita dengar, namun sejauh mana kita juga meletakkan kebergantungan hanya kepada Dia.

READ MORE - "jika tuan mempunyai hajat yang hendak disampaikan kepada Allah, beritahulah kami"

iktibar GEMPUR PMIUPM: part 1

Tuesday, June 30, 2009

perlunya mahasiswa menjadi penyumbang kepada masyarakat..

seperti yang telah dikongsikan dalam posting sebelum ini, beberapa perkara ingin dikongsikan bersama buat halwa minda kita semua. namun, kiranya cetusan kali ini bukan sekadar halwa minda namun lebih kepada "membius minda menerjah rasa"...heheh

apa ya? mmm..sebelum bahtera minda bergerak lebih jauh, jom kita cuci mata dengan beberapa keping gambar pada hari kedua gempur PMIUPM menyambut pelajar baru di padang kawat UPM..kisah hari pertama akan menyusul selepas ini dengan aksi yang lebih tragis...

zassssss.......


sibuk melayan tetamu...

macam berat je plastik tu cik kak!!
baik2..jgn termasuk skali dalam perut bas tu..hehe
kontrol macho!!! kontrol macho!!!karisma seorang yb..yb aisyah..

bas pun kena beratur panjang..banyak barang dik!!!

fuh!!!penuh satu bonet..
bantal busuk pun bwk skali ker?

ragam adik2 comel..

apa pandang2!!!

cak!!!mmm..alamak, jaga jgk la..

makhluk tak berkepala mana pegang2 aku ni...

pipi yang sedap dicubit..

mak!!ade orang nak belon adik..

adik hebat!!

air free pmiupm...


posing2 petugas..

sekitar jam 4 petang..dah ramai ibu bapa yang balik..

Tak larat dah nak upload gambar..banyak gambar n serasanya agak meriah dan best…

sudah cukup rasanya anda tersenyum atau merasai kemeriahan yang hanya seketika itu..

hari ini (posting ni dibuat) adalah hari rabu iaitu hari 3 hari selepas GEMPUR PMIUPM…dah agak basi apa yang ada dlm hati namun perasaan yang terbuku semasa bertugas tetap ada..

“tak patut betul la tnc bagi arahan semua PU(pembantu universiti) tak boleh tolong angkat beg parents. Mmg tak sampai hati tengok diorang angkat banyak barang. Lantaklah..aku nak tolong angkat jugak” luahan hati seorang PU (kawan baru) yang tak tahu namanya..tak sempat nak taaruf. Panjang or pendek.

Alhamdulillah..nilai kemanusiaan seorang mahasiswa masih ada..tahniah buat anda!!! Dan di atas nilai kemanusiaan yang ada inilah kami mahasiswa2 UPM seramai kurang 20 orang menyambut kehadiran ibu bapa dan pelajar baru. Terik panas bukan penghalang..perbezaan pendirian bukan alasan..

Teringat peristiwa sekitar 4 tahun lalu juga di bumi hijau, kampus ilmu UPM ini..aku dan keluarga datang untuk mendaftar diri sebagai mahasiswa di Kolej Kediaman Ke11. Agak beruntung kerana kenderaan boleh di”parking” di kawasan kolej dan ada troli untuk mengangkut beg ditambah pula dengan kemudahan lif walaupun bilik penginapan hanya di tingkat 2..

Cuba banyangkan ibu bapa dan pelajar yang mendaftar yang terpaksa parking kenderaan di padang kawat, ditambah pula dengan perjalanan jauh lebih daripada 4-5 jam memandu dan terus ke tempat pendaftaran..pilu rasanya hati memandang wajah2 penat ibu bapa yang datang untuk mendaftar anak2 mereka…

Terbayang juga wajah mak dan ayah yang kali ini membawa adik perempuanku untuk mendaftar diri di UUM pada hari yang sama (ahad)..moga2..tiada kesusahan sebegini..

“dik, tak boleh ke saya nak hantar barang-barang adik saya terus ke depan kolej..banyak barang ni”tanya seorang encik yang sedang menunggu adiknya yang sedang membuat ujian saringan H1N1 kepadaku ketika aku berada di sekitar dewan besar UPM pada hari pertama pendaftaran..mungkin encik berkenaan menyangka aku adalah urusetia bertugas..kerana logo PMI yang merata-rata menampakkan bahawa PMIUPMlah tuan rumah yang meraikan tetamu yang hadir..

Terkelu lidah nak menjawab..”tak boleh encik..kita nak elakkan jalan jam..kalau jalan jam lagi susah nanti” jawabku membela peraturan yang dibuat..menjaga nama university sedangkan dalam hati nak jawab macam ni. “saya pun tak tahu nak cakap macam na encik. Kalau saya da kuasa memang nak ja saya bagi ibu bapa hantar sampai depan kolej..memang tak patut langsung la university buat macam ni, macam tak beradab dengan tetamu macam ni..”

rasanya nak masukkan plak wajah2 kekecewaan ibu bapa...riak2 kepenatan dan kelelahan...peluh2 di bawah terik mentari..tapi maaf, dah tak larat nak upload..

Cadanganku….

Kepada pentadbiran universiti yang tercinta…

1. Dalam usaha mengelakkan kesesakan lalu lintas (yang melampau seperti yang ditakuti berlaku sekiranya semua kenderaan boleh masuk direct ke kolej), saya menyarankan untuk sesi pendaftaran akan datang, maksimumkan pertugas2 atau pembantu university bagi menghadapi kerja2 teknikal seperti mengangkat beg ini. Kenderaan ibu bapa boleh masuk terus ke depan kolej HANYA untuk drop barang n penumpang lain yang nak turun ke kolej dan seterusnya terus bergerak ke tempat parking khusus seperti padang kawat. And ada bas yang hanya perlu membawa driver terbabit kembali ke kolej. PU2 bertugas, berikan komitmen terbaik anda. Bekerja tangkas dan pantas..

Kepada PMIUPM…

1. Perkasakan GEMPUR anda..teruskan perjuangan anda dalam menjadi agen dan suara masyarakat..bantu mereka..anda harus mencetuskan kembali gelombang gerakan mahasiswa dari rakyat kepada rakyat..mungkin kehadiran rakyat ke kampus dilihat sesuatu yang enteng tapi ini bukan bermakna kehadiran mereka perlu dipandang sebelah mata..

2. buka penyertaan kepada semua mahasiswa untuk prihatin dengan tetamu university yang hadir..kerana dari kesusahan yang terlihat di depan mata akan terus membina kesedaran terus dari hati kita yang terdalam..bawa mahasiswa untuk merasai penderitaan rakyat dan masyarakat..

3. perbanyakkan program bersama masyarakat sekitar..cukuplah andai anda sekadar turun ke lapangan rakyat untuk bergotong-royong membersihkan kawasan..anda perlu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap mahasiswa..

kepada aku..

1. sudah2 la berleter..posting ni dah terlalu panjang..

READ MORE - iktibar GEMPUR PMIUPM: part 1

BEKU 2: revolusikan minda

Friday, April 10, 2009

sambungan daripada artikel BEKU; air vs otak manusia..

krisis kebekuan pada air merupakan satu fenomena alam yang mengakibatkan kawasan dataran bertambah luas akibat air yang berubah menjadi pepejal...namun apakah pula implikasi daripada krisis kebekuan yang melanda pemikiran manusia??

krisis kebekuan pada pemikiran manusia memberikan impak yang lebih besar bukan hanya pada diri individu terbabit malah juga kepada persekitaran atau ruang lingkup kehidupannya. seandainya ruang sekitar seseorang itu membeku akibat pembekuan atau penyejukan global (aku tak pasti istilah ni wujud or tak..), individu terbabit masih boleh menggunakan akal fikiran yang belum membeku untuk mengatasi masalah terbabit.

namun....awas sekiranya pembekuan pada otak berlaku...hancuss sebuah kehidupan kerana manusia sebagai khalifah iaitu wakil Allah bertindak sebagai wakil Allah dalam memakmurkan muka bumi ini. manusia hanya sebagai asbabkepada proses pemakmuran itu kerana Allah sendiri hakikatnya bisa memakmurkan alam semesta milikNYa...

revolusi minda...

Revolusi adalah perubahan sosial dan kebudayaan yang berlangsung secara cepat dan menyangkut dasar atau pokok-pokok kehidupan masyarakat. Di dalam revolusi, perubahan yang terjadi dapat direncanakan atau tanpa direncanakan terlebih dahulu dan dapat dijalankan tanpa kekerasan atau melalui kekerasan.


Dialektika revolusi mengatakan bahwa revolusi merupakan suatu usaha menuju perubahan menuju kemaslahatan rakyat yang ditunjang oleh beragam faktor, tak hanya figur pemimpin, namun juga segenap elemen perjuangan beserta sarananya. Logika revolusi merupakan bagaimana revolusi dapat dilaksanakan berdasarkan suatu perhitungan mapan, bahwa revolusi tidak bisa dipercepat atau diperlambat, ia akan datang pada waktunya.

wikipedia-versi indone

setelah melihat beberapa akibat daripada pembekuan pada minda, satu proses revolusi minda perlu dilakukan. revolusi seperti yang ditafsirkan di dalam fragmen di atas merupakan suatu proses perubahan sosial atau diistilahkan sebagai perubahan pada kaedah pemikiran. sekiranya pembekuan minda dikaitkan dengan kemalasan otak untuk memikirkan sesuatu, maka suatu perubahan perlu diadakan iaitu dengan me"rajin"kan minda anda untuk berfikir.

bercakap soal kemalasan dalam memikirkan sesuatu, terlintas sebuah kisah yang pernah kubaca semasa di sekolah dahulu...

alkisah di sebuah negeri, terdapat seorang saudagar yang menjual otak manusia..suatu hari datang seorang pembeli yang tidak dikenali lalu menemui saudagar tersebut..

"assalamulaikum ya saudagar...aku berhajat membeli beberapa otak manusia. tunjukkan aku otak manusia yang terbaik..."

"waalaikumsalam ya tuan...otak yang terbaik adalah otak Melayu..harganya juga agak tinggi tuan" jawab saudagar tersebut.

"mengapa otak melayu adalah otak yang terbaik??" tanya pembeli itu kehairanan.

lalu menjawablah si saudagar berkenaan, "otak melayu adalah otak yang terbaik kerana orang melayu adalah orang yang malas berfikir. jadi masih banyak saraf2 yang masih elok"..

begitulah kisahnya..di sini bukan ingin diceritakan mengenai otak melayu tetapi ingin disampaikan bahawa kebanyakan di kalangan kita masih belum memaksimakan potensi diri dan pemikiran. menggunakan pemikiran dengan baik perlu diasah dan diperbanyakkan latihan..antaranya menghidupkan budaya brainstorming atau "budaya meributkan otak"

to be continued...


READ MORE - BEKU 2: revolusikan minda

BEKU; air vs otak manusia

Friday, April 3, 2009

ais adalah air yang memBEKU apabila dibiarkan pada suhu yang sejuk dalam jangka masa tertentu (mengikut darjah suhunya)...

samalah dengan otak manusia yang akan membeku apabila dibiarkan berada di zon selesa dalam sesuatu jangka masa...

simptom-simptom keBEKUan pada otak manusia adalah selalu tidur, selalu mengelamun, selalu buang masa dengan benda-benda yang tak berfaedah, n yang sewaktu dengannya..

keBEKUan pada air yang membentuk ais memberi kenikmatan kepada manusia apabila dibancuh menjadi minuman (cth: teh ais jascafe..hmmm sedapnya..) namun AWAS!!! keBEKUan pada otak manusia mengundang malapetaka..mungkin anda merasa bahagia hidup dalam keBEKUan namun ancaman sedang memerhati anda..

bagaimana mencairkan air dan otak yang memBEKU???
mencairkan air batu atau ais amat mudah.. 1.masukkan di dalam air yang panas mendidih atau 2. ais itu diketuk atau dihancurkan menggunakan anak batu atau lesung batu supaya proses pencairan menjadi lebih cepat.

mencairkan otak manusia yang membeku??
sama lah juga kaedahnya... panaskan atau ketuklah ia...andai anda tidak tahu bagaimana melakukannya..hubungi saya..saya sedia mengetuk otak-otak anda..
READ MORE - BEKU; air vs otak manusia