laman ini sedang dalam penambahbaikkan..
sebarang kesulitan amat dikesali..

MUSLIMAT BERINTEGRITI, DAIE KPD MASYARAKAT

Thursday, June 4, 2009

UCAPAN TEMA MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT KALI KE-49
Oleh : Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat

IFTITAH

Yang dikasihi Saudari Pengerusi Majlis,
Yang dihormati YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS, selaku perasmi muktamar kita pada hari ini.

Yang Berbahagia pemerhati-pemerhati PAS Pusat bagi muktamar ini.
Yang diraikan seluruh para tetamu jemputan, yang terdiri daripada pimpinan-pimpinan wanita PAKATAN RAKYAT, YB-YB wanita PAKATAN RAKYAT, mantan-mantan Ketua DMPP, isteri-isteri pimpinan AJK PAS Pusat, veteran-veteran PAS, wakil-wakil media.

Yang dikasihi Timbalan Ketua DMPP beserta saf kepimpinan DMPP.
Yang dikasihi Ketua-Ketua DMP Negeri serta para perwakilannya dan seterusnya pemerhati-pemerhati yang dikasihi sekalian.

Tuan/Puan yang dikasihi sekalian,

Segala puja-puji bagi Allah Tuhan yang Maha Mengatur dan Menguruskan seluruh alam. Sesungguhnya dengan izin dan inayahNya jua kita dapat bertemu dalam Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke 49 ini.

Kepada semua, saya mengalu-alukan kehadiran dan keterlibatan dalam menjayakan muktamar ini. Marilah kita bersama-sama menjadikan muktamar kali ini sebagai wadah kepada muslimat untuk menaiki mata tangga perjuangan yang lebih tinggi. Moga segala penilaian, teguran, pandangan dan idea-idea baru yang dijana akan membakar lebih marak api kemaraan muslimat di dalam perjuangan ini.

MENYEMARAK KEMENANGAN

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya;

”Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. at-Taubah: ayat 41.



Sidang muktamar yang dihormati sekalian,

Alhamdulillah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah Ya Malikul Mulk, Tuhan Yang Memiliki seluruh kerajaan di mukavbumi ini. Allah yang telah memberikan kekuasaan dan kerajaan kepada gabungan Pakatan Rakyat melalui pilihanraya baru-baru ini di negeri-negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta seketika di Perak sebelum dirampas dengan rakus oleh Barisan Nasional dengan mengenepikan suara rakyat.

Sejarah telah melakarkan satu lagi keajaiban Allah s.w.t. yang mana gabungan Pakatan Rakyat merupakan parti-parti politik yang serba kekurangan telah dapat memenangi hati rakyat bagi membela nasib mereka dan menentukan halatuju serta masa depan negara. Jauh berbeza dengan gabungan Barisan Nasional yang tanpa segan silu menggunakan seluruh jentera kerajaan negeri dan pusat untuk kepentingan mereka bagi mempertahan kuasa.

Sesungguhnya fenomena ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa arus kehidupan rakyat yang semakin berubah dan matang, mahu memilih jalan hidup yang berteraskan kepada kebenaran dan keadilan sejagat yang sememangnya menjadi tuntutan Islam. Walaupun dicurahkan dengan segala bentuk kebendaan, ianya sudah tidak mampu memikat hati rakyat yang semakin sedar dan bimbang bahawa negara kita sedang menuju ke arah kehancuran.

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Secara sedar ataupun tidak, kita berhadapan dengan satu peradaban jahiliyyah yang berteraskan kapitalisma berdasarkan amalan riba’ dan segala rupa bentuk materialisma yang mengakibatkan berlakunya penindasan dan kezaliman. Satu peradaban yang dilihat sekarang telah menghasilkan kepincangan sistem kekeluargaan, pendidikan, ekonomi, sosial, dan perundangan. Ataupun boleh dikatakan seluruh sistem kehidupan sudah menampakkan tanda-tanda ke arah kehancuran.

Dalam keadaan kegusaran dan kebuntuan ini, kita lihat manusia mula tercari-cari jalan keluar dan mula mendekati Islam sebagai jalan penyelesaian kepada seluruh kepincangan dan kehancuran ini. Sememangnya Islam sebagai satu cara hidup telah pun menjanjikan kesejahteraan kepada kehidupan manusia sejagat.

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya;

”Sesungguhnya Allah menyeru (manusia) ke tempat kediaman yang sentosa dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada manusia yang dikehendakiNya (menurut undang- undang dan peraturanNya) ke jalan yang betul dan lurus (yang selamat itu)” Yunus: ayat 25.



Oleh itu bermula dari kemelut ini, marilah kita bertekad untuk mengambil kesempatan yang datang ini untuk terus menyemarakkan kemenangan agar usaha-usaha dakwah dan pengislahan atau reformasi masyarakat dapat kita lakukan dengan lebih berkesan.

MENGUKUHKAN KESATUAN FIKRAH DAN AMAL

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Kita insafi bahawa kemenangan yang dianugerahkan Allah s.w.t. ini menuntut kita mengisinya dengan kebenaran dan keadilan Islam. Tuntutan perjuangan memerlukan kepada pengorbanan yang hebat. Juga keutuhannya memerlukan kesatuan fikrah dan amal yang jelas serta berterusan seperti ditunjukkan oleh para Nabi, Rasul dan seluruh pejuang Islam dahulu sehingga kini.

Usaha-usaha bagi mengukuhkan kesatuan fikrah dan amal adalah satu kemestian bagi jamaah Islam. Ianya dapat memastikan kesinambungan perjuangan dan tidak lari dari landasan sebenar. Muslimat PAS sendiri terdiri daripada pelbagai golongan termasuk ulama’, profesional, aktivis dan suri rumah yang menjadi ’grassroot’ kepada perjuangan ini.

Kepelbagaian latarbelakang muslimat ini merupakan pelengkap kepada kekurangan setiap pejuang yang akhirnya akan melahirkan satu saf muslimat yang dinamik umpama sebuah bangunan yang tersusun kukuh. Kejelasan aqidah dan prinsip perjuangan merupakan teras dan dasar kepada kepelbagaian ini. Justeru akhirnya akan membawa kepada kemantapan dan kecemerlangan.

Perbezaan pendapat dan pendekatan merupakan sifat kreativiti Allah Ya Musowwir dan Ya Khaliq. Allah s.w.t telah memberikan sifat tersebut kepada manusia agar manusia menjadi kreatif dalam usaha-usaha kembali kepada Allah s.w.t. dengan mengadun-jalin pelbagai idea dan pendekatan.

Firman Allah s.w.t;
Maksudnya:

”Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk agamaNya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yanh tersusun kukuh.” As-Sof: ayat 4.


Oleh itu perbezaan-perbezaan yang wujud harus diterima sebagai kepelbagaian teknik dakwah yang harus merangkumi pelbagai jenis mad’u atau sasaran dakwah. Dewan Muslimat PAS sentiasa menerima dengan terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menggabungkan diri dalam perjuangan ini dan bersedia menerima teguran, pandangan dan pendapat demi kecemerlangan perjuangan.

MUSLIMAT BERINTERGRITI DAN BERPERANAN SEBAGAI DA’I KEPADA MASYARAKAT

Bagi memastikan kesatuan yang kukuh di kalangan jentera muslimat, usaha-usaha ke arah melahirkan muslimat yang bercirikan kepada muhajidah, berilmu, beriman, beramal, bertaqwa, beristiqamah serta berperanan sebagai da’i pada masyarakat mestilah dipertingkatkan. Untuk itu, Dewan Muslimat PAS akan terus memberikan komitmen kepada usaha-usaha pembentukan kepimpinan dan amilin yang profesional melalui penubuhan akademi naqibah. Harapan kita ianya akan dapat mendidik dan melahirkan saf kepimpinan yang mampu memimpin wanita di semua peringkat, serta menjadi amilin yang mampu menyerahkan seluruh jiwa dan raga untuk perjuangan suci ini. Mudah-mudahan dengan itu kita para pendokong Muslimat akan termasuk di dalam golongan mereka yang berjual beli dengan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya;

”Wahai orang-orang beriman, mahukah Aku tunjukkan perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenar).” as-Sof: ayat 10 – 11.


i. Peranan memantapkan akhlak masyarakat.

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Dewan Muslimat PAS di semua peringkat hendaklah sentiasa memberikan komitmen yang berterusan bagi membawa masyarakat kepada berkeperibadian dan akhlak yang tinggi dan terpuji. Muslimat adalah agen perubahan bagi kemantapan kehidupan masyarakat dalam semua aspek kehidupan. Sewajarnyalah berbekalkan dengan pentarbiyahan tenaga para dai’ dari kalangan muslimat ini serta kesatuan fikrah berupaya menarik minat masyarakat ke arah matlamat yang diidamkan.

Muslimat menekankan akhlak terpuji di dalam semua aspek kehidupan termasuk aspek ekonomi, pendidikan, kekeluargaan, perundangan, kesenian, sukan dan sebagainya. Akhlak terpuji yang dibawa oleh Islam ini adalah seperti nilai-nilai jujur, amanah, bertanggungjawab, hormat menghormati, bantu-membantu, prihatin dan seumpamanya. Sifat-sifat ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah merupakan keperluan manusia sejagat.

Firman Allah s.w.t;
Maksudnya:

”Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” al-Anbia: ayat 107.


Begitu juga seluruh manusia menolak keperibadian buruk yang akan merosakkan kehidupan seperti rasuah, penyelewengan, amalan riba’, mementingkan diri sendiri, kezaliman, penindasan dan seumpamanya.

ii. Peranan mengembalikan masyarakat Islam sebagai pendokong kepada ajaran Islam yang syumul.

Di dalam usaha-usaha kita membina masyarakat berakhlak, Dewan Muslimat PAS ingin menegaskan bahawa ummat Islamlah sewajarnya menjadi contoh teladan kepada masyarakat keseluruhannya. Tanggungjawab ini terpikul berat ke atas bahu Muslimat PAS. Muslimat PAS harus berbeza dengan wanita yang tidak menjalani proses tarbiyah yang lain. Jika tidak akan jadilah keadaan sebagaimana perumpamaan yang menggambarkan keadaan ”ketam yang menyuruh anaknya berjalan betul”.

Islam telah diturunkan sebagai satu cara hidup yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Ummat Islam mesti kembali kepada cara hidup Islam dan meninggalkan cara hidup jahiliyyah yang dibawa oleh penjajah. Cara hidup yang kuat dipengaruhi oleh penjajah ini telah menyempitkan Islam sebagai hanya satu agama ritual dan telah diwarisi serta membelenggu ummat Islam hingga kini.

Ummat Islam harus mengembalikan sistem perundangan Islam, pendidikan Islam, perubatan Islam, kekeluargaan Islam, ekonomi Islam, kesenian Islam dan sistem kerjaya yang berlandaskan Islam. Kembali kepada satu sitem hidup Islam sebagai ad-Deen - ”Islam as a way of life” satu kehidupan yang diredai oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:

”Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan jangan kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” al-Baqarah : ayat 208.



Dewan Muslimat melalui program penerangan, kebajikan, perundangan akan terus memberikan komitmen yang sangat tinggi bagi membawa masyarakat Islam khususnya di Malaysia ini kembali kepada cara hidup Islam dalam semua aspek kehidupan. Tidak lupa juga kita mendokong usaha-usaha Nisa’ memperkenalkan dan memikat para remaja kita ke arah cara hidup Islam yang syumul.

iii. Peranan membawa masyarakat keluar daripada kemelut kehancuran institusi keluarga

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Dewan Muslimat PAS sangat prihatin terhadap masalah yang menimpa institusi keluarga khususnya umat Islam. Kadar perceraian yang tinggi dan sangat mencemaskan menunjukkan penyakit yang kronik sedang menimpa institusi keluarga.

Dewan Muslimat ingin menegaskan bahawa institusi keluarga mestilah kembali kepada peranannya yang asal iaitu melahirkan dan membina ummat yang memperjuangkan kehidupan yang diredai oleh Allah s.w.t. Hari ini kita dapati matlamat perkahwinan bukan lagi untuk membina keluarga yang menjadi batu-bata masyarakat yang kukuh. Malang sekali ianya seolah-olah telah menjadi tempat dimana dunia dan wang ringgit menjadi matlamat sehingga melupakan tanggungjawab isteri, suami untuk memberi kasih sayang dan mendidik anak-anak.

Kekusutan hubungan suami isteri yang sangat mencemaskan ini, akhirnya membawa kesan negatif kepada anak-anak. Akibatnya anak-anak terabai dan membawa mereka kepada gejala sosial yang melalai dan merosakkan mereka.

Menyedari akan hakikat ini, Dewan Muslimat perlulah mengembelingkan tenaga bagi membuat program-program kesedaran dan pengisian rohani bagi membawa mereka kembali kepada fitrahnya yang asal dan akhirnya akan membawa kepada keharmonian rumahtangga.

MENGUBAH MINDA WANITA MALAYSIA KE ARAH KECEMERLANGAN UMMAH

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Wanita Malaysia perlulah dibawa ke arah mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat. Sebahagian mereka perlu mengubah minda sedia ada yang selama ini dibelenggu dengan pelbagai kepercayaan dan prinsip yang negatif, akibatnya mereka mundur dari segala aspek.

Kekurangan ilmu tentang kehidupan termasuk perundangan, hak-hak wanita, pendidikan dan ekonomi menjadikan masih ramai wanita Malaysia hari ini hanya mampu mengikut arus dan tidak mampu berfikiran kritis, proaktif dan inovatif. Usaha - usaha perlu kita lakukan bagi membawa wanita kepada kecemerlangan serta mampu memilih yang benar dan yang salah. Tegas Allah s.w.t pada firmanNya;

Maksudnya:

”Katakanlah adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” az-Zumar : ayat 9.


Pemikiran negatif yang berpada dalam ”zon selesa”, takut untuk mencuba perkara baru, takut gagal, takut mengambil risiko dan tidak mampu menempuh ujian dan dugaan dengan penuh ketabahan menjadikan ramai kaum wanita Malaysia khususnya wanita Melayu hanya menjadi pengguna, tetapi tidak mampu mencipta produk baru dan pendekatan baru. Masalah ini ditambah lagi dengan sikap malas, suka mencari jalan pintas, suka bergantung kepada orang lain dan tidak mahu berusaha. Akhirnya masih ramai wanita-wanita ini tertipu dengan pelbagai tipu - daya skim cepat kaya dan seumpamanya.

Oleh itu, Dewan Muslimat perlulah memberikan komitmen yang tinggi melalui pelbagai program penerangan. Sasarannya adalah termasuk wanita bandar, luar bandar, warga emas khususnya wanita Melayu. Usaha-usaha ini bagi mengubah minda mereka daripada berfikiran negatif dan statik kepada pemikiran positif dan dinamik yang akan menggerakkan perubahan di dalam masyarakat.

MENGUASAI POLITIK NEGARA DENGAN KESYUMULAN ISLAM

Politik negara kita hari ini telah dicemari dengan pelbagai amalan rasuah, penyelewengan dan ketidakadilan. Ramai ahli-ahli politik di negara ini telah dilabelkan oleh sebahagian besar rakyat sebagai perompak harta negara, yang mana mereka menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mendapatkan keuntungan dan wang ringgit bagi kepentingan diri. Kesibukan mencari ruang-ruang kepentingan diri menyebabkan kurangnya masa untuk memikirkan pembangunan negara dan kepentingan rakyat. Sekiranya ada yang mengkritik dan membangkang, maka pelbagai tindakan politik akan dikenakan sehingga ramai yang terpaksa berdiam diri walaupun nampak penyelewengan yang jelas di depan mata mereka.

Namun begitu, PAS dan parti-parti rakan dalam gabungan Pakatan Rakyat tidak pernah gentar dengan ugutan dan tindakan mereka. Kebenaran dan keadilan terus dilaungkan dan ditegakkan. Dewan Muslimat ingin menegaskan kepada semua aktivitis PAS dan Pakatan Rakyat bahawa kami sentiasa memberikan sokongan padu dan akan terus bersama walau apa dugaan sekalipun yang akan mendatang.

Dewan Muslimat akan bersama menyumbangkan usaha – usaha yang telah dirancang oleh PAS Pusat dalam agenda membawa ciri-ciri Islamiyah dalam berpolitik dan bernegara. Sesungguhnya kesyumulan Islam hanya dapat dinikmati melalui amal yang berterusan bukan sekadar retorik sahaja. Jika tidak terjadilah suasana seperti UMNO yang mengagungkan Islam sebagai satu tamadun lampau yang dapat dilihat kesyumulannya hanya pada lipatan sejarah dan juga pada lembaran kertas kitab-kitab yang tersusun baik di perpustakaan.

i. Peranan muslimat dalam penggubalan undang - undang dan hala tuju negara

Dewan Muslimat PAS tidak ketinggalan memainkan peranan dalam penggubalan undang-undang negara. Muslimat yang diwakili oleh beberapa orang tokoh Muslimat yang menjadi Ahli Dewan Negara (Senator), Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terus menerus memperjuangkan kebenaran dan keadilan, membela mereka yang tertindas serta mereka yang menjadi mangsa politik Barisan Nasional.

Peranan muslimat dalam menentukan hala tuju negara akan semakin terserlah dengan lahirnya tokoh-tokoh muslimat di kalangan pengamal undang-undang, pengamal perubatan, ahli-ahli akademik, ahli-ahli perniagaan dan pemimpin masyarakat. Dewan Muslimat mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua cendikiawan muslimat yang sanggup mengorbankan status dan jawatan mereka demi perjuangan.

ii. Menyokong konsep kerjasama politik yang diputuskan oleh kepimpinan PAS

Dewan Muslimat juga menyokong sepenuhnya setiap keputusan Majlis Syura Ulama’ dalam menangani cabaran politik tanah air seperti konsep Tahaluf Siyasi dan sebagainya. Dewan Muslimat sangat menghargai semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan daripada parti-parti PKR dan DAP yang menghormati Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Harapan kita persefahaman dan semangat setia kawan ini dalam gabungan Pakatan Rakyat dapat diperkukuhkan lagi.

Dewan Muslimat juga sangat menghargai sumbangan ahli-ahli Kelab Penyokong PAS yang telah banyak membantu PAS terutama di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil. Sokongan padu mereka ini membuktikan PAS telah mampu menunjukkan keperibadian yang dapat diterima oleh semua pihak termasuk dari kalangan bukan Islam.

MEMBINA GENERASI PELAPIS NEGARA

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Sedarilah bahawa terlalu ramai para remaja telah rosak aqidahnya, yang memerlukan sumbangan kita untuk membawa mereka kembali kepada fitrah asal sebagai seorang hamba Allah s.w.t. Banyak pihak hari ini lalai dan leka tidak menyedari akan perancangan musuh Islam yang menyerang secara gerak saraf dengan menghantar hiburan, pelbagai jenis dadah yang merbahaya dan merosakkan kesihatan, arak, budaya rempit, lepak dan sebagainya sebagai senjata bagi menghancur masa depan generasi muda kita.

Malah mereka yang dihantar untuk pemulihan ke pusat-pusat serenti semakin bertambah dari hari ke hari. Agenda pemulihan ini amatlah sukar dan kurang berkesan serta memakan belanja yang sangat besar. Sesungguhnya cara Islam yang mengutamakan pencegahan adalah lebih berkesan dan terjamin kejayaannya.

Proses kehancuran ini dipercepatkan lagi dengan internet yang telah disalahgunakan untuk menyebarkan bahan-bahan lucah dan perkara-perkara mungkar. Pihak yang bertuhankan wang ringgit ini telah menggadaikan masa depan generasi muda demi kepentingan mereka sendiri.

i. Peranan muslimat dan NISA dalam membawa remaja keluar daripada kemelut masalah sosial melalui pelbagai strategi

Dewan Muslimat bersama Nisa’ sentiasa memberikan komitmen yang tinggi bagi mendekati para remaja bagi memujuk mereka kembali kepada cara hidup Islam. Nisa’ telah mula memantapkan jenteranya melalui pelbagai unit yang sesuai dengan jiwa remaja termasuk unit dakwah, kaunseling, kebudayaan dan sukan bagi menyediakan diri sebagai rujukan kepada para remaja yang bermasalah dan kehilangan panduan hidup.

ii. Membantu membina pemimpin masa depan dengan memperkasa keupayaan mahasiswa

Dewan Muslimat PAS juga menyedari akan fungsi cendikiawan muda terutama dari kalangan mahasiswa yang seharusnya memainkan peranan penting di dalam membawa para remaja kembali kepada Islam. Keupayaan minda dan intelek yang dikurniakan Allah s.w.t harus digunakan untuk memikirkan pelbagai pendekatan dan teknik bagi menarik kembali mereka yang telah terpesong ke jalan yang lurus.

Dewan Muslimat PAS juga mendesak pemansuhan akta AUKU yang telah mematikan sifat kritis dan kreativiti mahasiswa yang akhirnya melahirkan ramai mahasiswa yang jumud, beku dan tidak prihatin terhadap segala permaslahan masyarakatnya. Dewan Muslimat PAS sentiasa memberi komitmen untuk membawa mahasiswa kepada hala tuju yang sebenar iaitu sebagai pemimpin masa depan yang akan menggunakan seluruh kekuatan intelek yang dikurnia Allah s..w.t bagi merancang masa depan negara. Seterusnya memainkan peranan membawa negara ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.

PENGHARGAAN KEPADA SOKONGAN GENERASI MUDA YANG SANGAT MEMBERANGSANGKAN

Dewan Muslimat PAS merasa sangat terharu dengan perubahan yang ditunjukkan oleh generasi muda di dalam beberapa pilihanraya-pilihanraya kecil baru-baru ini. Walaupun dalam keadaan keperibadian yang tidak sepenuhnya Islam, mereka masih yakin untuk menerima PAS sebagai satu wadah untuk mengubah nasib mereka.

Ini menunjukkan generasi muda sudah sedar akan kerosakan dan kehancuran yang sedang mereka alami dan ingin kembali ke pangkal jalan bersama-sama dengan PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat. Dewan Muslimat PAS ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang padu yang diberikan oleh generasi muda hari ini. Marilah sama-sama kita berganding bahu melakukan sesuatu untuk memberi kesedaran kepada semua generasi muda di Malaysia ini dan membawa mereka kembali ke jalan fitrah asal mereka.

MENGUKUHKAN HUBUNGAN MUSLIMAT DAN MASYARAKAT DENGAN MEMPERGIATKAN AGENDA KEBAJIKAN

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Di dalam kemajuan negara yang dibanggakan oleh kerajaan BN, sebenarnya masih ramai lagi rakyat yang dhaif, tertindas, teraniaya dan yang tidak cukup keperluan hidup dan masih memerlukan bantuan. Perbezaan antara golongan kaya dan miskin sudah mulai menampakkan jurang yang sangat besar. Ini adalah kerana sistem zakat kerajaan BN hari ini tidak mampu melaksanakan fungsinya secara berkesan. Ditambah lagi dengan situasi ekonomi berasaskan kapitalisma dan materialisma yang semakin lumpuh, bilangan rakyat miskin akan meningkat hari demi hari.

Dewan Muslimat PAS juga menyedari bahawa rakyat negara ini bukan sahaja miskin harta, tetapi juga miskin agama. Jentera kerajaan BN yang ditugaskan memberi ilmu agama kepada rakyat tidak mampu melaksanakan tugasnya dengan baik. Islam hadhari yang diperjuangkan kerajaan BN tidak menampakkan sebarang kesan dalam membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai satu cara hidup.

MEWUJUDKAN PUSAT KHIDMAT BERSEPADU (ONE STOP CENTER)

Menyedari akan situasi rakyat yang semakin kronik, Dewan Muslimat PAS telah memberi komitmen yang tinggi selama ini terutama bersama negeri-negeri Pakatan Rakyat dan NGO yang memperjuangkan kebajikan rakyat dalam membantu golongan miskin, tertindas, teraniaya dan kurang upaya mengikut keupayaan yang diberikan oleh Allah s.w.t.

Dewan Muslimat juga sedang berusaha untuk menubuhkan Pusat Khidmat Bersepadu (One stop center) di semua peringkat bagi membolehkan masyarakat berbilang kaum datang untuk mendapatkan pelbagai khidmat mengikut kemampuan PAS.

KETRAMPILAN MUSLIMAT SEBAGAI RUJUKAN MASYARAKAT

Bagi memberikan pelbagai perkhidmatan alternatif kepada masyarakat, sudah tentulah Muslimat harus menyediakan jentera kebajikan yang ramai dan berkebolehan serta mempunyai ketrampilan bagi membolehkan muslimat menjuarai kerja-kerja kebajikan dan pembelaan. Oleh itu Dewan Muslimat PAS menyeru kepada semua ahli muslimat agar menyediakan diri dengan pelbagai kebolehan dan kemahiran agar kita boleh memberi sumbangan melalui pusat khidmat ini.

Dalam masa yang sama, Dewan Muslimat juga menyeru seluruh muslimat yang bekerjaya yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang untuk turun padang bersama seluruh jentera muslimat bagi menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

PAS FOR ALL’ MEMPERTEGASKAN PAS SEBAGAI WADAH PILIHAN UMMAH

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Alhamdulillah, agenda ’PAS FOR ALL’ telah banyak menarik minat pelbagai golongan untuk mendekati PAS. Walaupun selama ini PAS sememangnya sentiasa bersikap terbuka, namun dengan penekanan ini, PAS telah mampu dilihat sebagai wadah pilihan untuk pelbagai golongan dan kaum bagi memperjuangkan hak masing-masing.

Sifat keterbukaan, kerendahan hati dan keikhlasan pemimpin dan ahli-ahli PAS telah mampu meningkatkan kepercayaan pelbagai golongan untuk menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan pilihan mereka.

Dewan Muslimat PAS bersama dengan seluruh jentera PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat berusaha untuk memberikan komitmen yang tinggi dalam menunaikan hasrat ahli-ahli Kelab Penyokong PAS khususnya dan seluruh rakyat yang memerlukan bantuan.

MANSUHKAN AKTA RIMBA ISA

Dewan Muslimat mengulangi ketegasan bahawa akta rimba ISA ini mesti dimansuhkan segera. Kami amat bersimpati di atas penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh isteri-isteri dan keluarga mangsa ISA. Mereka yang tidak berdosa ini tersepit dan dizalimi oleh tindakan zalim kerajaan yang memenjarakan suami-suami mereka tanpa bicara dan tanpa peluang membela diri di mahkamah terbuka. Sesungguhnya tiada penjara tanpa bicara dalam Islam. Keadilan Islam memberikan hak kepada yang dituduh untuk membela diri.

Firman Allah s.w.t;
Maksudnya:

”Wahai orang-orang yang beriman jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu-bapa dan kaum kerabatmu, jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu akan kemaslahatannya, maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran, dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.” an-Nisa’ : ayat 135.


MEMPERTAHANKAN KEMENANGAN DI MANEK URAI

Kita melihat senario yang amat ganjil sekarang dimana BN yang diterajui oleh UMNO begitu ”phobia” dalam menghadapi pilihanraya kecil di Malaysia. Terutamanya di kawasan dimana kedudukan Pakatan Rakyat adalah kuat dan dapat menyaingi BN.

Berbagai helah akan dicari dengan memperalatkan SPR dan menggunakan mahkamah untuk mengelak berlakunya pilihanraya kecil. Sehingga kini dengan izin Allah s.w.t. BN telah kalah berturut-turut di Permatang Pauh, Kuala Trengganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang dengan majoriti yang besar.

Sesungguhnya mereka merancang dan Allah s.w.t juga merancang. Akhirnya BN menarik diri dari bertanding di Penanti. Setelah dengan rakus merampas kerajaan Perak, kini BN terdesak dan mencari helah supaya tidak berlaku pilihanraya kecil di seluruh negeri Perak. Kita tetap mengulangi desakan rakyat agar mereka diberikan hak memilih kerajaan Perak yang mereka inginkan. Tiada pilihan lain bagi penyelesaian kemelut di Perak hanyalah sebaik-baiknya mengada pilhanraya bagi rakyat memilih kerajaan yang mereka yakin dan sokong sepenuhnya.

Kini kita diuji pula dengan kekosongan di DUN Manek Urai, Kelantan. Walaupun dikatakan bahawa Manek Urai adalah kubu kuat PAS, tetapi kita mestilah bersiap siaga bagi mempertahankannya.

Muslimat akan mempertingkat usaha-usaha ke arah mencapai kejayaan yang cemerlang di Manek Urai. Tidak lupa juga doa dan munajat yang berterusan dipohonkan terhadap Allah s.w.t agar kemenangan berpihak kepada kita.

PENUTUP

Marilah kita meneguhkan parti kita dengan ciri-ciri Islamiyah ke arah penghayatan Islam yang syumul dalam mentadbir dan mempertahankan negeri-negeri Pakatan Rakyat. Usaha-usaha mengekal keyakinan serta melipat gandakan sokongan rakyat bukan Islam yang kita dapat selama ini, mestilah dipergiatkan. Seharusnya Kelab Penyokong PAS diberikan peranan yang lebih besar bagi meraih dan mengekalkan sokongan mereka terhadap parti kita.

Marilah kita memohon kepada Allah s.w.t agar melempahkan rahmat dan keampunanNya kepada kita dan saudara - saudara kita yang telah mendahului kita menemuiNya.

Akhir sekali, marilah kita dengan segala rendah hati memohon agar Allah s.w.t memberkati Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke 49 ini, supaya berjaya menjana rumusan dan tindakan susulan yang matang. Saya mengajak Muslimat sekalian bersama-sama melaksanakan aspirasi MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT KALI KE-49 ini dengan tema: ”MENYEMARAK KEMENANGAN, MENYATU RAKYAT”

Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah.
Wasalamu’alaykum warahmatullahi wa barakaatuh.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.
READ MORE - MUSLIMAT BERINTEGRITI, DAIE KPD MASYARAKAT

relaks seketika..

assalamualaikum wtb buat semua kawan2 samada yang mengenali diri ini atau tidak...(hehe..macam wat wish kat radio plak)

tengah hari jumaat di ofis...
(sorang2 sebab kawan2 sekerja yang lain balik rehat n g solat jumaat..3 orang kawan y lain bercuti menambahkan kesyahduan aku hari ni)

kesyahduan masih berbekas di hati..almaklum la..baru pagi tadi sampai k.l bertolak dari kg kat perlis sekitar jam 10.15 malam menumpang bas Sri Maju AGR 9778,klu x silap no platnya..5 hari berada di rumah dimanfaatkan sepenuhnya bersama keluarga di kampung tapi masih belum cukup rasanya saat2 bercuti kali ni..

kadang-kadang...

teraba2 minda mencari ayat dan isi untuk posting kali ni..ntah kenapa tetap ingin menaip sesuatu..tetap ingin berkongsi sesuatu...kadang-kadang...(ya kenapa kadang2??) kadang-kadang kita tercari2 sesuatu lantaran terasa ada sesuatu hilang dari diri kita tanpa kita sendiri sedar apa yang kita cari itu..kita sering merancang sesuatu namun yang Maha Merancang tetap merancang sesuatu buat diri2 kita bergelar hambanya..

hari ini aku mengimbau kembali perancangan hidup yang sekian lama menjadi cita2..bergelar Ir Kama (terbaca komen dari Ukhti Nadirah)..ya cita2 untuk mendapat title Ir itu adakah dapat dicapai?? entah la..sekarang terjebak dalam dunia fotografi, pengurusan dan perniagaan..ini contoh perancangan yang telah berlaku pada diri saya yang membuktikan bahawa perancangan Allah itu Maha Hebat..kerana hanya Allah yang Maha Hebat..ya, kerana hanya Allah yang Maha Hebat...

walaupun kadang kala apa yang kita rancang tidak sama dengan dengan apa yang Dia rancang, tak bermakna kita perlu menyerah kalah pada takdir, tak beerti kita hanya meyerah pada perancangannya kerana kita perlu berkeyakinan bahawa apa yang dia rancang itu adalah yang terbaik buat kita..dan kita menggunakan apa yang dikurniakan itu dengan sebaiknya..bukan utk kepentingan diri semata malah buat kepentingan umat sejagat..(waduh2...)

teringat soalan seorang sahabat kpd sahabat y lain..
seandainya anda ditakdirkan akan meninggalkan alam ini selepas subuh esok pagi, apa yang akan anda lakukan??

ya, seandainya soalan itu ditanyakan pada diri kita? apakah yang ingin kita lakukan?? mari sama2 kita mengkoreksi diri..masih menjadi satu nikmat yang besar buat diri kita apabila perancangan kita hanya diubah oleh Allah menjadi sesuatu perkara yang masih dalam kehidupan ini..bayangkan sekiranya perancangan Allah itu adalah dengan menamatkan hayat kehidupan kita

macam-macam...

macam-macam yang ingin dikongsikan bersama..pa2 pun..jom relaks seketika..


Hidayah - Hijjaz
READ MORE - relaks seketika..

Anjakan dunia digital; bersediakah universiti kita?

Friday, May 29, 2009

Dunia menyaksikan pesatnya pembangunan teknologi tanpa sempadan dan tanpa wayar. Tiada sesiapa lagi yang mampu menghalang anjakan dunia digital yang semakin hari ada-ada saja penemuan terbaru. Perkembangan digital ini bukan hanya melanda negara-negara maju malah menjangkau ke setiap pelusuk dunia. Juga bukan hanya melibatkan sektor-sektor teknologi Negara malah juga menyerap masuk ke sector lain seperti pertanian, pendidikan dan lain-lain lagi. Bercakap soal penyusupan masuk teknologi digital ini ke semua sektor negara, sistem pendidikan negara tetap tidak dapat lari dan mengamalkan dasar tertutup terhadap kepesatan teknologi digital ini. Apa yang menjadi persoalan, bersediakah universiti-universiti negara dalam menghadapi anjakan dunia digital ini?

Satu suara, satu matlamat dan satu cita-cita

suara mahasiswa cuba untuk merungkai persoalan ini. Namun perbincangan yang memakan masa selama hanya satu jam semestinya belum cukup untuk merungkaikan persoalan yang terwujud.. Sebagai pendengar di dalam rakaman tersebut semestinya mengundang rasa yang pelbagai kerana tiada peluang untuk mengutarakan pendapat. (gatal anak tekak menahan lidah yang ingin berkata2, kalau boleh ingin saja saya bangun mengutarakan hujah)..

"mahasiswa bukan hanya perlu bersedia, malah "wajib" bersedia dalam menghadapi anjakan digital ini" kesimpulan daripada panelis kedua, saudari Nur Shahida Shaari, timbalan pengerusi helwani PMIUPM merangkap exco akademik MPP UPM cukup tepat. Sewajarnya mahasiswa wajib bersedia menghadapi perubahan ini. Malah bukan hanya mahasiswa perlu bersedia namun, semua pelajar di mana-mana peringkat pengajian wajib bersedia menghadapi cabaran global ini.

Salahkah kehadiran teknologi digital?

Ramai yang berpendapat perkembangan teknologi dunia terutamanya penggunaan jaringan internet mengundang pelbagai impak negatif kepada mahasiswa dan pelajar menyebabkan ramai yang terlalu mengongkong penggunaan teknologi terkini ini. Ramai yang menolak kehadiran televisyen di rumah, menolak pengunaan internet terlalu berleluasa, menapis setiap maklumat yang boleh diterima anak-anak dan remaja dan bermacam-macam lagi. Tindakan yang dibuat ini pada saya adalah suatu tindakan yang benar-benar kurang tepat. AWAS!! Generasi yang anda lahirkan melalui pendekatan ini pasti terbahagi kepada dua golongan. Golongan pertama; generasi yang berfikiran sempit dan hanya berada dalam kelompok sendiri. Atau golongan kedua; generasi yang mengalami kejutan budaya melampau.

Ibarat membuang daun-daun rosak pada pokok tanpa diberikan baja dan air secukupnya. Sehelai daun menjadi rosak, maka sehelailah daun yang dibuang…akhirnya yang tinggal hanya batang pokok yang makin kurus melidi dan menunggu masa akan tumbang bila-bila masa. Demikianlah generasi kita samada mahasiswa di peringkat pengajian tinggi mahupun pelajar di peringkat rendah..

Transfomasikan sistem pendidikan sedia ada

Sistem pengajian sedia ada yang bersifat ilmu pengetahuan semata perlu diubah kepada suatu system yang lebih memberi penekanan kepada aspek pembinaan jati diri dan pembinaan kualiti diri terutamanya sebagai persediaan menghadapi cabaran global. Pemantapan aqidah yang menjadi tunjang kepada keimanan muslim perlu diperkemaskan. Asas keimanan iaitu mengenali pencipta perlu dipasak dalam diri semua pelajar atau mahasiswa. Disinilah akan munculnya kekuatan atau benteng diri yang kukuh walau di mana saja anak muda kita dicampakkan. Ketinggian disiplin yang tinggi perlu menjadi peribadi individu. Bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang mempunyai nilai disiplin yang tinggi. (kunjungi laman http://kongrespendidikan.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut mengenai transformasi sistem pendidikan negara)

Hadkan 10 subjek dalam SPM menjelang 2010

Saya melihat suatu tindakan positif diambil oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah menghadkan 10 bilangan matapelajaran sahaja yang boleh diambil dalam peperiksaan SPM. Usaha ini adalah sesuatu yang baik seandainya usaha ini bertujuan mengurangkan kebergantungan pelajar terhadap sistem pengajian yang berorientasikan peperiksaan. Sistem pembelajaran berorientasikan peperiksaan ini perlu ditukar kepada sistem penilaian yang berlainan methodnya (saya belum memikirkan method baru ini, nantikan posting seterusnya). Ilmu itu ibarat cahaya dan hanya akan melekat pada jiwa yang bersih dan benar-benar inginkannya. Kesungguhan yang benar-benar lahir dari jiwa amatlah diperlukan dalam melahirkan ilmuan yang benar-benar ilmuan. bukan desakan untuk lulus dalam peperiksaan semata.

kesimpulan...

rasanya masih terlalu awal untuk saya membuat sebarang kesimpulan di sini.. namun gesaan daripada saya, sistem pendidikan sedia ada perlu dikaji semula dan satu proses transfomasi perlu dilakukan..dan jom beramai-ramai ke kongres pendidikan anjuran gamis.. rejuvenasi sistem pendidikan islam negara..
READ MORE - Anjakan dunia digital; bersediakah universiti kita?

ikatan darah vs ikatan akidah

Thursday, May 21, 2009
















ikatan darah memang tak mungkin diputuskan..
ikatan aqidah terlalu sukar dipisahkan...
ikatan darah mengajar erti rindu...
ikatan aqidah mendidik erti satu...
bersatu mendaulatkan agama-Nya...
bersatu menegakkan syariat agama-Nya...


biar apa jua berlaku,
kita tetap bersatu,
bersatu kerana Yang Satu...
bersatu aqidah...
kita tetap jundullah,
kitalah rekrut Allah...
pejuang agama Allah...
perjuangan kita hanya kerana Allah...
bukan kerana insan, tetapi kerana-Nya...

masa berlalu..musim berganti,
dan kita pasti terpisah jua.
tetapi..
kita tetap satu dalam aqidah kepada-Nya..
ukhwah yang terbina kekal sebagai kenangan dan pengalaman...
moga kita kekal di medan juang...
moga ukhuwah yang terbina menjadi bukti kita pernah berdiri di medan juang..
moga ukhuwah yang terbina kerana-Nya menjadi pendinding api neraka...
moga ukhuwah yang terbina kekal di bawah lembayung rahmat-Nya...
ukhuwah fillah abadan abada...

“ar-ruhul jadid"
READ MORE - ikatan darah vs ikatan akidah

dari kaca lensa...

Wednesday, May 20, 2009

READ MORE - dari kaca lensa...

BALDATUN TOYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR

Monday, May 18, 2009

Langkahan kaki pengembara
Meredah kekontangan siang
Merempuh kegersikan malam
Degup , debar mengalun simpang
Deruan musuh durjana melingkar waktu
Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur


Hakikat lampau penuh perhitungan
Deneran air mata darah membentuk wadi
Ummi … ummi … ummi …
Abi AAAAAAAA Hubal ! Hubal ! Hubal !
Ya Rasulullah …
Aku tidak mampu Sabran Aala Yasir

Allahu Ahad ! Ahad ! Ahad ! Ahad !
Qul Hubal ! Allahu Ahad !
Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Wa Ghafur


Berdagang di bumi sendiri
Diusir pergi melintas kabut
Mengadu untung menentu nasib

Lambaian perpisahan
Dalam sedu sedan anak isteri
Tanah tumpah darahnya sendiri
Himpitan seteru terus memburu
Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur


Keyakinan yang membuak
Biar gurun direntas
Biar bahang membakar
Biar debu meliputi
Biar peluh membasah tubuh
Biar tenaga kian lemah
Akan ku hadiahkan gelang maharaja Parsi
Baldatun Toyyibatun Wa Rabbbun Ghafur

Berarak mendung kelabu
Masjid Nabawi lambang ubudiyyah sejati
Baitul Mal tanda kesyukuran abadi
Piagam Madinah mercu kekuatan hakiki
Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur


Panjimu dijulang melepasi awan pekat
Cahayamu dipancar menerangi malam gelita
Khabarmu dikumandang gembirakan ummah
Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur


Tibamu dipalit wangian maqam syuhada’
Hadhirmu dipacu perwira satria
Wujudmu tanpa gentar
Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur


Disangka cerah sampai ke petang
Mendung tiba merundung pilu
Angkara Monggul mengetap bibir
Memori Andalus menyayat jiwa
Tragedi Istanbul menyiksa batin
Peristiwa Hama membara rasa
Sejarah Tanjung Periuk mencengkam maruah
Pembunuhan Memali menghiris hati
Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur


Pulanglah ! Pulanglah ! Pulanglah !
Telah jerih naluri menjerit
Datanglah ! Datanglah ! datanglah !
Telah perit kerongkong merayu
Kembalilah ! Kembalilah ! kembalilah !
Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghaf
ur


Bangunlah wahai Abu Bakar
Bangkitlah duhai Asma’

Bangunlah wahai Umar
Bangkitlah duhai Fatimah

Bangunlah wahai Khalid
Bangkitlah duhai Khunsa’

Bangunlah wahai Salahuddin
Bangkitlah duhai Sofiah

Bangunlah wahai AL Bannna
Bangkitlah duhai Zainab

Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur

Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur

Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur

Karya : Hj. Nasrudin At Tantawi .

http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/2005_03_01_archive.html

apabila telah datang pertolongan dari Allah dan kemenangan (1) dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong2 (2) maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah keampunan dariNya. sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat. (3)

an-nashr (pertolongan)

tersentap tangkai hati mendengar kalimah pertama (ayat di atas) yang menjadi pembuka kata oleh Menteri Besar Mohd Nizar dalam ceramah umum "krisis Perak" pada 16 Mei, bertempat di stadium Melawati Shah Alam. sepanjang ceramah yang beliau samapaikan, hanya satu yang tergiang di fikiranku...

Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur...
Maksudnya:"Negara yang aman, makmur dan mendapatkan keampunan Allah." (Saba`:15)

kepimpinan pakatan rakyat di perak bukan sekadar menjaga saham rakyat di dunia malah turut mengutamakan saham rakyat di akhirat... MB Nizar
Jamaluddin
READ MORE - BALDATUN TOYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR

ADUHAI MUSLIMAT KITA : ANDA TAK AKAN KE MANA KALAU...

Friday, May 15, 2009

Perempuan, Wanita dan Muslimah.

Sinonimnya kata-kata itu mengibaratkan seorang yang luhur disertakan dengan kelembutan yang berhias di samping diri mereka, lalu keindahan hiasan itu menjadikan perempuan atau wanita itu dianggap lambang kesopanan, ketertiban, keanggunan, kejiwaan serta semua sifat-sifat kewanitaan, ada juga yang menyebut ciptaan mulia dan cantik ini sebagai jatidiri dan nilai ketimuran.

Perempuan,

Sikapnya sering menjadi tarikan kerana kelembutan yang dipelihara, juga kerana tingkah lakunya yang berhalus, dan yang lebih dipandang mulia adalah kerana adab yang disulamkan dengan kepelbagaian akhlak yang molek serta cantik dipandang mata. Oleh kerana itu, wanita atau perempuan yang baik-baik ini senantiasa menjadi rebutan sang kumbang. Kata hati seorang lelaki: biarlah si fulan (wanita) itu ilmunya tidak setinggi mana sekalipun, yang mahunya adalah akhlak dan budinya yang baik. Maka benarlah isi hati lelaki tadi, wanita yang baik walaupun tiada paras rupa yang cantik dan kurang ketinggian ilmu lebih dipandang, saya peribadinya amat bersepakat!

Wanita,

Lalu, mana-mana wanita menjadi lega hati gugupnya, bila si laki-laki memberi jaminan demikian. Maka berlumba-lumbalah para wanita memelihara kelembutan seorang wanita, kehalusan seorang yang bergelar dan lazim dipandang lembut serta mulus, sehingga ada yang buat-buat baik dengan memasukkan nilai luhur itu, ada juga setengahnya yang lebih bertegas, menolak segala sikap kekerasan dalam diri wanita semata-mata mahu menjaga nilai kelembutan seorang wanita di mata seorang lelaki. Akhirnya, itu tak boleh, ini pun tak boleh, semua tidak boleh. Mengapa? Kerana nanti malu dipandang oleh lelaki dan dicop sebagai wanita over, poyo dan tak tahu malu.Lantas saya menolak tanggapan itu sebulat-bulatnya.

MALU PUN ADA, TAPI PADA TEMPATNYA

‘ana ingat nak minta ustazah saja yang berikan ucapan alu-aluan malam ini, baru nampak kelainan sedikit dalam majlis kita’

‘oh ya! Ana rasa muslimin lebih elok berucap, lagipun tak sesuai pula kalau muslimat ke depan’

Ini jawapan atau alasan saya tidak tahu dan kurang arifnya. Cuma yang saya pastikan, ada sedikit dalih.

‘ana dah cuba betulkan LCD ni tadi tapi tak bernyala juga, apa kata ustazah cuba pula. kalau boleh segera ya, majlis nak mula sekejap lagi’

‘ana malulah ustaz, ramai sangat muslimin di depan tu, ustaz sajalah yang betulkan. Majlis mula lewat sikit pun tak apa’

Kalau bukan jawapan, dalih atau hujah apa ya? Alasan pun bukan juga, mungkin juga saya kira mereka mahu menjaga nilai kelembutan seorang wanita dan tidak mahu dilabel sebagai muslimah yang tidak tahu malu. Iyalah, wanita ini kerjanya di belakang, kenapa tiba-tiba sahaja beria mahu ke hadapan? Tak tahu malukah? Saya tidak kata begitu, tapi kata-kata itu dilontar oleh seorang wanita juga.

Oh ya! Kalau muslimat itu kerjanya di hadapan dan tiba-tiba menggantikan tugas yang lazimnya dibuat oleh seorang lelaki mereka akan digelar tak tahu malu, poyo dan over? Minta beri ucapan, tak boleh! Nanti bimbang orang akan berkata itu dan ini. Lagipun kami ini golongan hawa, perlu menjaga malu berbanding muslimin. Lalu, malu yang macam inikah yang patut ada pada muslimah? Malu untuk ke hadapan? Malu untuk berbuat kebaikkan?


‘Saya amat kagum dengan mahasiswa-mahasiswa di Malaysia yang walaupun bukan bertitle agama dan bukan daripada jurusan agama, juga tidak memegang title ustazah ini berani ke hadapan khalayak waimah di depan lelaki sekalipun. Lantang bersuara menyatakan ketidakpuasan hati pada jalan yang betul. Dalam demontrasi jalanan, siswi yang tidak bergelar ustazah inilah yang mengepalai barisan dan sorak-sorak bersemangat. Namun, yang bergelar ustazah cuma menjadi penyambut sorak dan takbir yang menyorok di belakang sepanduk-sepanduk. Kecil dan tawadhu’ kalau dilihat dari jauh’Malu! katanya bila ditanya.


Saya bukan mahu memburukkan mana-mana muslimah, tetapi gejala buat-buat malu dan hipokrit seperti ini sudah lali, muak dan jelek dilihat. Di kampus, apabila berjalan dan bertembung dengan muslimin, mukanya akan ditundukkan ke bawah, lembut gemalainya mengalahkan bidadari dari syurga, sopan saja mengatur susun langkahnya, kalau ada jalan atau susur laluan yang lain, sebolehnya tidak mahu melalui jalan yang dilalui oleh muslimin, oh dasyatnya? Tetapi, apabila di luar kampus? Dialah heroin! Menegur orang lelaki tidak kira tempat, gelak-tawa dialah yang paling tinggi melodi suaranya, bersembang pula dialah yang paling banyak komen dan umpat keji. Namun bila di suruh ke hadapan? Oh tidak boleh, kami sebagai wanita mesti dipelihara malu itu.

Kenapakah begitu wahai para Muslimah?

Saya mahu simpulkan ini dalam beberapa perkara. Yang pertamanya mungkin kerana muslimah sudah hilang ‘KEYAKINAN DIRI’ sedikit demi sedikit untuk membuat kerja-kerja yang sepatutnya boleh dilakukan oleh mereka. Menganggap diri sebagai ciptaan tuhan yang terlalu lemah adalah alasan dan sebab muslimah akan kehilangan daya itu, lantas terhakis dibuang jauh dan dimasukkan pula sikap malu yang kadang-kadang tidak kena pada tempanya. Saya amat yakin bahawa muslimah ini seorang yang kuat jiwa keperempuanannya dan mampu melakukan apa saja aktiviti yang dilakukan oleh seorang lelaki sekiranya ia tidak bertentangan dengan landasan syarak. Janganlah merasa terlalu rendah diri dengan title seorang wanita yang masih menggaggap diri mereka lemah dan pemalu.

KAGUM DENGAN SIKAP BERANI

Wahai muslimah, andai kenal siapakah orang yang lantang bersuara di kalangan perempuan Islam di zaman Nabi saw dahulu? Ingat lagi pada Saidatina Aisyah? Dia bukan sahaja lantang bersuara di hadapan lelaki mahupun wanita, bahkan menjadi tempat rujukan terkemuka di zaman itu dari segala permasalahan-permasalahan agama. Saya sejujurnya mahu melihat muslimah seperti itu di hadapan mata saya, namun belum lagi ditemui.Saya amat kagum dengan mahasiswa-mahasiswa di Malaysia yang walaupun bukan bertitle agama dan bukan daripada jurusan agama, juga tidak memegang title ustazah ini berani ke hadapan khalayak waimah di depan lelaki sekalipun. Lantang bersuara menyatakan ketidakpuasan hati pada jalan yang betul. Dalam demontrasi jalanan, siswi yang tidak bergelar ustazah inilah yang mengepalai barisan dan sorak-sorak bersemangat. Namun, yang bergelar ustazah cuma menjadi penyambut sorak dan takbir yang menyorok di belakang sepanduk-sepanduk. Kecil dan tawadhu’ kalau dilihat dari jauh.Malu! katanya bila ditanya.

LANTANG TAPI PENAKUT?

Ada juga muslimat yang berani, tapi beraninya di kalangan kelompok mereka sahaja. Hujah mereka yang berjela-jela dan mantap itu hanya berlangsung ketika di belakang muslimin sahaja, namun perbahasannya masih tertutup dalam kongkongan tempurungnya, dengan erti kata lain, hanya bercakap dan pandai memberi kritikan sesama rakan-rakan seusrah atau lebih besar sedikit ketika usrah gabungan. saya pasti orang-orang ini bila di suruh ke hadapan dialah yang mula-mula melarikan muka agar jangan dipilih.Lantang bersuara biarlah di tengah-tengah khalayak ramai, agar semua tahu apa kebenaran yang mahu kita sampaikan. Lantang di belakang apa gunanya? Tak akan masih mahu mengharapkan muslimin juga? Sampai bila muslimat tidak akan berani.

MUSLIMIN YANG TIDAK MENDORONG DAN PASIF

Muslimin pun terlibatkah?

Sepatutnya, musliminlah yang menjadi pendorong semangat kepada para jelitawan muslimah agar mereka mampu terkehadapan dan berani. Memberi peransang dan peluang untuk muslimat bercakap serta ruang mengemukakan pandangan dalam apa jua apsek tindakan yang memerlukan buah fikiran daripada muslimat, bukannya memberi kata pelemah atau terus ‘kondem’ dengan pendapat daripada muslimat. Ini bukan daya penaik atau pembimbing tetapi pelemah semangat.

Saya tahu mengapa lelaki kuat dan lazim benar bersikap begini terhadap muslimat, tidak lain dan tidak bukan kerana terlalu ego untuk menerima pandangan muslimat. Ustaz-ustaz tidak mahu idea para muslimat yang bernas lagi matang itu mengatasi idea-idea mereka, ini akan menjatuhkan air muka lelaki, kata mereka. Lelaki pula, apabila melihat muslimat menggugat kredibiliti mereka, apalagi mulalah mereka menyekat dan kondem bulat-bulat suara di kalangan muslimat. Langsungnya muslimin terus dengan keegoannya dan muslimah bersama sikap kelesuan dan sifat malu angkara sikap muslimin yang tidak langsung mahu memberi peluang dan menyekat pandangan mereka.

Tidak kiralah di mana, ketika mesyuarat atau apa-apa sesi muhasabah sekalipun, apabila mula melihat seorang muslimat itu kerap kali bangun memberi komen juga terlebih dari sudut idea dan buah fikirannya, ustaz-ustaz sudah mula tidak boleh duduk diam, punggungnya agak kepanasan, dalam hati mula melalut berkata dan menganggap yang bukan-bukan pada muslimat: 'muslimat poyo! cakap sahaja berjela-jela, tapi tak serupa bikin!

'Muslimin, tolonglah jangan bersikap begitu ya!Terimalah keterbukaan dalam menerima apa jua idea, sekalipun dia seorang wanita.

Muslimat pula, jadilah seorang yang berani dalam perkara kebaikkan sekalipun anda duduk di sekitar khalayak yang ramainya melebihi lelaki di sekeliling. Buangkan malu tidak bertempat itu.

Akhirnya, muslimat, wanita dan perempuan perlulah segera sedar agar kepentingan untuk menempatkan kedudukan muslimah di hadapan adalah rasional yang amat-amat penting dan perlu diutamakan ketika ini. Kita dicabar oleh wanita-wanita non-muslim yang lantang bersuara, walaupun apa yang mereka perjuangkan itu belum tahu asas kebenarannya. Lantas kita sebagai muslimah, wanita dan perempuan yang beragama ISLAM perlu gah dan tidak perlu malu untuk ke hadapan bagi menyatakan apa yang sepatunya dibenarkan. Biarlah status kita sebagai muslimah yang sinonim dengan kelemahan budi dan akhlak tetapi kuat jiwanya, siapa tahu muslimah inilah sebagai penggugat dan penyambung kekuatan muslimin suatu hari nanti. Sebab itulah ada pepatah yang menyebut: ‘TANGAN WANITA YANG LEMBUT BISA MENGGONGCANGKAN ISI DUNIA’

Muslimah, jadikan kata-kata itu sebagai penguat semangat dan pendorong yang mampu merubah masa depan anda kepada seorang yang malunya bertempat dan berani pada menyatakan yang hak. Muslimah yang kuat dan berani adalah muslimah yang malunya dipelihara dan kental jiwa raganya. Malu kerana menjaga maruah dan berani juga kerana mahu mendaulatkan maruah.

Muslimah, buktikan!

justeru itu, adakah...Justeru itu....Adakah anda seorang muslimah yang mahu digelar pasif juga pengecut? Biarlah kita dikatakan over tetapi kita terus dengan prinsip untuk menjulang martabat muslimah dengan cara merealisasikannya dalam gerak kerja.

Anda pula bagaimana? Bersetuju?

http://afiqsaleh.blogspot.com/
READ MORE - ADUHAI MUSLIMAT KITA : ANDA TAK AKAN KE MANA KALAU...

RAHSIA PENCIPTAAN ALAM SEMESTA PART 1

Wednesday, May 13, 2009

Penciptaan alam semesta sememangya merupakan suatu keajaiban amat mengagungkan. Al Quran jelas menerangkan asal bermulanya penciptaan ini di dalam ayat berikut;


"Dialah pencipta langit dan bumi." (Al An’aam;101)


Keterangan yang diberikan Al Quran ini amat bersesuaian dengan penemuan ilmu pengetahuan terkini. Kesimpulan yang didapati oleh ahli astronomi saat ini adalah bahawa keseluruhan alam semesta, beserta dimensi materi dan waktu, muncul sebagai hasil dari suatu ledakan raksasa yang terjadi dalam sekelip mata. Peristiwa ini, yang dikenal dengan “Big Bang”, membentuk keseluruhan alam semesta sekitar 15 millio

n tahun lampau. Alam semesta tercipta dari suatu ketiadaan sebagai hasil dari ledakan satu titik tunggal. Kalangan saintis moden menyetujui bahwa “Big Bang” merupakan satu-satunya penjelasan yang boleh diterima akal dan yang dapat dibuktikan mengenai asal mula alam semesta dan bagaimana alam semesta tercipta.
Sebelum Big Bang, tidak ada yang disebut sebagai materi. Dari keadaan ketiadaan, di mana materi, tenaga, bahkan waktu belumlah ada, dan yang hanya mampu diertikan secara metafizik, terciptalah materi, tenaga, dan waktu. Fakta ini, yang baru saja ditemukan ahli fizik moden, telah disampaikan k

epada kita dalam Al Qur'an 1,400 tahun lalu.

Satelit ruang angkasa COBE yang diluncurkan NASA pada tahun 1992 berhasil menangkap sisa-sisa radiasi ledakan Big Bang. Penemuan ini merupakan bukti terjadinya peristiwa Big Bang, yang merupakan penjelasan ilmiah bagi fakta bahwa alam semesta diciptakan dari ketiadaan

PENGEMBANGAN ALAM SEMESTA


Dalam Al Qur'an, yang diturunkan 14 abad silam di saat ilmu astrono
mi masih terbelakang, mengembangnya alam semesta digambarkan sebagaimana berikut ini:

"Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya." (Az-Zariyaat ;47)



Perkataan "langit", sebagaimana dinyatakan dalam ayat diatas, digunakan di banyak ayat dalam Al Qur'an dengan makna luar angkasa dan alam semesta. Di dalam ayat di atas, sekali la
gi kata tersebut digunakan dengan erti ini. Dengan kata lain, dalam Al Qur'an dikatakan bahawa alam semesta "mengalami perluasan atau mengembang". Dan inilah kesimpulan yang dicapai ilmu pengetahuan masa kini.

Sejak terjadinya peristiwa Big Bang, alam semesta telah mengembang s

ecara terus-menerus dengan kecepatan yang sangat laju. Para ilmuan menyamakan peristiwa mengembangnya alam semesta dengan permukaan bola yang sedang ditiup.
Hingga awal abad ke-20, satu-satunya pandangan yang umumnya diyakini di dunia ilmu pengetahuan adalah bahawa alam semesta bersifat tetap dan telah ada sejak dahulu kala tanpa permulaan. Namun, penelitian, pengamatan, dan perhitungan yang dilakukan dengan teknologi modern, mengungkapkan bahawa alam semesta sesungguhnya memiliki permulaan, dan ia terus-menerus "mengembang".

Pada awal abad ke-20, seorang saintis Rusia, Alexander Friedman
n, dan ahli kosmologi Belgia, George Lemaitre, secara teori menghitung dan menemukan bahawa alam semesta sentiasa bergerak dan mengembang.



Fakta ini dibuktikan juga dengan menggunakan data pengamatan pada tahun 1929. Ketika mengamati langit dengan teleskop, Edwin Hubble, seorang ahli astronomi Amerika, menemui bahawa bintang-bintang dan galaksi terus bergerak saling menjauhi. Warna bintang-bintang itu berubah kepada kemerah-merahan yang membawa maksud jarak gelombang yang semakin panjang. Sebuah alam semesta yang terus bergerak menjauhi satu sama lain, bererti alam semesta tersebut terus-menerus "mengembang". Pengamatan yang dilakukan pada tahun-tahu seterusnya memperkukuhkan fakta bahawa alam semesta terus mengembang. Kenyataan ini diterangkan dalam Al Qur'an pada saat tidak seorang pun mengetahuinya. Ini dikera

nakan Al Qur'an adalah firman Allah, Pencipta dan Pemerintah keseluruhan alam semesta.


p/s: assigment pendidikan islam time matrik dulu. terjumpa dalam draf email time cuci inbox emeil


READ MORE - RAHSIA PENCIPTAAN ALAM SEMESTA PART 1

apakah maknanya ini ??

Monday, May 11, 2009


kesedihan yang penuh dengan kecomelan...
READ MORE - apakah maknanya ini ??

monolog si kecil

Sunday, May 3, 2009

lahirnya seorang aku ke dunia hanyalah dengan keizinan Dia, pemilik alam semesta..
akulah golongan khalifah yakni wakil yang Dia utuskan buat memakmurkan bumi ciptaanNya..


lahirku ke dunia bersama sebuah pengharapan..bumi ini bakal menjadi persinggahan yang benar-benar dapatku buktikan setiap sumpah janji.. "akan kuabdikan diri sebagai hamba hanya pada Dia, pencipta alam semesta..."


namun, apa yang kutemui disini hanyalah sebuah kemungkiran..
ramai manusia yang alpa melanggar sumpah taat setia pada sang pencipta..
lalu kemana langkah perlu ku arah??


kehidupan itu hakikatnya sebuah keindahan...
ada suka, ada duka..



ada putih bersih dan hitam kelam...

cuba ku gagahkan langkah buat meneruskan kisah kembara ini..
sebuah kembara yang baru bermula..
READ MORE - monolog si kecil