laman ini sedang dalam penambahbaikkan..
sebarang kesulitan amat dikesali..

Wajah BARU

Sunday, December 27, 2009

Tahun BARU, Semester baru, Lay out BARU, Azam BARU...
muka adik2 dalam Pro-M UPM..

SELAMAT MAJU JAYA..
Moga terus istiqamah dalam memperjuangkan hak-hak dan kebajikan mahasiswa..sunnah berjuang hidup terbuang..sunnah berjuang hidup derita... sunnah berjuang hidup susah...
namun apa yang kita ada adalah ukhuwah bersama...

salam perjuangan..
READ MORE - Wajah BARU

life is all about a game...

Wednesday, December 9, 2009

life is a game...
















kehidupan adalah ibarat sebuah kehidupan..
permainan yang dimainkan Dia yang maha Pencipta..
bagi menguji, mana satu di kalangan hamba-hambanya yang benar beriman...

segala-galaNya adalah kerana Dia...
READ MORE - life is all about a game...

wajah-wajah TNGA

Wednesday, November 18, 2009




























































































air mata tok guru yang menjadi antara
faktor kemenangan dalam PRU 12...




























dan sekali lagi...
tok guru mengalirkan airmatanya....


















ntah mengapa, kali ini rasa nak post wajah TGNA... gambar yang last benar2 memberi kesan di jiwa.. dtambah dengan catatan rasa "MSK" di blog http://adukataruna.blogspot.com

semoga proses kematangan ini menjadi momentum untuk gerakan ini terus mara mendepani arus dunia global..
READ MORE - wajah-wajah TNGA

institusi "baitul muslim" yang makin tenat

Sunday, November 15, 2009

sudah beberapa ketika saya ingin menulis sesuatu berkenaan retaknya institusi yang menguruskan antara elemen yang merupakan salah satu strategi dalam kemenangan islam..akhirnya, artikel di bawah dibaca dan secara jujurnya, saya turut mengakui wujudnya kelemahan yang HARUS segera ditangani...

http://kembara-ummuthariq.blogspot.com

******************************************

Coretan ini hanya ditujukan buat mereka yang mahu memuhasabah diri dan jamaah... Terpulang nak percaya atau tidak...

amanah.jpg

“Apabila sesuatu urusan itu diserahkan bukan kepada ahlinya, maka nantikanlah kehancuran” – Hadith riwayat al-Bukhari


Sejak kebelakangan ini, hati ini semakin bergelora ibarat ombak yang bertalu-talu menghempas batu karang di lautan... Isu ini isu lama, bahkan ada yang sudah terbiasa dengan perkara yang suatu masa dulu dianggap maksiat. Saya tidak bertujuan untuk untuk menghentam mana2 pihak, cuma ingin mengajak diri saya serta pembaca blog ini untuk sama2 bermuhasabah...


Dengan ikhlas, saya mengakui bahawa sistem bm (di tempat saya bernaung ini) membawa manfaat yang besar dalam usaha memastikan kesinambungan perjuangan ahli dalam meniti fasa pebinaan baitu muslim yakni fasa kedua selepas fardhu muslim. Bagaimanapun, sejak (tahun) kebelakangan ini, saya melihat ada banyak perkara yang tidak jelas, syubhah, mengarut, 'bidah' dan sebagainya. Apatah lagi bilamana perkara itu dilakukan sendiri oleh orang2 yang diberikan amanah untuk menjaga sistem bm itu...

Bayangkan, bila mana pemegang amanah itu sendiri dengan tanpa rasa bersalah menghantar mesej "kenapa muka enti nampak lain hari ini?" semasa meeting tanzim diadakan. Dan si muslimat juga menjawab "muka ana nampak lain ke?". Tak rasa bersalah ke antum buat macam ni dalam meeting bm? Bukankah antum sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dan menjaga amanah ini dengan sebaiknya? Menjaga amanah untuk mendidik hati2 yang ingin berjuang agar tidak hanyut dalam lembah zina hati atau istilah mudahnya kemaruk cinta?

Bilamana ajk bm 'berfatwa' bahawa pasangan bm boleh menghantar mesej tazkirah kepada pasangan masing2, tidakkah antum terfikir bahawa setiap ahli kita ini bukannya terdir daripada malaikat yang suci dari dosa? Tidakkah terlintas bahawa dengan 'fatwa' itu kalian sedang membuka ruang dan peluang untuk pasangan ini terjebak lebih jauh dalam zina hati? Ana bagi satu contoh mudah:
Muslimin menghantar mesej tazkirah kepada si muslimat tentang solat dhuha.
Lalu si mulimat menjawab "enta sudah dhuha ke?"
Muslimin: Belum, jom kita dhuha sama2...
Muslimat: Ok, jom...

(Lepas solat dhuha, *tak kisahla dhuha tu ikhlas kerana Allah atau semata2 kerana ingin memenuhi hasrat pasangan)

Muslimin: Alhamdulillah dah dhuha... bla... bla...bla....

Akhirnya perbualan ini menjadi semakin meleret dan yang tadi kononnya hanya nak bagi mesej tazkirah, akhirnya semakin tak tentu arah.... Ini belum kes kejutkan tahajjud la, sahur la dsb... Silap hari bulan, bawa usrah pun sebab pasangan suruh malah ada yang tak bawa usrah sebab gaduh dengan pasangan... Na'udzubillah...

Banyak juga kes yang berbm sejak tahun pertama, bahkan ada yang berbm sejak sebelum degree sebab dah jadi macam tradisi atau kebiasaan... Macam mana ajk bm nak menggesa agar ahli benar2 serius dlm bm sedangkan mereka sendiri belum dapat menentukan hala tuju bm masing2. Yang paling 'memualkan' bila golongan ini seakan2 hanyut dengan dunia bmnya... Jujurlah, mungkin kalian tidak pernah tahu erti sebuah kemanisan bersusah payah mengusahakan sebuah perkahwinan dalam keadaan serba kekurangan... Justru kalian sering memberikan alasan 'nak kenal hati budi dulu, nak bagi mantap kewangan dulu...' atau macam2 lagi alasan... Padahal mungkin ada yang berbm semata2 nak menghalalkan istilah couple yang kononnya sangat menjengkelkan itu...

Ana sedih sangat bila ada ajk yang memberikan hadiah harijadi kepada pasangannya saban tahun kerana ingin mengukuhkan ikatan bm sedangkan tidak pernah memberi apa2 kepada anak usrahnya untuk mengikat ikatan ukhuwah sesama mereka... Kalian lebih rela bersedih kerana pasangan yang demam (mungkin berpura2 demam) berbanding risaukan kesihatan sahabat2 atau anak usrah...

Sahabat, sedarkah kalian bahawa hal bm ini bukan perkara main2? Ini melibatkan masalah hati... Ini melibatkan keberkatan dalam gerak kerja kita... Ini melibatkan soal dakwah...

Jangan bermain dengan api kalau takut terbakar tangan...
Jangan bermain dengan hati kalau takut terbakar iman...

Bukan salah untuk berbm, tapi tolonglah jaga elok2... Jangan berangan nak compare bm dengan sunnah Rasulullah... Terlalu jauh berbeza... Malulah dengan 'pecah amanah' yang kalian lakukan... Malulah sekiranya bm yang bagai nak rak ini akhirnya terputus di tengah jalan...

Yang paling geram, bila ada muslimin suruh naikkan adik muslimat semata2 nak membolehkan hasrat si muslimin utuk berbm dengan muslimat itu... Macam mana ahli nak thiqah kalau pemegang amanah sendiri hanyut dengan dunia bmnya? Sampai dengan senang2 melafazkan I Love You ... kepada insan yang belum tentu jadi suami... Ini juga berlaku di kalangan pemegang amanah itu sendiri...
Hello.... cegah masalah bm dulu sebelum buat operasi cegah couple ye...

Imam Syafie kata:
Orang jahil buat dosa kerana kejahilan mereka, sedangkan kita buat dosa dlm keadaan kita sedar...

Ini bukan kali pertama ana membicarakan tentang masalah bm. Bahkan sudah berkali2 bahkan pernah membicarakan sendiri dengan mereka yang sepatutnya... Tapi, masih banyak aduan dan semakin banyak kisah2 yang terbongkar di sebaliknya... Fikir-fikirkanlah...

*******************************************

bila saya turut meng"copy" and "paste" artikel berkenaan isu ini, bermakna saya juga amat memandang serius permasalahan ini...saya melihat, perlunya satu modul atau silibus khusus harus diwujudkan beserta dengan satu sistem perlaksanaan dan pemantauan yang agak ketat dan amat efisyen..

teringat satu karangan bahasa melayu yang pernah ditulis semasa di bangku sekolah tingkatan 5 dahulu..antara intronya

"keluarga adalah elemen utama dalam masyarakat..jatuh bangunnya sesebuah masyarakat bermula dengan jatuh bangunnya institusi keluarga itu sendiri..." (hehe..tu ja yang ingat..)

sebagai tambahan kepada artikel itu...

...jatuh bangunnya sesebuah institusi keluarga itu seharusnya dan semestinya dimulakan sejak sebelum sesebuah mahligai keluarga itu tertubuh lagi..inilah asas kepada tertubuhnya masyarakat madani dan harmoni.. dan se WAJIB nya...dalam memastikan tertubuhnya sebuah negara ISLAM yang menjadi idaman setiap insan yang ingin mendaulatkan agamaNya...satu permulaan yang lebih hebat dalam memangkin baitul muslim ini harus dilaksanakan..
READ MORE - institusi "baitul muslim" yang makin tenat

49 kata Syed Mokhtar Bukhari..

Thursday, November 12, 2009

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?


11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka
marah

14.Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak ata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.

Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan
badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. .....kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi bakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang
lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.


34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab.Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.


39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar. Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan
READ MORE - 49 kata Syed Mokhtar Bukhari..

ingin terbang...

Wednesday, November 4, 2009





















ingin ku terbang bebas melayang di udara...
melangkaui benua dan lautan..
menawan tingginya puncak gunung dan awan..
menongkah rendah dataran dan lautan..

ingin ku bina peradaban kehidupan manusiawi..
ingin ku teguhkan kota2 akhlak diri..
yang tunduk patuh pada agungnya kekuasaan Illahi
bersendikan tunjang2 keimanan dan keamanan..

buat Mu ya Illahi
berikan aku sayap2 kekuatan..
spy angin ribut itu mampu ku lawan..

buat ayah bonda dan sanak saudara..
kirimkan aku secebis doa dan kalam semangat..
izinkan aku utk mengapai tingginya impian..

buat teman2 seperjuangan..
hulurkan tangan2 kasih sayang..
buat ikatan dan bantuan dalam mencipta kejayaan...

ayuh semua..
mari kita terbang menggapai kemenangan...

Nor Kamariyah,
Seksyen 7, Bandar Bharu Bangi
READ MORE - ingin terbang...

bagaimana menambah duit poket ??

Tuesday, November 3, 2009

masa cuti semester terbuang tanpa aktiviti berfaedah??
di sini ada penyelesaiannya...

apa yang perlu dilakukan??

jadi pengedar naskah yasin korporat edisi emas !!!
beli naskah yasin dengan harga RM 8 bg senaskah
jual dengan harga RM 12 bg setiap naskah.
untung RM 4 bg setiap naskah.
minimum pembelian untuk pengedar adalah 125 naskah...
jadi,
untung
pengedar = RM4x125= RM 500

harga lebih murah bg kuantiti pembelian y lebih banyak
bg pembelian 5000 unit dan ke atas
harga per naskah = RM 5.70 per naskah
jual RM 12 per naskah.
so, untung = RM6.30 per naskah
untung penuh = RM 31,500!!!

*bagi sesiapa bergelar student/graduan U y bminat (tp xckup modal)
bleh contac saya direct di no 0127840181

yang benar:

Nor Kamariyah bt Hamzah
eksekutif pemasaran
abad sinergi sdn bhd
email: nkamariyah@abadsinergi.com
h/p: 012-7840181
ofis: 03-8927 3740
faks: 03-8926 3740

(ini merupakan salinan komputer, tidak memerlukan tanda tangan)
READ MORE - bagaimana menambah duit poket ??

Peluang menambah pendapatan !!!

Monday, November 2, 2009

mari!!! mari!!! mari!!!

ops! lupa plak nak bagi salam..

ASSALAMUALAIKUM wtb buat semua...salam kesejahteraan dan salam kecemerlangan...
just nak wat promotion utk sesapa nak jadi pengedar kpd produk baru tempat kerja saya (spt promo di atas)..

sapa berminat bleh contact saya di 0127840181.
ok, roger!
READ MORE - Peluang menambah pendapatan !!!

Al-Anfal;11

Wednesday, October 21, 2009


tidur adalah suatu nikmat dari ALLAH
but!!! jgn tlebih tidur plak...

READ MORE - Al-Anfal;11

never enough time...

Thursday, October 15, 2009

There is never enough time to do everything,
but there is always enough time to do
the most important thing
READ MORE - never enough time...

Bisikan iman dalam mujahadah diri...

Monday, October 12, 2009

Sekali sekala dalam tafakurmu,
Merenung dan muhasabah diri...
Kenalkanlah bisikan-bisikan yang berdesir di hatimu
Untuk dikenali punca dan penyakitnya,
Dan seterusnya untuk kau ubati.





Pasangkanlah telinga batinmu,
Dengarkanlah cetusan keluh kesah,
Ataukah kagum, bangga dan megah
Dan seribu satu kehendak dan rungutan,
Yang jarang merendahkan hatimu
Untuk sujud penuh kehambaan,
Ke hadrat Tuhan….

Inilah petanda jiwamu berpenyakit,
Dimamahi ulat-ulat mazmumah
Kerana hatimu kini dikuasai nafsu
Yang membusukkan hati,
Memburukkan perilaku.
Ubatlah ia dengan mujahadah,
Agar ia pulih ke tahap mahmudah.

Kemudian berusahalah memiliki iman,
Yang kau dituntut atasnya selepas Islam,
Akan terubatlah penyakitmu dengan kaedah:
“ketahuilah, bahawa dengan mengingati
Allah itu, hati akan menjadi tenang.”
-Ar Raad : 28.
Lantaran iman itu ialah…
Punca tenaga, tempat lahirnya
Segala- gala yang kau perlukan dalam hidup,
Mencipta jua meletakkan jiwamu,
Dalam keadaan yang serba sempurna.

Imanlah sebenar-benar hartamu,
Yang akan memperkayakan jiwamu.
Hatimu, akan memandang dunia ini
Tepat pada hakikatnya:

Hanyalah bangkai….
Dan hiburan yang memperdayakan
Kau pastinya tidak akan merelakan,
Dirimu menjadi anjing pemburu.

Iman ialah kekuatan
Menjadikan kau optimis dengan takdir Tuhan,
Tidakkan pernah berputus asa,
Tidak mengenal erti kecewa.
Bahkan jiwa akan kebal menempuh rintangan
Bersemangat kental meneruskan perjuangan.
Takutmu hanya pada Allah jua
Atau apa-apa yang bakal mencacatkan
hubunganmu dengan Tuhan.

Maka dikala itu pula
Iman akan mendidikmu menjadi insan
Yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi.
Tidak merelakan perlakuan mungkar,
Peka kepada kebajikan sekalipun sekadar
Membuang duri dari jalanan….

Iman jualah…
Sahabatmu yang karib lagi setia
Yang akan sentiasa bersamamu
Dalam suka ia akan mengingatkan…
“bersyukur dengan rahmat Tuhanmu…”
dalam duka, ialah penenang
“berserahlah kepada Allah, inilah tarbiah
tanda kasih-Nya dan penghapusan dosamu yang lalu.”

Ia akan membimbingmu kepada
Kebahagiaan hidup yang engkau harap-harapkan,
Tiadakan tergugat, seberat manapun dugaan.
Segalanya tenggelam , dalam kemanisan rasa
Ujian bagimu adalah penyubur jiwa.
Bahkan mati sekalipun,
Adalah syarat untuk menemui cinta!
Lantaran bagi mukmin sejati
cintanya hanya untuk Tuhan dan
ujian dariNya adalah cenderamata percintaan.

Iman jualah yang bakal mengawalmu
Dari serangan musuh lahir dan batin.
Hati yang beriman akan bertawakal
Dengan bantuan Allah yang dijanjikan…
“sesungguhnya Allah beserta orang- orang yang beriman.”
Ingatan-Nya pula dijadikan ‘guide line’
Dalam mengenal kawan atau lawan.
Hatimu akan sentiasa berwaspada
Dengan bisikan nafsu jahat yang penuh tipu daya

Ahli sufi sering bermadah:
Kiranya kau miliki iman, sesungguhnya kau
Telah memiliki segala – galanya pula…”

Dan dihujung tafakurmu nanti,
Akan kau temui untuk seterusnya dimengerti;
Imanlah yang akan memuliakan darjatmu
Selaku; khalifah Allah di muka bumi,
Bukan insan yang berperi kebinatangan
Yang mengotorkan bumi dengan kemungkaran.
Ya, hanya Iman Penyelamat…
Di hari kiamat, harta dan anak pinak
tidak berguna lagi, kecuali orang- orang yang
mengadap Allah dengan hati yang sejahtera
bersih dan beriman…”
- Asy Syua’ara 88-89


Daripada Madah Tuan Guruku
untuk daku meneruskan perjuangan fisabililah kepada anda semua.
Hidup ini hanya sementara...
Bersediakah kita untuk menemuiNya..
cukupkah amalan kita untuk dipersembahkan kepadaNya..

Kesemua jawapan ini adalah tersembunyi..
Keikhlasan kita adalah ukurannya
Hanya dengan RAHMATNYA dipersilakan kepada anda
masuk ke pintu syurga...
Kita adalah hamba...
Hamba wajib bertaqwa...
Dengan beribadah sepenuh masa.

Ya Allah Ya Tuhan ku..
Pimpinkanlah daku kejalan yang benar...
Dan peliharalah daku dari azab api neraka..
Maha Suci Tuhan..
Kepada Mu jua daku berserah...
Berusaha, Redho dan bertawakal.
Amin.
READ MORE - Bisikan iman dalam mujahadah diri...

Siapakah paling hebat???

Friday, October 9, 2009

adakah mereka, 3 jejaka terhebat???







































































semestinya tidak...

kerana

ALLAH MAHA HEBAT!!!!!

(info gambar: sekadar gambar hiasan..di"candid" pada hari terakhir ramadhan lalu semasa persiapan menyediakan kayu api sebagai bahan bakar lemang Dato Hamzah)
READ MORE - Siapakah paling hebat???

pesanan buat sebuah pengakhiran..

Friday, September 18, 2009

Catatan ini dicoretkan ketika saya dalam perjalanan pulang ke kampung secara tiba 25 hari sebelum menjelangnya aidil fitri. Berita kembalinya adik sepupu, sekitar jam 3 pagi, 25 ramadhan bukanlah suatu kegemparan namun tetap mengundang kesyahduan. Setelah genap 40 hari berada di hospital akibat penyakit yang tidak diketahui, dia kembali menghadap illahi. al-fatihah buat arwah Mohd Naim..

Terbayang wajah nakal yang suatu hari dahulu mengundang sakit kepala..suara bising nakal bermain dan bergelak tawa..namun kini, segala-galanya hanya tinggal kenangan..kenangan yang pasti mengundang pilu si ibu yang tentunya lebih terasa peritnya..kenangan yang pasti meruntun jiwa dan tangis si ayah..dan pastinya mengundang kerinduan bergurau senda adik-adik berdua..semoga jutaan ketabahan disematkan Allah di dalam hati-hati mereka di atas pemergian anak sulung berusia 12 tahun itu..

“daus, nanti dah besar, hang lah yang jaga mak dan ayah dengan adik wahida” pesanan yang pernah diberikan kepada adik lelakinya berusia 6 tahun pada suatu hari. Entah apalah yang pernah terlintas dihatinya sehingga menuturkan kata-kata sebegitu. Namun, buat kita2 yang masih punya masa, ambillah iktibar. Selagi kita masih punya masa, dan mereka masih ada di sisi kita, berbaktilah menjaga kedua ibu bapa. Kerana mereka kita dilahirkan ke dunia, dan kerana jasa dan budi mereka kita masih mengecap kenikmatan hidup di muka bumi Allah ini.

Manusia hadir dan pergi…lahir dan kembali menghadap illahi..begitu juga dengan ramadhan yang datang dan pergi..akhirnya..ramadhan yang di nanti sebelum kehadirannya suatu hari dahulu mula merendahkan tabir perpisahan..ramadhan kali ini pastinya merupakan ramadhan terakhir buat arwah Mohd Naim, namun bagi kita pula bagaimana?

Pastinya tiada yang mampu menjawabnya kecuali Dia Yang Maha Pencipta . Ramadhan masih berbaki beberapa hari. Kejarlah hari yang berbaki kerana kita tidak pasti apakah ramadhan akan bertandang lagi dalam usia kita. Buat yang telah pergi, ramadhan sudah tiada apa-apa makna lagi namun bagi yang masih punya nafaz yang dihembuskan, kejarlah nikmat ramadhan selagi kita masih punya ruang dan peluang..

Ayuh semua!! Kejarlah ganjaran yang dijanjikanNya di malam-malam terakhir ramdhan..

READ MORE - pesanan buat sebuah pengakhiran..

Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim

Thursday, September 10, 2009

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.
READ MORE - Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim

bonus!!!!

Friday, August 14, 2009
































http://peghelihla.blogspot.com
READ MORE - bonus!!!!

jangan mengaku ahli PMIUPM!!!

Friday, August 7, 2009

entah mengapa, ada bara di jiwa..ada lava yang tak tau bila akan meletus..
bara yang sedikit berasap disemarakkan dengan sedikit simbahan minyak tanah setelah membaca artikel bertajuk Misi Royalti Bertukar Misi Maut..?

aku kira.. ada persamaannya khairi si wartawan manja dengan ahli PMIUPM hari ini.. malas nak bercerita panjang lebar kat sini..korang fikir la sendiri..

READ MORE - jangan mengaku ahli PMIUPM!!!

"jika tuan mempunyai hajat yang hendak disampaikan kepada Allah, beritahulah kami"

Abdul Wahab B Ahmad al Sya'rani, seorang ulama Mesir yang dilahirkan pada tahun 898H dan wafat pada tahun 973H. Beliau sempat berjumpa dengan Imam al-hadis Mesir, Jalaludin al-Suyuti dan pernah belajar dengan ulama-ulama terkenal seperti Sheikh Zakaria al-Ansari, Nasiruddin al-Laqani, Syihabuddin al-Ramli dan lain-lain.

Singkat cerita, al-Sya'rani kemudiannya terkenal sebagai ulama mesir yang mempunyai ramai murid. bukan hanya itu, tokoh-tokoh besar kerajaan juga sering berkunjung ke tempatnya.

saya teringat suatu kisah. suatu hari, Perdana Menteri Ali Pasya berkata kepadanya:


"Esok, aku akan menghadap sultan. jika engkau mempunyai hajat yang hendak disampaikan kepada sultan, beritahu kami."

Apakah jawapan al-Sya'rani?

Sebagai ulama yang berbangga dengan kedudukannya di sisi Allah swt, beliau hanya tersenyum lalu berkata:

"Alhamdulillah, kami tidak memerlukan apa-apa dari sultan. Namun, jika tuan mempunyai hajat yang hendak disampaikan kepada Allah, beritahulah kami"

mendengar itu, Ali Pasya tunduk beberapa lama. Dia lalu berkata "Astagfirullah. kalian sangat bergantung kepada Allah, sementara kami sangat bergantung kepada hambaNya. Kalian yang lebih benar. sebab Allah memiliki semua kerajaan di langit dan bumi"

dipetik daripada majalah SOLUSI: bangga menjadi HAMBA ALLAH..isu no=10

terdetik untuk memasukkan kisah yang baru kubaca ketika berada di kampung menghabiskan cuti khas baru2 ini..kisah-kisah kebergantungan para sahabat dan para ulama terhadap Dia yang maha Satu kerapkali kita dengar, namun sejauh mana kita juga meletakkan kebergantungan hanya kepada Dia.

READ MORE - "jika tuan mempunyai hajat yang hendak disampaikan kepada Allah, beritahulah kami"

Swine Flu : Senarai Perlu Faham dan Buat

Tuesday, July 28, 2009

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

flu.jpg

"Ustaz, saya tak puas hati betul dengan keluarga si X, dah tahu dia tak sihat janganlah datang ke program kita, sekarang saya pun dah selsema ini" Rengus seorang di klinik, kebetulahn bertemu seorang ustaz.

"Heh, sebab anak kamu, pembawa wabak, sekarang ni satu pertiga seokolah kita sudah kena selsema babi, lain kali kalau dah ada symptom, janganlah datang ke sekolah!" kata seorang guru dengan wajah menyinga kepada bapa seorang murid.

"Alahai macam mana ni, tak boleh diri dekat sangat dengan dia ni, dia tengah selsema rupanya, nanti kalau aku jarakkan diri dia terasa pulak" Monolog hati seorang apabila kawannya mengatakan dirinya sedang selsema dan punyai symptom selsema babi.

Itu mungkin beberapa dialog yang semakin popular di ketika ini. Jika tidak dilafazkan sekalipun, ia mungkin sahaja bermain di minda dan hati. Bolehkah kita sedemikian? Apa lagi senarai perlu faham, perlu dan jangan buat di ketika ini?

Wabak swine flu atau selsema babi semakin dahsyat menyerang manusia. Sebelum ini manusia diserang oleh krisis ekonomi hasil tangan mereka sendiri, kali ini krisis bersambung dan berganda dengan serangan krisis kesihatan, juga hasil tangan manusia.

Manusia yang kerap bertukar menjadi bongkak dan angkuh dengan pangkat, kuasa dan harta kini mula menjadi kecut dan takut. Di United Kingdom, pihak kerajaan dan media sering mewarwarkan bahawa swine flu tidaklah berbahaya, ia juga digambarkan sama seperti selsema biasa seperti selsema di musim sejuk yang akan kebah dalam beberapa hari. Ia dikuatkan lagi apabila semua individu yang meninggal dunia akibat swine flu di sini, mempunyai pelbagai penyakit serius yang lain. Keadaan ini menjadikan rakyat UK juga biasa dan hampir tiada dilihat sesiapa memakai ‘facemask' di jalanan sepertimana yang terdapat di Mexico dan Malaysia.

swine.jpg

SELSEMA BABI DI UNITED KINGDOM

Namun beberapa hari ini kerisauan sudah mula menjengah di minda kebanyakan rakyat UK akibat kematian seorang kanak-kanak yang sihat akibat swine flu. Ia juga sudah mula merebak dengan makin meluas di United Kingdom sehingga dijangkaan di akhir bulan Ogos, dijangkaan lebih 100,000 orang akan menghidapinya setiap hari.

Hari ini, jumlah mereka yang selsema dan disyaki swine flu di UK semakin bertambah, warga Malaysia di Leicester khususnya dan UK umumnya, juga tidak terlepas dari symptoms swine flu. Semua mula berasa risau tetapi jika sebuah negara maju seperti UK dan USA serta Eropah juga masih terkial-kial, tidak mempunyai penyelesaian rawatan, bagaimana pula nasib negara sedang membangun seperti Malaysia atau Negara-negara lain yang masih mundur.

Media di UK mewarwarkan bahawa dijangkakan vaksin khas untuk virus ini akan berjaya dihasilkan sekitar bulan hadapan. Vaksin ini juga diwartakan akan diberikan kepada seluruh penduduk United Kingdom, dimulakan dengan warga kesihatan di hospital, diikuti golongon berisiko tinggi seperti pesakit athma, diabetes, jantung dan sebagainya. Namun begitu, semuanya masih kabur dan tidak pasti.

Ubat khas seperti anti viral seperti Oseltamivir (Tamiflu) dan Zanamivir (Relenza) hanya boleh diperolehi oleh mereka yang telah menjalankan ujian darah dan disahkan memang dijangkiti swine flu, namun demikian di UK, ujian tersebut sudah tidak lagi relevan kerana jumlah pengadu sudah terlalu ramai. Malah penghidap symptom juga tidak digalakkan hadir ke GP lagi, cukup sekadar kuarantin diri di rumah dan mengubat diri sendiri.

PENGALAMAN KE KLINIK

Pengalaman beberapa warga Malaysia mempunyai symptoms swine flu ke GP (Klinik awam) tidak begitu menggalakkan, sambutan para doktor juga amat dingin malah doktor kelihatan amat bimbang dan mengarahkan segera pengadu untuk keluar melalui pintu lain dengan alasan agar tidak bercampur dengan orang ramai.

Ramai yang kurang senang dengan keadaan ini, tiada ubat yang diberi oleh pihak doktor, tiada prescription untuk antiviral, tiada ubat batuk, dan sebagainya, hanya nasihat untuk mempertingkatkan penjagaan kebersihan, mengunci diri di dalam rumah dan minum air banyak.

Ramai yang sedang menghadapi selsema, batuk dan demam di United Kingdom ketika ini, tetapi kebanyakannya tidak pasti adakah ia swine flu atau tidak, kerana ia benar-benar seperti selsema biasa, yang mana ia biasanya berulamkan batuk dan sekali sekala pening kepala akibat membuang hingusan dan demam singkat. Padahal semua yang disebut tadi adalah symptom-simptom selsema babi, itulah juga info yang terpapar iklan dan poster symptoms swine flu, ia juga tidak jelas.

SENARAI PERLU DAN JANGAN

Apa yang perlu dilakukan kini? Saya bukan doktor namun beberapa nasihat berikut mungkin boleh difahami dan dihayati sebaiknya, moga kita dapat memanfaatkkanya:-

1. PENYAKIT BERJANGKIT & IMANI QADA' QADAR.

Perkara utama bagi semua umat Islam, jangan sesekali lupa atau ‘terlupa' bahawa semua bakteria, virus atau apa jua makhluk yang membawa mudarat ini terlepas dari kekuasaan Allah swt.

Jikalau kita menelurusi hadis Nabi s.a.w, kita akan dapati anjuran Nabi s.a.w untuk berhati-hati apabila bercampur dengan pesakit kusta dan sopak. Sudah tentu anjuran Nabi itu terpakai buat semua jenis penyakit yang diiktiraf boleh merebak dan ‘berjangkit'. Hadis berikut amat jelas :-

لا عدوى ولا طيرة ولا هامة قال له رجل : أرأيت البعير يكون به الجرب فتجرب الإبل ، قال : ذاك القدر ، فمن أجرب الأول ؟

Ertinya : Tiada jangkitan, tiada sial dan tiada hammah (satu kepercayaan jahiliyyah iaitu burung yang kononnya tercipta dari tulang mayat dan hidup lalu membawa sial kematian), maka seorang lelaki berkata : Apa pandanganmu jika seekor unta yang mempunyai penyakit lalu terkena unta yang lain?. Nabi menjawab : Itulah taqdir Allah, (cuba fikirkan), dari mana pula yang pertama mendapat penyakitnya? ( Riwayat Ahmad )

Allah swt mengingatkan :-

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Ertinya : Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. ( Al-Hadid : 22 )

Berbekalkan ayat dan hadis di atas, Islam mengajar kita agar melihat ketentuan Allah swt sebagai asas, sebelum melihat kepada soal sebab dan musabbab atau sunnatullah (hukum alam).

Walaupun demikian, Nabi s.a.w juga mengingatkan :

فِرَّ من المجذوم فِرارَك من الأسد

Ertinya : Larilah (jauhilah) mereka yang berpenyakit kusta sebagaimana kamu lari dari singa" ( Riwayat Al-Bukhari)

Manakala di dalam sebuah hadis lain :-

لا يُورِد مُمَرَّضٌ على مُصَحٍّ

Ertinya : Janganlah orang yang sakit bercampur dengan mereka yang sihat (Riwayat Muslim)

Mungkin ada yang terfikir wujudnya pertentangan makna di antara hadis berkenaan qadar Allah swt dan saranan menjauhi pesakit berjangkit.

Hakikatnya, tiada kontradiksi di antara satu sama lain, perlu difahami bahawa orang Arab di zaman Jahiliyah percaya tubuh orang sakit akan automatik memberi kesan buruk yang pasti kepada tubuh orang yang sihat tanpa mengira sebarang sebab atau taqdir[1]. Atas sebab itu hadis menyebut hadis pertama, namun dalam masa yang sama tidak menafikan jangkitan dari berlaku. Oleh itu, dalam konteks ketiga-tiga hadis di atas, mesej yang disampaikan oleh baginda Nabi s.a.w adalah :-

· Menafikan kepercayaan silam bahawa tubuh orang sakit PASTI AKAN memudaratkan yang sihat, justeru di dalam Islam, tidak boleh diiktikadkan sedemikian.

· Membetulkan kefahaman semua bahawa hampir setakat mana pun kita dengan mereka yang sakit berjangkit, semua masih tertakluk kepada kekuasaan Allah swt untuk mendatangkan sakit itu kepada kita atau tidak.

· Membetulkan kefahaman ummat bahawa sakit yang mungkin kita alami tidak semestinya datang dari orang sakit yang kita temui. Justeru, jangan mula salah menyalahkan di antara satu sama lain.

Hasilnya, Islam tidak menafikan wujudnya kebolehjangkitan tetapi hadis itu disebut dalam konteks dan objektif yang disebutkan di atas. Kebolehjangkitan adalah termasuk di dalam perkara sunnatullah (hukum ketetapan alam), cuma umat Islam perlu memahami ia tertakluk di bawah izin Allah swt. Pastinya, di musim berlakunya perebakan wabak seperti selsema babi ini, tidak mudah untuk mana-mana individu yang terkena dan belum kena untuk meyakini kuasa Allah. Itulah sebenarnya salah satu ujian Allah swt untuk hambaNya, mendatangkan bala sebagai ujian, tapisan iman serta mengingatkan hamba kepada kekuasaan penciptaNya. Hanya merkea yang beriman mampu melakukannya. Semoga kita terdiri dari golongan itu.

2) JANGAN TUDUH SESIAPA SEBAGAI PUNCA

Jangan menuduh sesiapa sebagai penyebab anda terkena selsema ini, jangan juga marah kepada sesiapa. Ini kerana kita tidak akan mampu mengetahui secara pasti dari manakah kita mendapat virus tersebut. Ini kerana virus selsema boleh sahaja datang dari tombol pintu pejabat yang kita pegang, pintu kereta, teksi, mouse computer, key board dan sebagainya. Mungkin terdapat indidivdu lain yang bersin lalu tangannya memegang keyboard, pintu atau berjabat tangan dengan anda sebelum tangannya benar-benar bersih dari virus.

Mungkin sahaja kita ingin meyalahkan seseorang yang bersin di hadapan kita atau duduk di sebelah orang selsema di dalam train atau bas, namun diingatkan sekali lagi, kita sama sekali tidak boleh pasti, kita mendapat selsema dari orang terbabit, besar kemungkinan virus itu telah kita dapati sejak di stesyen bas lagi. Perlu difahami juga, jarak tebaran germ dari seorang yang bersin secara terbuka adalah sekitar 10 kaki jaraknya. Justeru, JANGAN SALAHKAN SESIAPA dan yakinlah ia takdir Allah swt untuk menguji kita.


3. ELAK KELUAR DAN MASUK DARI KAWASAN SESAK DAN WABAK

Elakkan bercampur di temat awam tanpa keperluan yang mendesak dan adalah baik jika dapat sentiasa membersihkan setiap apa yang ingin kita pegang di temat awam. Mungkin sahaja semuanya telah dicemari oleh virus selsema babi tadi dan sedang menunggu orang menyentuhnya sahaja.

Saranan pencegahan ini sesuai dengan hadis di atas dan juga tindakan Nabi yang tidak berjabat tangan dengan seorang lelaki kusta dari rombongan Bani Thaqif di ketika sesi berbai'ah (janji taat setia). Yangmana Nabi saw diriwayatkan berkata yang ertinya : "Pulanglah, kamu telah pun dikira berbai'ah" (Rujuk Sohih Muslim)

Nabi s.a.w :-

إذا سمعتم بالوباء بأرض فلا تقدموا عليه ، وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا فرارا منه

Ertinya : Apabila kamu mendengar terdapat wabak di satu kawasan, janganlah kamu memasukinya, dan apabila kamu wabak berlaku di satu kawasan, kamu pula berada di sana, janganlah kamu keluar dari kawasan tersebut untuk melarikan diri. ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Mungkin akan adayang tertanya-tanya mengapa dihalang mereka yang sihat untuk kelaur dari kawasan wabak, apakah justifikasi arahan nabi sejak 1400 tahun yang lalu ini. Jawapan diberikan oleh Dr Muhammad Al-Bar (merupakan seorang doktor pakar perubatan dan ahli Majlis Fiqh OIC), beliau menegaskan terdapat individu yang tidak jatuh sakit dengan sesuatu jenis virus, manakala sebahagian lain jatuh sakit. Mungkin sahaja yang keluar ini sihat, tetapi tubuhnya sedang membawa virus dari kawasan wabak, hasilnya, ketibaannya di tempat baru menyebabkan penyebaran berlaku kepada penduduk setempat dan pasti akan ada sebahagian yang boleh jatuh sakit dengan virus tersebut.

Selain itu, kemungkinan juga individu yang sihat ketika keluar itu, belum terkesan lai dengan virus yang berada di dalam tubuhnya. Ini kerana sebahagian virus memerlukan beberapa masa dan tempoh untuk membiak dan mengganggu kesihatan mangsa. Hasil dari semua kemungkinan ini, Nabi s.a.w sejak beribu tahun silam, tanpa ilmu mikrobiologi telah mampu memberikan satu peraturan yang bertepatan dengan penemuan sains. Itulah ilmu yang datang dari pencipta sekalian alam, Allah swt.

Dengan fakta ini, kita tidak akan sama sekali mampu meneka siapa yang menjadi punca pemindahan virus kepada tubuh kita, kerana bukan sahaja individu yang sedang sakit dan selsema sahaja yang berpotensi, malah mereka yang sihat juga terdapat kemungkinan menanggung virus yang sama dan memindahkannya kepada kita melalui sentuhan dan sebagainya. Itulah takdir namanya dan kita diarah untuk berusaha sedaya mungkin dan redha serta sabar apabila diuji.

3) SEKATNYA DARI MENJADI PENYEBAR

Jikalau ditakdirkan kita tergolong dari mereka yang sedang diuji dengan selsema babi ini, pastikan sedaya upaya kita tidak menjadi sebab untuk merebaknya virus terbabit di kalangan awam. Justeru itu:-

· Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau kain semasa bersin.

· Sentiasa basuh tangan selepas memegang hingus, hidung atau selepas bersin di tangan, gunakan sabun atau apa-apa jenis sabun antibacteria.

· Kurangkan berasak-asak di tempat awam, kerana peluang pemindahan virus boleh berlaku dengan lebih besar. Namun takdir Allah mendahului segala-galanya, jika telah ditakdirkan, seseorang yang mengunci diri di dalam gua batu sekalipun pasti akan kena, mungkin melalui virus yang dibawa di atas badan semut yang memasuki gua itu!.

Kesemua tindakan dan usaha pencegahan adalah wajib kita lakukan menurut hukum Islam, kerana menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah diharamkan.

4) CADANGAN PEMULIHAN : SARANAN DOKTOR DAN USTAZ

Bagi tujuan pemulihan, perkara biasa yang disarankan oleh para doktor adalah :-

  • Makan vitamin C dengan kadar lebih banyak dari biasa.
  • Minum air dengan kuantiti yang banyak, lebih banyak dari biasa.
  • Boleh mengambil (kecuali kanak-kanak bawah 5 tahun) ubat demam atau batuk yang biasa atau juga paracetamol dan pain killer seperti ibuprofen untuk melegakan beberapa symptom. (Rujuk doktor anda terlebih dahulu).
  • Ambil cuti dan berehat sehingga sembuh.

Ditambah pula dengan nasihat dari para ilmuan Islam:

  • Yakinkan diri dengan kesembuhan, sebutkan kata-kata yang baik untuk diri seperti yakin diri akan sembuh segera dan sebagainya. Selain itu, jangan pula mencerca dan memaki hamun semasa sakit. Hal ini disarankan melalui hadis :-

لا عدوى ولا طيرة ، ويعجبني الفأل قالوا : وما الفأل ؟ قال : كلمة طيبة

Ertinya : Tiada jangkitan (tanpa izin Allah) dan sial, dan aku suka kepada sikap Al-Fa'l, Sahabat bertanya : "Apakah Al-Fa'l ?"

Nabi menjawab : "Kalimah yang baik (sangka baik untuk sembuh)

  • Berdoa agar beroleh kesembuhan dan doakan orang lain agar turut kuat dan sembuh dari jangkitan selsema babi ini.

  • Bersangka baik dengan Allah dan serahkan urusan kepada Allah swt. Iaitu jikalau telah terdapat ahli keluarga yang dijangkiti dan amat sukar untuk mengelakan diri dari bercampur dengan mereka. Dirwiyatkan di dalam sebuah hadi, Nabi meletakkan makan di dalam satu bekas bersama pesakit kusta lalu berkata :-

كلْ باسم الله توكلاً على الله وثقة بالله

Ertinya : Makanlah dengan bacaan Bismillah, bertawakkal kepada Allah dan berikan kepercayaan ( sangka baik) kepadaNya: (Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah, namun menurut analisa, hadis ini dinilai lemah)

  • Jangan sesekali putus asa jika ditimpa penyakit ini.

Firman Allah swt :

وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ

Ertinya : Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa.

Sekadar itulah yang dapat dikongsikan buat masa ini, semoga semua kita dapat menghadapi saat sukar ekonomi dan kesihatan ini dalam keadaan yang jitu dan teguh iman kepada Allah swt.

Akhirnya hayatilah kata nabi ini

عجبا لأمر المؤمن ، إن أمره كله له خير ، وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن ، إن أصابته سراء شكر وكان خيرا له ، وإن أصابته ضراء صبر فكان خيرا له

Ertinya : hebat dan amat mengkagumkan sifat orang beriman, semua urusannya memberinya kebaikan, dan tiada perolehinya kecuali dia adalah mukmin, iaitu apabila ditimpa kebahagian dia bersyukur, maka ia perolehi kebaikan (hasil syukurnya dia), dan apabila ia ditimpa keburukan, ia sabar dan baginya kebaikan juga (Riwayat Muslim)

Sebarkanlah artikel ini di merata tempat, semoga ramai beroleh manfaat dan terpandu untuk menentukan iman, minda, hati dan sikap yang betul.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

READ MORE - Swine Flu : Senarai Perlu Faham dan Buat

Top 10 Tips For Starting A Business That Will Succeed

Thursday, July 23, 2009

1) Do what you love. You’re going to devote a lot of time and energy to starting a business and building it into a successful enterprise, so it’s really important that you truly deeply enjoy what you do, whether it be running fishing charters, creating pottery or providing financial advice.

2) Start your business while you’re still employed. How long can most people live without money? Not long. And it may be a long time before your new business actually makes any profits. Being employed while you’re starting your business means money in your pocket while you’re going through the business start up process.

3) Don’t do it alone. You NEED a support system while you’re starting a business (and afterwards). A family member or friend that you can bounce ideas off and who will listen sympathetically to the latest businses start up crisis is invaluable. Even better, find a mentor or, if you qualify, apply for a business start up program. Experienced guidance is the best support sytem of all.

4) Get clients or customers first. Don’t wait until you’ve offically started your business to line these up, because your business can’t survive without them. Do the networking. Make the contacts. Sell or even give away your products or services. You can’t start marketing too soon.

5) Write a business plan. The main reason for doing a business plan first is that it can help you avoid sinking your time and money into starting a business that will NOT succeed. (See “Why You Need A Business Plan” for other good reasons.)

6) Do the research. You’ll do a lot of research working through a business plan, but that’s just a start. You need to become an expert on your industry, products and services, if you’re not already. Joining related industry or professional associations before you start your business is a great idea.

7) Get professional help. On the other hand, just because you run a small business, doesn’t mean you have to be an expert on everything. If you’re not an accountant or bookkeeper, hire one (or both). If you need to write up a contract, and you’re not a lawyer, hire one. You will waste more time and possibly money in the long run trying to do things yourself that you’re not qualifed to do.

8) Get the money lined up. Save up if you have to. Approach potential investors and lenders. Figure our your financial fall-back plan. Don’t expect to start a business and then walk into a bank and get money. Traditional lenders don’t like new ideas and don’t like businesses without proven track records.

9) Be professional from the get-go. Everything about you and the way you do business needs to let people know that you are a professional running a serious business. That means getting all the accoutrements such as professional business cards, a business phone and a business email address, and treating people in a professional, courteous manner.

10) Get the legal and tax issues right the first time. It’s much more difficult and expensive to unsnarl a mess afterwards. Does your business need to be registered? Will you have to charge GST or PST? Will you have to have Workers’ Compensation Insurance or deal with payroll taxes? How will the form of business you choose affect your income tax situation? Learn what your legal and tax responsibilities are before you start your business and operate accordingly.

http://www.about.com/money/
READ MORE - Top 10 Tips For Starting A Business That Will Succeed

marwa sherbini..

Monday, July 20, 2009

tatkala seluruh dunia berkabung di atas kematian Raja pop dunia michael Jackson, Marwa al sherbini dibunuh hanya kerana mempertahan hijabnya. Marwa al-Sherbini dibunuh di Mahkamah kota Dresden, Jerman di hadapan suami yang kemudiannya ditembak oleh pihak polis Jerman.

kisah kematian Marwa yang dikelar 18 kali pada 1 julai 2009 ini tidak mendapat liputan daripada media samada media barat mahupun media dalam negara.

pembunuhan ini bukan sekadar pembunuhan terhadap seorang wanita muslim namun juga merupakan suatu penghinaan terhadap semua wanita berhijab..
READ MORE - marwa sherbini..

israk mikraj...

Sunday, July 19, 2009

READ MORE - israk mikraj...

rapuh..

Tuesday, July 7, 2009

rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

-opick-

kata hati : meski rapuh..dalam langkah..kadang tak setia padaMu..
maafkanlah..bila hati tak sempurna menyintaiMu...
READ MORE - rapuh..

Pembunuh senyap terus dapat sambutan tanpa sedar

Monday, July 6, 2009


POLISTERINA atau ramai yang mengenali dengan nama Inggerisnya, polisterin, bekas makanan atau minuman berwarna putih yang banyak digunakan oleh restoran atau warung untuk membungkus makanan atau minuman.

Penggunaan yang terlalu meluas menyebabkan ‘keranda putih’ itu bersepah-sepah di kebanyakan kawasan tumpuan yang sedikit sebanyak mampu menyesakkan mata dan juga mampu untuk mencemarkan alam serta menjadi pembunuh senyap. Itu sebabnya Bidai memanggilnya ‘keranda putih’.

Bidai pernah menulis mengenai perkara ini ketika Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Kelab Alam Sekitar melakukan promosi Tapau-Mania yang menggalakkan penuntut universiti itu menggunakan bekas makanan dan minuman sendiri. Jika tidak membawa bekas sendiri, mereka boleh menggunakan pembungkus yang lebih mesra alam dengan tambahan 20 sen.

Selepas itu, Bidai turut mengulas mengenai Natures Harmony Industries Sdn. Bhd. (NHI) yang berjaya membangunkan bekas makanan pakai buang yang boleh dimakan.

Menarik ciptaan NHI itu di mana Pengurus Besar NHI sendiri, P. Ramaness, menunjukkan kepada media dia memakan bekas makanan yang dicipta bagi membuktikan kebenaran promosi yang dilakukan.

Malah lebih menarik, NHI bukan hanya mencipta sesuatu yang memberi manfaat kepada seluruh dunia, malah telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan status halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan diiktiraf berkualiti oleh SIRIM serta mesra alam. Ia boleh lupus dalam tempoh 28 hari berbanding bahan plastik dan kertas yang melebihi tempoh tersebut.

USM dan NHI yang berjaya mengubah persepsi dan amalan kepenggunaan diikuti oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga telah mengorak langkah menggunakan bekas mesra alam yang dikenali sebagai biopak demi untuk menjaga alam sekitar.

Bukan hanya mereka, Universiti Utara Malaysia (UUM) turut mengharamkan penggunaan bekas makanan polisterina di dalam kampus bermula sesi Julai tahun lalu melalui program Kempen Mesra-Eko (RFC) termasuk Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui program ‘Bans White Coffin’.

Dan banyak lagi universiti, orang perseorangan termasuk yang terbaru kerajaan negeri Pulau Pinang telah melarang penggunaan polisterina pada semua program rasminya bagi mengelakkan kesan negatif kepada alam sekitar dan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Bidai menyanjung tinggi usaha semua pihak ini. Namun agak hairan kenapa sehingga kini masih banyak lagi penggunaan bekas pakai buang polisterina ini digunakan?

Yang lebih tragis ialah walaupun umum sudah mengetahui mengenai bahaya bekas makanan polisterina yang mampu menyebabkan kanser, masih ramai lagi yang hendak gunakan dan menyokong penggunaan berkenaan.

Bidai imbau kembali berita Mei lalu yang memetik Ketua Pusat Penyelidik Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Ku Halim Ku Hamid yang mengatakan tahap bahaya polisterina yang mempunyai stirena dan berasal dari phemynl mampu memberi masalah kepada sistem kesihatan.

“Organ-organ dalam badan manusia akan menerima kesan secara tidak langsung terutamanya kepada sistem pencernaan dan turut boleh melibatkan darah serta hati.

“Walaupun tiada kajian, namun kewujudan stirena ini tetap ada dalam bekas makanan malah bertambah bahaya jika sumber makanan atau minuman yang digunakan berasid,” katanya.

Dan melalui berita itu, Prof. Ku Halim turut mahu bekas makanan polisterina itu diharamkan yang turut dilakukan di beberapa negara maju yang lain.

Beliau menambah: “Bukan sekadar kepada kesihatan malah turut memberi kesan buruk kepada alam sekitar kerana ia mengambil masa selama beratus-ratus tahun untuk terurai.”

Menyokong usaha itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) turut mendedahkan bahawa bekas polisterina juga mendakwa ia memberikan ancaman kepada kesihatan dan juga alam sekitar.

Presiden CAP, S.M Mohamed Idris berkata, bungkusan polisterina biasanya mengandungi sedikit sisa stirena kerana proses pembuatannya tidak 100 peratus berkesan.

“Terdapat dua cara stirena ini boleh menyerap masuk ke dalam makanan jika bekas makanan itu masih baru disebabkan ia belum sebati manakala yang lama mudah terurai akibat panas dan pancaran matahari.

“Stirena yang meresap dalam makanan itu akhirnya akan masuk ke dalam badan dan bakal menjejaskan kesihatan manusia,” jelasnya.

Dan katanya lagi, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah mengkelaskan stirena sebagai bahan karsinogen Kumpulan 2B iaitu ejen penyebab kanser.

“Kesan buruk stirena ini akan menyebabkan mutagen yang boleh memberi perubahan genetik dan ini menyumbang risiko kanser dan merosakkan sistem pembiakan,” katanya lagi.

Membaca petikan itu membuatkan Bidai terdiam dan mula berfikir kenapa polisterina masih ada lagi di negara ini.

Adakah sebab penggunaan bekas makanan yang mesra alam memerlukan tambahan antara 10 hingga 20 sen menghalang usaha menyelamatkan lebih banyak mangsa kesihatan yang tidak diketahui puncanya?

Adakah pihak berkuasa masih merasakan nilai nyawa seseorang lebih rendah daripada 20 sen dan membiarkan usaha-usaha yang dijalankan oleh mereka yang sedar mengenai bahaya polisterina ini terkubur sahaja?

Untuk itu, Bidai ingin menyeru kepada mereka yang pentingkan kesihatan agar mula menggunakan bekas makanan pakai buang selain daripada polisterina atau lebih mudah, gunakan bekas makanan dan minuman sendiri.

Lebih jimat, lebih mudah, lebih selamat. Bagi mereka yang tak kisah dengan nyawa sendiri macam perokok, teruskanlah guna bekas polisterina kerana mana tau, anda mungkin dapat hadiah, KANSER!

Fikirkanlah...

-utusan online-

READ MORE - Pembunuh senyap terus dapat sambutan tanpa sedar

iktibar GEMPUR PMIUPM: part 2

Thursday, July 2, 2009

dilempar dengan batu, dibalasnya dengan buah dan manisan...

mari menilai!!!

sabtu, 27 jun; sekitar 7.45 pagi..
baner mengucapkan selamat datang kepada mahasiswa baru digantung..

8.30 pagi..
berada di dataran parking DKAP bersama2 dengan NIKON D90 di tangan..ma..ridhallahuilla...fi ridhailwalidaini..bunyi handfone nokia N5000 ku menerima panggilan daripada seorang sahabat se-PMI, YB Razak..

"kama, surat kebenaran utk gantung baner kat depan masjid ni da kat sapa? skrang ana da kat sini. budak2 BHEP (beberapa staf kecil BHEP UPM) nak turunkan baner ni. diorang cakap en pau suruh turunkan" ; YB Razak

"ada kat awin, nta tunggu kat situ. nnt ana g ambik. jgn bagi depa cabut dulu baner tu.."

memecut moto KCG balik ke rumah. on the balik rumah, kat simpang depan masjid, kelihatan razak n safwan ada di sini bersama dengan beberapa staf kecik BHEP. "jap, 5 minit", isyarat tangan kuberikan tanpa menghentikan moto..

selepas mendapat surat kebenaran tersebut..bergegas semula ke tempat kejadian..staf kecil BHEP telah bersurai..

menurut razak, mereka bergegas hendak bersurai bila meyakini PMI telah mdapat kebenaran mengantung baner tersebut..

sekitar 10.30 pagi;

razak menerima panggilan daripada sahabat sePMI lain merangkap sahabat sekelasku Poji (bukan nama sebenar), baner telah dikoyak..


tiada apa yang mampu diperkatakan lagi...bergegas ke tempat kejadian..dan inilah antara gambar yang sempat ku snap.. laporan susulan yang dibuat di bahagian keselamatan..tindakan susulan daripada BK tidak aku ketahui..boleh hubungi YB razak..aku semakin ke"bz"an..

huraian kes:

fikir-fikirkan...dalang kepada tragedi ini sedang dipantau..siapakah mereka? hanya mereka dan kerabat2 mereka yang mengetahui dan Si Pemantau..siapa yang memantau kegiatan mereka?..DIA..Pencipta mereka dan segala isi alam ini..dan hanya Dialah yang mampu brtindak kejam-sekejam2nya mengikut kehendakNya..
Anda Waspada Anda Selamat...AWAS..

apa tindakan PMI? teruskan agenda dakwah tanpa rasa takut dan gentar...

P/S: kiranya ini adalah posting terakhir berkenaan GEMPUR PMIUPM..
READ MORE - iktibar GEMPUR PMIUPM: part 2