laman ini sedang dalam penambahbaikkan..
sebarang kesulitan amat dikesali..

faisal tehrani n habiburrahman di pwtc

Wednesday, April 29, 2009

bertemu faisal teh.rani dan habiburrahman di hari terakhir pesta buku antarabangsa 2009



READ MORE - faisal tehrani n habiburrahman di pwtc

23 April, HARI BUKU SEDUNIA

Thursday, April 23, 2009

jom...sempena hari buku sedunia,
jom kita serang pesta buku antarabangsa kat pwtc..
dapatkan buku2 berinformasi yang sesuai dengan anda n
jom kita imarahkan budaya membaca..


membudayakan ilmu melalui membaca..
ayuh..
READ MORE - 23 April, HARI BUKU SEDUNIA

Tuesday, April 21, 2009

READ MORE -

Friday, April 17, 2009


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."

READ MORE -

"metamorfosa"kan mekanisma dakwah

Thursday, April 16, 2009

kelmarin hanya tingal kenangan..
bersama peristiwa semalam,
adakah hari ini yang ku tempuh,
kan bersinar untuk hari esok...

alunan lagu firdaus, cinta dan harapan membawa ku mengimbau seribu kisah yang telah berlalu.. bernostalgia seketika (kata seorang pimpinan GAMIS dalam satu program suatu ketika dulu)

lagu firdaus ini mengingatkanku pada kisah di bangku sekolah dulu.. alkisah memang budak nakal sejak sekolah lagi..nak dijadikan cerita, aku memang minat menulis terutamanya cerpen.. selain daripada cerpen memang aku takkan tulis walaupun merupakan kerja sekolah yang diberi guru..sampaikan aku dan beberapa orang kawan memboikot kelas tersebut bila cikgu memberikan latihan menlis karangan berbentuk fakta..hehe (ampun cikgu..). di"relate"kan dengan lagu ni, lagu ni dijadikan intro kepada cerpen yang pernah ditulis. and memang dapat a++ dengan cerpen tu.

entah mengapa, mood untuk menulis tulisan berbentuk cerpen atau novel timbul kembali..
"angin petang ini seolah2 meniupkan udara segar dari desa tercinta nan permai. gemersik bunyi dedaun padi yang bersentuhan, kicau beburung... "

novel islami pertama yang pernah kubaca ketika di tingkatan 3 bertajuk duri sarajevo (tak ingat penulisnya) berkenaan dengan kisah peperangan di bumi sarajevo. membentuk fikrah perjuangan dengan menerapkan ciri2 islam, ketauhidan dan pemupukan semangat jihad..

setelah beberapa buah membaca novel berunsurkan keislaman, sekadar pengamatanku penulisan sebegini amat memberikan impak yang besar terutamanya di kalangan anak muda samada lelaki ataupun wanita..bentuk penulisan santai ini amat menarik minat golongan remaja dan tanpa sedar membentuk fikrah keislaman dalam diri pembaca.

mekanisme penulisan atau dakwah melalui penulisan perlu ditukar bentuk mengikut kehendak pasaran pembaca. biarkan dakwah bermetamorfosa, sebuah e-book yang kubaca menuntut supaya kader-kader dakwah merubah bentuk atau mekanisme penyampaian dakwah mengikut kehendak manusia tetapi memandu ke arah matlamat yang tidak pernah berubah iaitu ke arah mengajak manusia kesemuanya untuk mengabdikan diri kepadaNya..

alangkah baiknya kalau ada di kalangan cerpenist atau novelist yang sudi untuk menterjemahkan kandungan buku mazaya'ni ke dalam bentuk novel. AKU?? nanti2la..
READ MORE - "metamorfosa"kan mekanisma dakwah

BLack 14; permulaan sebuah kebangkitan

Tuesday, April 14, 2009

(sekadar gambar hiasan)

'Black 14, atau pernah disebut 'Gelita 14', disambut setiap tahun sebelum ini bersempena tarikh Anwar dijatuhkan hukuman bagi kes pertama pada 1999. Sambutan pada tahun-tahun awal 2000-an biasanya bersifat demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur anjuran aktivis Gerakan Reformasi dan penyokong PKR.

tarikh keramat itu merupakan titik tolak bermulanya kebangkitan rakyat Malaysia dalam malawan kepimpinan Barisan Nasional. angin reformasi yang bertiup kencang pada ketika itu benar-benar membangkitkan kemaraan rakyat.

hari ini, 14 April 2009, peristiwa ini telah kurang disebutkan. 14 april 2009 tidak lagi diselaputi awan kegelapan. kemaraan rakyat suatu ketika dahulu di jalan-jalan raya telah diterjemahkan dalam pilihan raya umum ke 12 diikuti dengan pilihanraya kecil permatang pauh, kuala terengganu seterusnya ke bukit gantang dan bukit selambau. walaubagaimanapun, tiupan angin reformasi itu belum sampai ke pilihanraya kecil batang ai.

suasana politik di negeri-negeri di Malaysia bukan hanya bergolak di negeri-negeri di pawah pimpinan pakatan rakyat, malah turut melanda negeri terengganu.pergolakkan politik di malaysia hari ini terlalu sukar diramalkan..


READ MORE - BLack 14; permulaan sebuah kebangkitan

gud luck 4 final exam!!!!!

Saturday, April 11, 2009


cabaran dalam peperiksaan adalah sebahagian
drp mehnah dan tribulasi dalam pejuangan kehidupan...
maju, tahan dan undur..
atau
maju mara dan bertahan
atau
maju, mara dan menang..
READ MORE - gud luck 4 final exam!!!!!

BEKU 2: revolusikan minda

Friday, April 10, 2009

sambungan daripada artikel BEKU; air vs otak manusia..

krisis kebekuan pada air merupakan satu fenomena alam yang mengakibatkan kawasan dataran bertambah luas akibat air yang berubah menjadi pepejal...namun apakah pula implikasi daripada krisis kebekuan yang melanda pemikiran manusia??

krisis kebekuan pada pemikiran manusia memberikan impak yang lebih besar bukan hanya pada diri individu terbabit malah juga kepada persekitaran atau ruang lingkup kehidupannya. seandainya ruang sekitar seseorang itu membeku akibat pembekuan atau penyejukan global (aku tak pasti istilah ni wujud or tak..), individu terbabit masih boleh menggunakan akal fikiran yang belum membeku untuk mengatasi masalah terbabit.

namun....awas sekiranya pembekuan pada otak berlaku...hancuss sebuah kehidupan kerana manusia sebagai khalifah iaitu wakil Allah bertindak sebagai wakil Allah dalam memakmurkan muka bumi ini. manusia hanya sebagai asbabkepada proses pemakmuran itu kerana Allah sendiri hakikatnya bisa memakmurkan alam semesta milikNYa...

revolusi minda...

Revolusi adalah perubahan sosial dan kebudayaan yang berlangsung secara cepat dan menyangkut dasar atau pokok-pokok kehidupan masyarakat. Di dalam revolusi, perubahan yang terjadi dapat direncanakan atau tanpa direncanakan terlebih dahulu dan dapat dijalankan tanpa kekerasan atau melalui kekerasan.


Dialektika revolusi mengatakan bahwa revolusi merupakan suatu usaha menuju perubahan menuju kemaslahatan rakyat yang ditunjang oleh beragam faktor, tak hanya figur pemimpin, namun juga segenap elemen perjuangan beserta sarananya. Logika revolusi merupakan bagaimana revolusi dapat dilaksanakan berdasarkan suatu perhitungan mapan, bahwa revolusi tidak bisa dipercepat atau diperlambat, ia akan datang pada waktunya.

wikipedia-versi indone

setelah melihat beberapa akibat daripada pembekuan pada minda, satu proses revolusi minda perlu dilakukan. revolusi seperti yang ditafsirkan di dalam fragmen di atas merupakan suatu proses perubahan sosial atau diistilahkan sebagai perubahan pada kaedah pemikiran. sekiranya pembekuan minda dikaitkan dengan kemalasan otak untuk memikirkan sesuatu, maka suatu perubahan perlu diadakan iaitu dengan me"rajin"kan minda anda untuk berfikir.

bercakap soal kemalasan dalam memikirkan sesuatu, terlintas sebuah kisah yang pernah kubaca semasa di sekolah dahulu...

alkisah di sebuah negeri, terdapat seorang saudagar yang menjual otak manusia..suatu hari datang seorang pembeli yang tidak dikenali lalu menemui saudagar tersebut..

"assalamulaikum ya saudagar...aku berhajat membeli beberapa otak manusia. tunjukkan aku otak manusia yang terbaik..."

"waalaikumsalam ya tuan...otak yang terbaik adalah otak Melayu..harganya juga agak tinggi tuan" jawab saudagar tersebut.

"mengapa otak melayu adalah otak yang terbaik??" tanya pembeli itu kehairanan.

lalu menjawablah si saudagar berkenaan, "otak melayu adalah otak yang terbaik kerana orang melayu adalah orang yang malas berfikir. jadi masih banyak saraf2 yang masih elok"..

begitulah kisahnya..di sini bukan ingin diceritakan mengenai otak melayu tetapi ingin disampaikan bahawa kebanyakan di kalangan kita masih belum memaksimakan potensi diri dan pemikiran. menggunakan pemikiran dengan baik perlu diasah dan diperbanyakkan latihan..antaranya menghidupkan budaya brainstorming atau "budaya meributkan otak"

to be continued...


READ MORE - BEKU 2: revolusikan minda

Krisis Ekonomi Malaysia dan Kesannya ke atas sektor pertanian

Thursday, April 9, 2009

Fatimah Mohd Arshad
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang Selangor Malaysia
Emel: fatimah@econ.upm.edu.my

Abstrak

Penulisan ini bertujuan melakarkan secara ringkas kesan krisis mata wang RM keatas sektor pertanian Malaysia. Krisis ekonomi yang melanda adalah kesan sampingan fenomena globalisasi ekonomi dunia pada lewat 1990an. Kertas dimulakan dengan ulasan senario yang membawa kepada krisis tersebut. Beberapa penelitian umum dibuat mengenai kesan krisis tersebut kepada beberapa sektor ekonomi seperti imbangan perdagangan, eksport pembuatan, komoditi pertanian, import input, guna tenaga dan harga pengguna.

PENGENALAN

Sejarah menunjukkan bahawa krisis mata wang merupakan fenomena lazim dalam kitaran ekonomi. Cuma krisis lewat 1990an ini yang melanda Asia Timur dan Asia Tenggara adalah yang paling teruk dialami dirantau ini. Krisis seperti ini telah berlaku sebelum ini seperti di Eropah 1992-3, Amerika Latin 1994-5 dan kini Asia semenjak 1997. Skel atau magnitud krisis Asia kali ini adalah yang paling padah pernah dilihat oleh dunia. Negara yang terjejas dengan teruk akibat krisis kewangan tersebut termasuk Indonesia, Korea, Thailand, Malaysia dan Filipina. Indonesia misalnya pada awal 1998, nilai Rupiah jatuh sebanyak 80% berbanding dengan nilai US$, Thailand, Korea Selatan dan Filipina mengalami penurunan antara 30-50% (Jadual 1). Pasaran saham di kelima negeri tersebut menjunam turun dan kerugian diandaikan sebanyak 60% dalam nilai USD daripada nilai pada awal 1997. The Economist (1998) menganggarkan bahawa hampir US$600 bilion nilai KDNK di rantau tersebut telah hangus begitu sahaja akibat daripada penurunan nilai saham tadi. Para ahli ekonomi berpandangan bahawa krisis ini berpunca daripada gejala globalisasi yang mula bertapak dalam pasaran kewangan dunia pada pertengahan 1990an. Negara-negara yang menampilkan struktur fundamental ekonomi yang lemah, telah dimangsakan oleh proses ini. Apapun, nyata krisis ini merupakan kitaran buruk yang tidak dijangka bagi Asia dan Malaysia setelah rantau ini mencatatkan pertumbuhan yang paling pesat selepas ekonomi pulih lewat 1980an. Dalam satu dekad yang lepas, pelaburan di Asia telah mencapai tahap US$9 bilion. Tetapi pada akhir tahun 1997, perkara sebaliknya berlaku, modal sejumlah US$12 bilion telah mengalir keluar daripada kawasan ini.

baca seterusnya...

READ MORE - Krisis Ekonomi Malaysia dan Kesannya ke atas sektor pertanian

khusus utk keluarga di kampung..

posting ini kutujukan khas untuk keluarga di kampung...(terutamanya pn siti mariam) juga wat tok n tok wan n semua...

ni gambar mohd nur irfan junaidi b mohd noruddin...
anak saudara nkamariyah..hehehe


















READ MORE - khusus utk keluarga di kampung..

jadi orang kaya..

Saturday, April 4, 2009

berlayar-layar di laman maya ini, aku tersinggah ke blog faisal tehrani, antara penulis kegemaranku..dan apa yang menarik minatku adalah 2 buah novel karangan beliau yang bakal tiba di pasaran sekitar april ini...heheh..aku mesti dapatkannya...alamak, sekarang kan dah bulan april..tapi poketku ringan...huhu..sedey..

novel yang dimaksudkan adalah:

ingin jadi nasrullah ketupat cinta

novel2 yang telah kubaca dan kumiliki


saasatul ibaad yang paling best
(siap dapat autograph lagi..)novel lain yang sudah kubaca tapi belum kubeli ada banyak lagi..ni tak temasuk lagi dari penulis lain-lain..so..aku kena jadi orang yang kaya raya untuk memenuhi keperluan pembacaanku...
READ MORE - jadi orang kaya..

hanya melihat...

Friday, April 3, 2009

















final exam...
hanya tinggal 1 minggu...
READ MORE - hanya melihat...

NAJIB, PM ke-6

pagi ini,3 April 2009 aku memilih untuk berada di rumah sewa.. sekitar jam 10.10 pagi..kedengaran suara dari corong televisyen. "dengan ini, saya Mohd Najib mengangkat sumpah...." maka dengan rasminya Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 sekaligus membuktikan teori RAHMAN benar2 berlaku..

munculnya huruf "N" selepas "A" menunjukkan teori itu berakhir di situ. namun, siapakah yang bakal menggantikan Najib? dan berapa lama Najib akan memegang takhta PM? kita nantikan...

orang kata, Najib ni lebih cerdik dari Pak Lah and lebih kejam dari CheDet...tapi orang la yang kata..bukan aku..tapi masakan pohon bergoyang klu takde angin sih...

rakyat hari ini bukan lagi rakyat yang buta tuli tapi rakyat hari ini adalah rakyat yang melihat dan menilai..kita sendiri sudah bley menilai mana baik n mana yang buruk...pada pandangan aku..syyy...syyyy (Najib ni tak lama...)
READ MORE - NAJIB, PM ke-6

BEKU; air vs otak manusia

ais adalah air yang memBEKU apabila dibiarkan pada suhu yang sejuk dalam jangka masa tertentu (mengikut darjah suhunya)...

samalah dengan otak manusia yang akan membeku apabila dibiarkan berada di zon selesa dalam sesuatu jangka masa...

simptom-simptom keBEKUan pada otak manusia adalah selalu tidur, selalu mengelamun, selalu buang masa dengan benda-benda yang tak berfaedah, n yang sewaktu dengannya..

keBEKUan pada air yang membentuk ais memberi kenikmatan kepada manusia apabila dibancuh menjadi minuman (cth: teh ais jascafe..hmmm sedapnya..) namun AWAS!!! keBEKUan pada otak manusia mengundang malapetaka..mungkin anda merasa bahagia hidup dalam keBEKUan namun ancaman sedang memerhati anda..

bagaimana mencairkan air dan otak yang memBEKU???
mencairkan air batu atau ais amat mudah.. 1.masukkan di dalam air yang panas mendidih atau 2. ais itu diketuk atau dihancurkan menggunakan anak batu atau lesung batu supaya proses pencairan menjadi lebih cepat.

mencairkan otak manusia yang membeku??
sama lah juga kaedahnya... panaskan atau ketuklah ia...andai anda tidak tahu bagaimana melakukannya..hubungi saya..saya sedia mengetuk otak-otak anda..
READ MORE - BEKU; air vs otak manusia