laman ini sedang dalam penambahbaikkan..
sebarang kesulitan amat dikesali..

terima kasih guru...

Monday, May 17, 2010

READ MORE - terima kasih guru...

hidupkan kembali budaya menulis..

Thursday, May 13, 2010

Ibu Guru : ok, siapa yang mau nanya? kok, annisa terus yang bertanya. Yang lain ngak ada. Ok, silakan Annisa

Annisa : tadi ibu bilang kalau semua orang bisa nulis. Kalu gitu apa yang harus kita tulis bu?

Ibu Guru : apa saja yang ingin jadi keinginan kamu. Tapi apa yang lebih bagus lagi, apa yang menjadi concern kamu. Apa yang menjadi concern kamu?

Annisa : kebebasan

Petikan dialog antara daripada filem yang mencetuskan kontroversi di Indonesia berjudul Perempuan Berkalung Sorban. Filem ini dikatakan cuba memburukkan system pendidikan islam di sekolah pondok (pesantren). Namun, penilaian ke atas filem ini bergantung kepada penonton untuk menilai samada dengan kaca mata positif atau negative.

Artikel kali ini bukanlah untuk membicarakan soal kontroversi filem perempuan berkalung sorban, mahupun soal kebebasan wanita sepertimana yang menjadi konsentrasi watak Mbak Annisa, atau soal kemerduan suara Siti Nur Haliza dengan lagu ketika cinta yang menjadi soundtrack filem ini. Tapi kali ini perbincangan mengenai menulis.

M.E.N.U.L.I.S.

Menulis bukanlah sejenis kuih yang enak dimakan dan jauh sekali adalah sejenis alat ajaib yang boleh didapati daripada poket doraemon. Menurut kamus dewan, perkataan menulis bolehlah diertikan sebagai …..

Ustaz A. Ubaidillah Alias melalui tulisannya di dalam novel berjudul Warkah Cinta Berbau Syurga menerangkan bahawa menulis adalah suatu proses yang bermatlamatkan menyampaikan sesuatu maksud tertentu. Menulis adalah menyatakan sesuatu yang berada di dalam minda. Sama seperti bercakap atau berpidato. Bercakap dan menulis memerlukan bahasa. Jika ada bahasa, barulah wujudnya komunikasi.

Budaya facebook vs budaya menulis

Kajian ini hanya dibuat berdasarkan penelitian dan pemerhatian serta ke beberapa blog anak muda. Berdasarkan kajian ini, dilihat beberapa buah blog ini kian lesu selepas fenomena facebook (termasuk blogku sendiri..huhu) Entry baru semakin berkurangan dan pastinya budaya menulis semakin berkurang. Mungkin penggunaan facebook yang lebih mudah dan capaian kepada orang lain yang lebih cepat. Entry yang dibuat lebih ringkas tanpa perlu memerah otak untuk menulis panjang menjadikan facebook menenggelamkan penggunaan blogspot, wordpress atau apa saja. Jadi, kesimpulan yang dibuat, facebook menenggelamkan budaya menulis di kalangan rakyat Malaysia terutamanya anak muda.

Kesimpulan

Kembali kepada petikan dialog di awal artikel ini. Tulislah sesuatu yang menjadi konsentrasi anda. Kerana dari menulis kita mampu menyampaikan sesuatu ilmu untuk dikongsi bersama. Hidupkan kembali peranan penulisan sebagai media utama dalam menyampaikan kebenaran. Teringat artikel Pakaq dalam blognya (zainulfaqar.wordpress.com) bertajuk Media Massa Era Nubuwwah. Betapa media memainkan peranan yang amat besar dalam proses kemenangan Islam. Bersama kita hidupkan budaya menulis supaya bukan sekar kita mampu menajamkan pemikiran sendiri malah mampu menyampaikan sesuatu kepada orang lain. Wallahu ‘alam

Note:

1. apa yang menjadi konsentrasi aku pada masa ini?? Piala Thomas Malaysia vs China (14 MEI 2010).. nntkan kisahnya…

2. Menulislah krn menulis mngajar kita spy pndai menulis..(menulis ka menaip ya? Apa2 ja la..)


13 Mei 2010, 9.48 am

Tepi Tingkap, Aras 2, Villa Hamzah

Simpang Empat, Perlis

READ MORE - hidupkan kembali budaya menulis..

Ke Mana Tarbiyah Kita???


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Agak lama kiranya laman ini dibiarkan menyepi.. bukan apa, mencari identity diri bagi meneruskan sisa-sisa kehidupan yang masih berbaki…









buku berjudul Prophetic Intelligent (Kecerdasan Kenabian) membahagikan proses pendidikan manusia kepada beberapa peringkat berdasarkan peringkat usia. Dan pada peringkat usia antara 20-25 tahun, manusia hakikatnya sedang mencari identity diri masing2, mencari jalan dalam kehidupan ini… 25-40 tahun adalah proses pengembangan jati diri itu dan kehidupan yang sebenar adalah pada usia 40 tahun ke atas. Life begin at 40, kata satu pepatah Inggeris.

Usia melangkah hari demi hari, bulan silih berganti dan tahun menginjak perginya. Masih terbayang penat lelah mengayuh basikal ke sekolah suatu ketika dulu, kenakalan ketika ponteng kelas jika guru yang mengajar kurang disukai, melangkahkan pengajian di kolej matrikulasi dan seterusnya melayakkan diri bergelar mahasiswa di UPM. Ah…segalanya masih terasa barunya. Dan setiap fasa itu menyumbang sesuatu pada diri ini menjadikan aku seperti aku pada hari ini.. setiap fasa itu ada elemen tarbiyahnya tersendiri…

Itulah tarbiyah.. satu proses berterusan ke arah sesuatu yang lebih baik pada diri kita. Memetik kata-kata ABi dalam blognya (takwinfardilmuslim.blogspot.com), “tarbiyyah bukan semata-mata fikrah. Tarbiyyah bukan semata-mata kekuatan hujjah. Tarbiyyah bukan semata-mata ilmiyyah...namun ianya adalah proses perubahan melalui pengalaman beramal dengan ilmu.. berpegang dengan fikrah.. juga pengalaman mengendalikan diri dalam berhadapan arus kehidupan yang penuh dengan kesibukan dan tanggungjawab perjuangan...”

tarbiyah adalah proses sepanjang hayat.. tarbiyah bukan hanya untuk mereka bergelar ulama’, atau mereka yang hebat berdemontrasi di jalanan, atau untuk ustaz-ustazah yang hebat berceramah. Namun, hakikatnya tarbiyah adalah keperluan setiap manusia yang inginkan kebaikan dalam kehidupan. Dan kebaikan itu hanyalah dengan menjadikan Islam sebagai pakaian dalam kehidupan.

Tarbiyah islamiyah mengajar manusia satu erti yang sama, menjadi hamba abdi kepada Allah swt. Satu aqidah, satu matlamat, satu Ummah..satu misi yang sama, rahmatan lil alamin..

“dan tidaklah aku menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu”

Az-zariyat: 56

Jika kita adalah seorang pendidik, kita menanamkan asas-asas aqidah dalam diri anak didik kita. Jika kita seorang doktor, keindahan tawakkal, kebergantungan kepada Allah adalah pakaian kita. Jika kita adalah seorang ahli politik, perlaksanaan system politik islam, kejujuran dan amanah adalah akhlak diri kita. Dan seterusnya… walau siapapun kita, walau dimana kita berada, Islam adalah cara hidup kita.. itulah hasil tarbiyah islam bagi merealisasikan impian pembentukan daulah islamiyah..

Berbalik kembali kepada persoalan tarbiyah…

Kata ABi lagi…

Tarbiyyah adalah satu proses merasai pengalaman..bagaimana rasanya berpegang teguh dengan Islam sebagai cara hidup.. bagaimana rasanya bila beramal dan merasai lazat beramal.. bagaimana rasanya bila berjuang dan merasai pahit getir perjuangan... bagaimana rasanya susah payah perjuangan dan bersabar dalam bersusah payah.”

Misi perjuangan kita adalah rahmatan lil alamin… kerana islam itu adalah rahmat bukan hanya untuk kita tetapi untuk sekalian alam tak kira kita ini tergolong dalam kingdom apa, kelas mana, phylum, order atau spesies mana.(wah..masih berjiwa seorang biologist rupanya..beramal dengan ilmu). Pejuangan Islam tidak terbatas dengan perbezaan bangsa dan warna kulit. Islam for all…

Akhirul kalam…

1. Islam itu tidak hanya sekadar membaca al-quran dan solat 5 waktu atau ilmu menghalau hantu (seperti drama-drama tv sekrang), tetapi islam itu adalah satu cara hidup yang menjangkau setiap aspek kehidupan.. ekonomi, politik, pendidikan, kejuruteraan, kehakiman, perubatan, pertanian, muamalat dan sebagainya..

2. Tarbiyah islam tidak hanya sekadar dalam tamren, dalam halaqah usrah, dalam kuliah agama atau di atas tikar sejadah semata, tetapi elemen tarbiyah itu ada di mana-mana dan bila-bila masa. Hatta menyelamatkan anjing dari longkang pun ada elemen tarbiyahnya..

3. Manhaj tarbiyah kita tidak hanya melahirkan ahli politik yang petah berkata-kata dan berani menegakkan kebenaran di hadapan orang-orang yang zalim, tetapi seharusnya melahirkan sesiapa saja di kalangan manusia dengan satu persamaan iaitu ketaatan mutlak hanya kepada Allah swt.

“dan tidaklah aku menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu”

Az-zariyat: 56

Hasil tarbiyah kita seharusnya melahirkan keperibadian yang mampu merempuh jahiliyyah dan mazmumah, melonjak qiyadah ummah, seterusnya menaungi rahmah (memetik kata2 ABi lagi..)

Note: tersentuh dengan ruh tarbiyah Ust M Nor (ABi) melalui penulisan dalam blog beliau

12 MEI 2010; 7.08 petang

Aras 2, Villa Hamzah

Simpang Empat, Perlis

READ MORE - Ke Mana Tarbiyah Kita???