laman ini sedang dalam penambahbaikkan..
sebarang kesulitan amat dikesali..

iktibar GEMPUR PMIUPM: part 1

Tuesday, June 30, 2009

perlunya mahasiswa menjadi penyumbang kepada masyarakat..

seperti yang telah dikongsikan dalam posting sebelum ini, beberapa perkara ingin dikongsikan bersama buat halwa minda kita semua. namun, kiranya cetusan kali ini bukan sekadar halwa minda namun lebih kepada "membius minda menerjah rasa"...heheh

apa ya? mmm..sebelum bahtera minda bergerak lebih jauh, jom kita cuci mata dengan beberapa keping gambar pada hari kedua gempur PMIUPM menyambut pelajar baru di padang kawat UPM..kisah hari pertama akan menyusul selepas ini dengan aksi yang lebih tragis...

zassssss.......


sibuk melayan tetamu...

macam berat je plastik tu cik kak!!
baik2..jgn termasuk skali dalam perut bas tu..hehe
kontrol macho!!! kontrol macho!!!karisma seorang yb..yb aisyah..

bas pun kena beratur panjang..banyak barang dik!!!

fuh!!!penuh satu bonet..
bantal busuk pun bwk skali ker?

ragam adik2 comel..

apa pandang2!!!

cak!!!mmm..alamak, jaga jgk la..

makhluk tak berkepala mana pegang2 aku ni...

pipi yang sedap dicubit..

mak!!ade orang nak belon adik..

adik hebat!!

air free pmiupm...


posing2 petugas..

sekitar jam 4 petang..dah ramai ibu bapa yang balik..

Tak larat dah nak upload gambar..banyak gambar n serasanya agak meriah dan best…

sudah cukup rasanya anda tersenyum atau merasai kemeriahan yang hanya seketika itu..

hari ini (posting ni dibuat) adalah hari rabu iaitu hari 3 hari selepas GEMPUR PMIUPM…dah agak basi apa yang ada dlm hati namun perasaan yang terbuku semasa bertugas tetap ada..

“tak patut betul la tnc bagi arahan semua PU(pembantu universiti) tak boleh tolong angkat beg parents. Mmg tak sampai hati tengok diorang angkat banyak barang. Lantaklah..aku nak tolong angkat jugak” luahan hati seorang PU (kawan baru) yang tak tahu namanya..tak sempat nak taaruf. Panjang or pendek.

Alhamdulillah..nilai kemanusiaan seorang mahasiswa masih ada..tahniah buat anda!!! Dan di atas nilai kemanusiaan yang ada inilah kami mahasiswa2 UPM seramai kurang 20 orang menyambut kehadiran ibu bapa dan pelajar baru. Terik panas bukan penghalang..perbezaan pendirian bukan alasan..

Teringat peristiwa sekitar 4 tahun lalu juga di bumi hijau, kampus ilmu UPM ini..aku dan keluarga datang untuk mendaftar diri sebagai mahasiswa di Kolej Kediaman Ke11. Agak beruntung kerana kenderaan boleh di”parking” di kawasan kolej dan ada troli untuk mengangkut beg ditambah pula dengan kemudahan lif walaupun bilik penginapan hanya di tingkat 2..

Cuba banyangkan ibu bapa dan pelajar yang mendaftar yang terpaksa parking kenderaan di padang kawat, ditambah pula dengan perjalanan jauh lebih daripada 4-5 jam memandu dan terus ke tempat pendaftaran..pilu rasanya hati memandang wajah2 penat ibu bapa yang datang untuk mendaftar anak2 mereka…

Terbayang juga wajah mak dan ayah yang kali ini membawa adik perempuanku untuk mendaftar diri di UUM pada hari yang sama (ahad)..moga2..tiada kesusahan sebegini..

“dik, tak boleh ke saya nak hantar barang-barang adik saya terus ke depan kolej..banyak barang ni”tanya seorang encik yang sedang menunggu adiknya yang sedang membuat ujian saringan H1N1 kepadaku ketika aku berada di sekitar dewan besar UPM pada hari pertama pendaftaran..mungkin encik berkenaan menyangka aku adalah urusetia bertugas..kerana logo PMI yang merata-rata menampakkan bahawa PMIUPMlah tuan rumah yang meraikan tetamu yang hadir..

Terkelu lidah nak menjawab..”tak boleh encik..kita nak elakkan jalan jam..kalau jalan jam lagi susah nanti” jawabku membela peraturan yang dibuat..menjaga nama university sedangkan dalam hati nak jawab macam ni. “saya pun tak tahu nak cakap macam na encik. Kalau saya da kuasa memang nak ja saya bagi ibu bapa hantar sampai depan kolej..memang tak patut langsung la university buat macam ni, macam tak beradab dengan tetamu macam ni..”

rasanya nak masukkan plak wajah2 kekecewaan ibu bapa...riak2 kepenatan dan kelelahan...peluh2 di bawah terik mentari..tapi maaf, dah tak larat nak upload..

Cadanganku….

Kepada pentadbiran universiti yang tercinta…

1. Dalam usaha mengelakkan kesesakan lalu lintas (yang melampau seperti yang ditakuti berlaku sekiranya semua kenderaan boleh masuk direct ke kolej), saya menyarankan untuk sesi pendaftaran akan datang, maksimumkan pertugas2 atau pembantu university bagi menghadapi kerja2 teknikal seperti mengangkat beg ini. Kenderaan ibu bapa boleh masuk terus ke depan kolej HANYA untuk drop barang n penumpang lain yang nak turun ke kolej dan seterusnya terus bergerak ke tempat parking khusus seperti padang kawat. And ada bas yang hanya perlu membawa driver terbabit kembali ke kolej. PU2 bertugas, berikan komitmen terbaik anda. Bekerja tangkas dan pantas..

Kepada PMIUPM…

1. Perkasakan GEMPUR anda..teruskan perjuangan anda dalam menjadi agen dan suara masyarakat..bantu mereka..anda harus mencetuskan kembali gelombang gerakan mahasiswa dari rakyat kepada rakyat..mungkin kehadiran rakyat ke kampus dilihat sesuatu yang enteng tapi ini bukan bermakna kehadiran mereka perlu dipandang sebelah mata..

2. buka penyertaan kepada semua mahasiswa untuk prihatin dengan tetamu university yang hadir..kerana dari kesusahan yang terlihat di depan mata akan terus membina kesedaran terus dari hati kita yang terdalam..bawa mahasiswa untuk merasai penderitaan rakyat dan masyarakat..

3. perbanyakkan program bersama masyarakat sekitar..cukuplah andai anda sekadar turun ke lapangan rakyat untuk bergotong-royong membersihkan kawasan..anda perlu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap mahasiswa..

kepada aku..

1. sudah2 la berleter..posting ni dah terlalu panjang..

READ MORE - iktibar GEMPUR PMIUPM: part 1

iktibar dari gempur PMIUPM 09/10

Monday, June 29, 2009


bermulanya sesi pendaftaran pelajar baru sesi pengajian 2009/2010 membawa denyutan kembali kepada bumi UPM. setelah bercuti lebih kurang 2 bulan, pendaftaran pelajar baru menandakan bumi hijau ini akan bersemarak kembali secara rasminya dengan rutin kuliah dan kelas bagi semua mahasiswa-mahasiswi kampus hijau ini...

SELAMAT DATANG BAGI PELAJAR YANG BARU MENDAFTAR DIRI...dan SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS BUAT SEMUA YANG MASIH BERGELAR PENUNTUT LEMBAH PENUH WARNA INI....

Secara kasarnya..ingin dikongsikan beberapa perkara yang dapat kupetik sepanjang berkhidmat secara rasmi sebagai jurugambar Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM)..
namun serasanya.. sekadar pernyataan ringkas di dalam posting kali ini..

pertama: perlunya mahasiswa menjadi penyumbang kepada masyarakat..

kedua: Ummat islam itu merupakan umat terhebat..dilempar dengan batu, dibalasnya dengan buah dan manisan...

ketiga: kehebatan islam bukan hanya pada nama tapi kerana syariat..

(insya allah, akan cuba kuhuraikan dalam posting seterusnya seberapa segera yang mungkin)...

syabas diucapkan kepada sahabat2 seangkatan dalam PMIUPM yang telah turut serta juga tahniah buat pembantu2 universiti yang turut mencurah keringat..(terutamanya yang bertugas di padang kawat..) kita semua sebagai mahasiswa perlu membuktikan kitalah mahasiswa terhebat!!!!
READ MORE - iktibar dari gempur PMIUPM 09/10

selamat hari bapa...

Sunday, June 21, 2009

sentuhanmu..-INTEAM

Terpana aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

p/s: selamat hari bapa buat ayahanda tersayang..thanx atas segalanya n maaf andai anakanda tersilap kata atau terkasar bahasa...
READ MORE - selamat hari bapa...

transformasi gerakan mahasiswa...

Sunday, June 14, 2009

transformasi gerakan mahasiswa....
ke mana arah tuju gerakan mahasiswa hari ini??
apa pendapat anda aktivis mahasiswa atau sesiapa saja???

jom kita berhujah!!!

ke arah menyemarakkan gerakan mahasiswa!!!
READ MORE - transformasi gerakan mahasiswa...

saujana..

SAKURA SALJU- SAUJANA

Kemuncak fujiyama bersalju
mendingin kalbu yang tersentuh
hijaunya pohon tegak merimbun
meranum rindu yang berlabuh

Sakura ungu mempersona
gugurnya di riba kembara
namun tak mampu menyajikan
walau secangkir nostalgia

tika bertemu dan berpisah
tiada jemu dan gelisah

saujana hanya di pandangan
di hati hanyalah sejengkal
saujana jarak yang memisahkan
di hati tidak berjauhan

utsukushii sakura wa ki kara
ochiteiru
hontou ni kono suto-ri ni uro no imi
aru no kana

me de tooku mieru kedo
kokoro ni tonari ni iru
kimi mou koko ni inai kedo
kokoro ni kimi ga mieru

bokura wa aeru nara
sekai wa yoku naru darou..

p/s: entah kenapa. rasa sayu je dengar nasyid ni.. mgkin 2-3 hari lagi baru dapat faham isi nya..mgkin jgak teringat kenangan di jepun.huhu..bila la aku g jepun..hehe dalam mimpi

(pastikan pause widget mixpod kat bawah sebelah kiri b4 dengar lagu ni).
READ MORE - saujana..

kata2 tanpa suara..

Friday, June 12, 2009

gambar adalah kata2 tanpa suara..
kerana kadang2 tak semua benda mammpu diucapkan...
lebih memberi makna yang mendalam dan sebenar...

sebenarnya takdak idea nak posting tentang apa..jd wat la posting ni..sama2 kita memuji kebesaran Allah yang Maha Hebat..




READ MORE - kata2 tanpa suara..

Jati Diri Seorang Usahawan Muslim

Wednesday, June 10, 2009

Para pengunjung laman web usahawan Muslim yang dirahmati Allah,

Mungkin ramai yang tertanya-tanya entah apa gerangan tiba-tiba yang beku menjadi cair, yang keras beransur lunak, yang bersimpang siur seolah-olah berangsur bergerak perlahan-lahan mencari satu arah, seperti ada daya magnet luar biasa yang menarik ke satu paksi yang mampu memberi jaminan keselamatan, ketenangan dan kesejahteraan. Inilah fithrah insaniah, manusia yang diciptakan oleh Allah Yang Maha Agung. Setelah dihempas badai menghanyutkan segalanya seperti di zaman nabi Nuh, setelah diterbalikkan bumi seperti di zaman Nabi Luth dan banyak lagi peristiwa yang dicontohkan kepada kita maka manusia yang beriman akan segera sedar dan terus kembali memohon ampun kepada Allah. Namun yang derhaka, tanda kebesaran Allah tidak sedikit pun menggugah hati dan perasaan mereka. Seperti yang disebutkan dalam alquran golongan yang ingat, yang berfikir dan bersyukur ini terlalu sedikit. Ya Allah masukkanlah kami dalam golongan yang sedikit ini. Amin.

Saudara para pengusaha yang budiman,

Dunia perniagaan dalam apa bidang sekalipun akan menghidangkan kepada kita seribu macam ujian? Ada kalanya ujian itu datang boleh dielak tapi adakalanya tidak boleh dielakkan lagi, namun ada juga yang sengaja mahu mencuba-cuba dan akhirnya tidak mampu dan kalah. Maka di sinilah pentingnya peringatan dari saudara kita yang lain dan kami sangat mengharapkan agar laman usahawan ini juga dapat memainkan peranan yang sangat mulia ini.

Kali ini saya cuba mengutip beberapa kalimat yang disusun oleh Dr. Yusuf Qardhawi dalam bukunya Daurul Qiyam wal Akhlaq fil Iqtisyodil Islami (Peranan Nilai dan Moral dalam Perekonomian Islam - terbitan Robbani Press, Jakarta). “Kelemahan paling dasar yang dilakukan oleh para pengusaha ialah melupakan diri dengan kebiasaan hidup seharian dengan kebendaan, angka-angka dan pendapatan. Akibatnya para pengusaha semakin jauh dari mengingati keagungan dan kebesaran Allah bahkan ada yang sudah begitu jauh hingga dalam hatinya tidak ada lagi kehidupan akhirat, halal haram, pahala dan syurga, seksa dan neraka.”

Para pengusaha sekalian, Apakah persediaan kita untuk ke akhirat? Imam Al Ghazali ada menulis dalam Ihya’ di bab yang kelima, apa katanya;

“Tidak sepatutnya bagi seorang pengusaha disibukkan oleh mata pencariannya dari akhiratnya, sehingga umurnya akan sia-sia dan perniagaannya akan rugi. Bahkan akan hilang keuntungan akhiratnya dan tidak dapat ditebus dengan apa yang ia peroleh di dunia kerana dia telah menjual kehidupan akhirat dengan kehidupan dunia. Tetapi orang yang waras akan menyayangi dirinya, iaitu yang memelihara modalnya. Modalnya adalah agamanya dan keselamatannya dalam agama. Sebahagian ulama salaf berkata, “ Sesuatu yang paling utama bagi seseorang yang berakal adalah apa-apa yang yang paling diperlukannya dalam kehidupan ini. Sedangkan sesuatu yang paling diperlukannya dalam kehidupan dunia adalah sesuatu yang paling terpuji akibatnya dalam kehidupan akhirat.`

Inilah gambaran hidup seorang pengusaha biasa bagi seorang ulama’ mu’tabar. Pengusaha yang berjaya pada pandangan kita biasanya diukur dari nilai benda yang terlihat dengan mata tapi berbeza dengan Imam alGhazali dan orang mukmin yang lain. Dari sinilah timbulnya percaya diri,ikhlas,taat,komitmen,jihad,pengorbanan dan lain-lain yang diasaskan dari penilaian tadi. Abu Bakar, Usman, Abd Rahman bin Auf dan sahabat lain sukses kerana yakin dengan janji Allah di akhirat nanti sehingga apa saja yang diminta oleh Allah dan Rasul, tidak pernah mereka katakan “NO” tapi terus dengan “YES” dan mengalirlah harta benda mereka demi Allah dan Rasul. Inilah kehidupan contoh selamanya buat kita para pengusaha Muslim yang tidak akan terpisah walau sesaat dari aturan Islam yang syumul dan iman haqiqi yang mendominasi kehidupan kita.

Para pengusaha yang dihormati sekalian,

Pada kesempatan ini, saya sangat berharap agar kita semua dapat terus merenung, berfikir dan bergerak ke arah yang dapat menyelamatkan kita dari azab Allah. Tsunami, gempa dan bermacam bencana hanya peringatan-peringatan kecil yang Allah bentangkan kepada kita supaya kita akur. Bencana dan azab maha dahsyat sedang menunggu kita di akhirat jika sekiranya kita gagal untuk berfikir, bertaubat dan berubah sekarang. Semoga Allah memberi kita keampunan dan kesempatan hingga kita mampu membuktikan bahawa kita benar-benar insaf untuk memikul amanah sabagai khalifah di muka bumi ini. Amin.

Mustapa Mansor Direktor Kump Usahawan Muslim Sdn Bhd.

http://www.usahawan.org/index.php?env=-innews/detail:m27-1-1-3:l0-0-0:n14-0-0:bb0-0-1-1-1-0

READ MORE - Jati Diri Seorang Usahawan Muslim

Analisa Pendidikan (2) : Pendidikan Bercirikan Rabbaniyah

Tuesday, June 9, 2009

Di dalam artikel sebelum ini, saya telah mengetengahkan pandangan bahawa sistem pendidikan seharusnya menetapi kesemua ciri Islam. Jadi, dalam perbincangan kali ini, ingin saya kupaskan konsep pendidikan islam yang bersifat rabbaniyah iaitu menyentuh aspek ketuhanan.

Rabbani dalam aspek matlamat pendidikan

Hakikat kepada proses pendidikan adalah satu proses pembentukan individu ke arah yang lebih baik dalam menjalani proses kehidupan. Secara jelasnya, pendidikan yang ada haruslah menekankan aspek matlamat dan tujuan manusia diturunkan ke muka bumi iaitu pengabdian agung hanya kepada Allah swt. Silibus awal yang perlu diberikan kepada pelajar bermula dari sekolah rendah lagi haruslah menekankan aspek aqidah dan pembentukan keimanan kepada Allah swt. Penekanan yang dibuat bukan sekadar memfokuskan kepada penerapan di dalam kelas dan bersifat teori semata malah penekanan kepada aspek penghayatan juga perlu diterapkan.

Setiap ilmu yang disampaikan di dalam proses pendidikan formal di dalam negara seharusnya dihubungkaitkan dengan keesaan dan keagungan Allah swt. Penekanan ini bukan hanya diterapkan dalam mata pelajaran pendidikan islam semata malah juga dalam subjek lain seperti sains, matematik, pengurusan, perniagaan, sastera dan sebagainya.

Rabbani dalam aspek manhaj dan sumber pendidikan

Manual yang dibentang Allah swt kepada junjungan besar Muhammad saw pastinya tiada sebarang keraguan dan kekurangan. Ditambah pula dengan perjalanan hidup yang dilalui oleh baginda rasulullah pastinya memberikan selautan ilmu dan pedoman yang pasti lelah untuk diteroka. Rasulullah saw amat menekankan aspek pendidikan dan tarbiyah dalam siri-siri kehidupannya. Di sinilah asas kepada manhaj dan sistem yang perlu diwujudkan dalam sistem pendidikan negara.

Islam telah menjelaskan kepada umatnya sistem pendidikan sebenar bukan hanya dari aspek kandungan atau silibus malah juga dari aspek methodnya. Saya tertarik dengan cadangan Timbalan Menteri di Kementerian Pelajaran, Dato Puad Mohd Zarkasyi mengenai pengenalan semula hukuman merotan di kalangan pelajar yang mengalami masalah disiplin.

Islam telah menganjurkan hukuman rotan bagi anak-anak yang masih enggan bersolat pada umur 10 tahun dengan beberapa kaedah tertentu dalam merotan setelah dianjurkan supaya menyuruh anak tersebut bersolat pada usia 7 tahun. Satu penemuan di Negara Rusia yang mana telah mengambil inisiatif untuk merotan pelajar yang mengalami masalah sosial kritikal. Beberapa orang saintis telah membuat kajian setelah mendapati ramai remaja bermasalah berubah laku menjadi lebih baik setelah dirotan. Hasil kajian tersebut mendapati apabila dikenakan hukuman rotan mengikut kaedah yang telah ditetapkan islam ini, badan remaja terbabit akan merembeskan antibodi yang berfungsi merangsang perlakuan baik menyebabkan individu terlibat berubah laku. (sumber: kuliah Falsafah Sains, Dr Mohd Rofa, Jab Metamatik, UPM).

method merotan ini merupakan salah satu kaedah pendidikan yang diperkenalkan Islam. Kaedah ini bertujuan untuk merawat kepada masalah yang timbul. Islam juga menganjurkan kaedah mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Justeru satu proses pendidikan yang tersusun dan benar-benar berkesan perlu diwujudkan ke arah meningkatkan mutu pendidikan seterusnya melahirkan golongan ilmuan dan cendekiawan yang hebat.

Kesimpulan

Falsafah pendidikan negara ke arah mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Satu pendekatan yang berkesan perlu diwujudkan bagi mencapai matlamat ini dan satu-satunya kaedah terbaik adalah kembali kepada sistem yang telah dibentangkan di dalam al-quran dan sirah nabawiyyah.

READ MORE - Analisa Pendidikan (2) : Pendidikan Bercirikan Rabbaniyah

KONGRES REJUVENASI PENDIDIKAN ISLAM NEGARA




Tarikh : 11 Julai 2009

Hari : Sabtu

Tempat : Dewan D8 Putrajaya

Yuran Penyertaan : RM 20.00 seorang




Kertas Kerja dan Pembentang


1) Tema - Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam di IPT

i. Pembentang : Prof Tajul Arifin (UKM)
Tajuk : Pensekularan Sistem Pendidikan Islam di Institusi Pengajian Tinggi – satu kajian

ii. Pembentang : Prof. Dr Sidek Baba (UIAM)
Tajuk : Peranan Pendidikan Islam dalam Pembentukan Mahasiswa Menjadi Pelapis Kepimpinan dan Cencekiawan yang Berintegriti, Cemerlang dan Bersih.

2) Tema - Transformasi Sistem Pendidikan Islam di Sekolah

i. Pembentang : Dr Abd Halim Tamuri (UKM)
Tajuk : Mentaliti Subjek Pendidikan Islam, Subjek Kelas Kedua Di Sekolah – satu analisa

ii. Pembentang : Dato’ Dr Siddiq Fadzil
Tajuk : Halatuju Sistem Pendidikan Islam di Sekolah Sebagai Enjin Pembentukan dan Pembangunan Insan.

Sasaran Peserta

* Wakil Majlis Perwakilan Pelajar IPTA dan IPTS
* Wakil Pensyarah daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Pendidikan di seluruh IPTA dan IPTS
* Wakil Persatuan-persatuan guru-guru seperti NUTP dan NGO berkaitan
* Wakil Kementerian
* Guru besar dan wakil badan pelajar setiap sekolah di Selangor
* Wakil daripada Parti Politik

- Maksimum perwakilan adalah seramai 3 orang untuk satu-satu pertubuhan,
entiti mahupun badan.
READ MORE - KONGRES REJUVENASI PENDIDIKAN ISLAM NEGARA

refreshing iman...

Monday, June 8, 2009

6.41 petang, masih kat ofis hari ni..pening kepala dengan keja design buku arabic..huhu..perkara biasa dengan pening kepala dengan keja-keja sebegini..apalah fungsi otak kalau bukan untuk berfikir.. ye tak? kufur nikmat kalau tidak mengunakan nikmat yang Allah berikan dengan sebaiknya...sedikit perkongsian utk hari ini..

refreshing iman...

kata-kata lagendaris yang terucap dari lisan mulia sahabat pilihan, Muaz bin Jabal. "ijlis binaa, nu,min sa'ah", kemarilah sebentar, kita duduk untuk memperbaharui iman. ucapan serupa juga dilontarkan oleh Ibnu Rawahah kepada Abu Darda' "ta'al nu'min sa'ah, innalqalba asra'u taqalluban minal qidri idzistajma'at ghilyaana". ke marilah hai saudaraku, kita perbaharui iman kita sejenak. kerana tabiat hati itu berbolak-balik, bahkan ia lebih cepat daripada berbaliknya air mendidih di dalam periuk. dan salah satu pembalik hati paling dominan adalah dari aktiviti rutin...


biarkan dakwah bermetamorfosa..

sebuah buku yang ku download dari scribd.com lama dahulu..lama ingin dijadikan perkongsian bersama namun hari ni baru berpeluang..rasa tenang seketika bila baca kata diatas yang dipetik dari buku tu..sukar untuk ana terjemahkan kandungan buku kerana bimbang berlaku kekurangan isi yang ingin disampaikan oleh si penulis..

ana syorkan sahabat2 untuk membaca buku ini sebagai bekalan kita di jalan dakwah..bleh download terus dari blog ana. k, nak balik khatam semula buku ni..wasalam
READ MORE - refreshing iman...

Analisis Pendidikan (1): Pendidikan Bercirikan Islam

Sunday, June 7, 2009

Pendidikan merupakan akar dan hakikat kepada pembentukan sesebuah tamadun mahupun pembangunan sesebuah negara. Justeru tidak hairan sekiranya ada yang mengatakan bahawa pendidikan yang maju bakal mencetuskan kemajuan dalam sesebuah bangsa. Begitulah sebaliknya. Ketika sistem pendidikan sesebuah bangsa itu tidak berkembang menyebabkan tahap pencapaian bangsa berada pada tahap yang rendah. Pendidikan yang dikatakan sebagai nadi bangsa bertujuan memaksimakan pencapaian bangsa dan tujuan sebenar kehidupan manusia. Dalam konteks pendidikan Islam seharusnya tujuan sistem pendidikan yang diwujudkan adalah untuk mengembalikan manusia kepada hakikat kewujudan manusia itu sendiri iaitu mengabdikan diri hanya kepada Allah swt.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Az-zariyat; 56

Sistem Pendidikan Islam Malaysia Perlu Memenuhi Ciri Sebenar Islam

Meyakini bahawa islam adalah ad-deen yang diwahyukan Allah swt kepada nabi Muhammad saw melalui perantaraan jibril menuntut kepada kita sebagai umat islam untuk mengaplikasikan setiap ciri dan sifatnya bukan hanya pada diri atau batang tubuh umat islam itu semata malah juga perlu diadaptasi dalam setiap aspek kehidupan. Sekiranya ketika adalah seorang ahli ekonomi, ciri-ciri islam perlu diterapkan dalam sistem ekonomi, sekiranya kita adalah seorang ahli politik kita mengamalkan sistem politik islam dan sekiranya kita adalah seorang pendidik, setiap ciri-ciri islam perlu diterapkan dalam sistem pendidikan yang ada.

Ciri-ciri yang ada pada islam itu sendiri adalah rabbaniyah, syumuliyyah, waqi’iyah, inqilabiyah, alamiyah dan thabat wa murunah.

Ciri 1: rabbaniyah

Ianya membawa erti bahawa Islam ini datangnya daripada Allah.Manusia hanya sebagai pelaksana kepada segala ketentuan yang telah ditetapkan.Seseorang itu disebut rabbani apabila mempunyai hubungan dengan Allah. Sudut Rabbani terbahagi kepada dua bahagian iaitu

1.1 Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan.

Ia bererti Islam menjadikan hubungan yang baik dengan Allah,pengabdian kepada Allah dan mendapat keredhaanNya sebagai matlamat terakhir kehidupan. Inilah matlamat hidup insan di dunia ini. Kesemua ajaran Islam yang baik yang bersangkutan dengan aqidah,muamalat,akhlak dan lain-lainnya adalah bertujuan untuk menyiapakan manusia supaya menjadi hamba kepada Allah semata-mata.

1.2 Rabbani dari manhaj dan sumber.

Rabbani dari sudut manhaj membawa erti manhaj ini adalah Rabbani kerana ia bersumberkan dari wahyu Allah kepada Muhammad s.a.w. . Sumber ajaran Islam ialah Allah yang mensyariatkan hukum dan cara pelaksanannya.

Ciri 2: syumuliyyah

Ia bererti ajaran Islam lengkap dan menyeluruh . Ruang lingkup ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa terkecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah kepada sebesar-besar perkara. Sudut kesyumulan Islam adalah merangkumi undang-undang, keadilan, kehakiman, kenegaraan, akhlak, keilmuan dan cara hidup manusia.

Ciri 3: waqi’iyah

Islam adalah mengikut suasana dan tempat. Contohnya : Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara penutupannya mengikut tempat dan suasana umat Islam.

Ciri 4: inqilabiyah

Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur dengan Jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan. Sebagai contoh kita ingin menegakkan Islam lalu kita menganjurkan banyak aktiviti dan program berunsurkan islam tetapi dalam masa yang sama konsert hiburan melampau, kedai bar minuman keras, disko dan lain-lain lagi tempat bertentangan dengan syaro’ sama naik maju dengan program dan aktiviti keagamaan.

Ciri 5: alamiyah

Alamiyyah bermaksud sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam sesuai untuk orang Arab, Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa tertentu sahaja. Ia sesuai di semua tempat sama ada di Kutub Selatan, Khatulistiwa dan sebagainya. Dengan kata lain ia sesuai di zaman Rasulullah dan juga sesuai di zaman teknologi moden yang serba canggih ini. Ajarannya sesuai hingga hari kiamat.

Ciri 6: thabat wa murunah

Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal dan fleksibel dari segi pelaksanaan.

Kesimpulan

Islam telah membentang satu kaedah atau mekanisma yang menjadi manual bagi semua umat manusia menjalani kehidupan. Kembali kepada prinsip dan asas sebenar islam adalah suatu method terbaik dalam mengembalikan fungsi sebenar sistem pendidikan Malaysia terutamanya sistem pendidikan islam.

READ MORE - Analisis Pendidikan (1): Pendidikan Bercirikan Islam

about "ulat gonggok"

Friday, June 5, 2009







part 1

Gonggok
atau juga dikenali sebagai gonggok, ulat gelato atau sepah bulan merupakan sejenis artropod dengan badan berbentuk silinder yang panjang. Badan gonggok mempunyai rangka luar (exoskeleton) dan terbahagi kepada antara 20 hingga 100 segmen yang bersambung-sambung. Setiap segmen mempunyai dua pasang kaki (kecuali segmen pertama selepas kepala yang tiada kaki langsung, dan beberapa segmen selepasnya yang mempunyai hanya sepasang kaki). Terdapat hampir 10,000 jenis spesies gonggok.- wikipedia indone

part 2:

Ada seorang budak sekolah darjah 5 ,memberi teka - teki kepada cikgu bahasa melayunya.

Pelajar: Cikgu pandai tak?

cikgu : mestilah pandai, kalau tak, tak jadi cikgu..

pelajar: emm kolo cikgu pandai, cikgu jawap teka - teki ni,

Cikgu : ha, ape dia?

Pelajar : ulat gonggok berapa kaki?

Cikgu : emmm Kolo mengikut kajian 100 kaki. betul?

Pelajar : salah

Cikgu : 99

pelajar : salah!

Cikgu : emm da tu berapa kaki,

Pelajar : cikgu kan pandai, kalau tak mcm mana leh jadi cikgu..

pelajar itu mengenakan cikgunya, lalu cikgunya terdiam.. dan akhirnya dia menyerah..

Cikgu : ok kalau semua salah, apa jawapannya.?

Pelajar : jawapannya, tak sampai satu kaki pun, sebab ulat gonggok pendek je.. hehehe

part 3:

Pada satu hari kura-kura telah mengajak cacing dan ulat gonggok datang ke rumahnya untuk berbuka puasa.

Petang itu cacing dan ulat gonggok pun sampai. Banyak makanan dan kuih muih telah terhidang di atas meja makan rumahnya. Setelah duduk di meja makan tiba-tiba kura-kura baru perasan yang dia terlupa untuk membeli air minuman. Lalu kura-kura menyuruh cacing untuk pergi ke kedai untuk membeli minuman.

“Aku tak boleh pergi ke kedai sebab aku tak ada tangan”. Macamana aku nak bawa air itu?” Kata cacing.

“Kenapa kau tak pergi beli ke kedai sendiri wahai kura-kura?” tanya cacing.

“Aku berjalan lambat sangat, karang dah azan tak sempat buka puasa pula.” kata kura-kura.

“Tengok jam dah pukul 6.30 petang. Kita tinggal setengah jam lagi sebelum azan”. Tambah kura-kura lagi.

“Ulat gonggok, apa kata engkau pergilah beli sekarang.” Kata cacing.

“Okaylah..” kata ulat gonggok.

Ulat gonggok pun keluar lalu menutup pintu.

Setelah setengah jam ulat gonggok masih belum lagi balik dengan air minuman itu.

“Azan dah dekat, mana ulat gonggok ni”, kata kura-kura.

“Cacing! Kau pergi cari ulat gonggok sekarang juga!” kata kura-kura lagi.

Cacing membuka pintu dan terkejut melihat ulat gonggok masih berada di hadapan pintu.

“Kenapa kau tak pergi kedai lagi” tanya cacing.

“Aku tengah pakai kasutlah!!! Kaki aku banyak, baru nak habis pakai kaki kanan ni. Kaki kiri belum lagi...” kata ulat gonggok sambil tersengih.

part 4: khusus utk seorang teman...

nama kawanku basitah atau lebih famaous dengan panggilan basit atau k.basit
hari ni terasa nak tujukan posting ni khusus utk k.basit..terimalah hadiah yang tak seberapa ini..adik kami y tolong snap si gonggok ni..hehe..lg comel drp "Si Pinky"

p/s: sesapa y nak request gambar lain bleh contac ana.k
READ MORE - about "ulat gonggok"

MUSLIMAT BERINTEGRITI, DAIE KPD MASYARAKAT

Thursday, June 4, 2009

UCAPAN TEMA MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT KALI KE-49
Oleh : Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat

IFTITAH

Yang dikasihi Saudari Pengerusi Majlis,
Yang dihormati YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS, selaku perasmi muktamar kita pada hari ini.

Yang Berbahagia pemerhati-pemerhati PAS Pusat bagi muktamar ini.
Yang diraikan seluruh para tetamu jemputan, yang terdiri daripada pimpinan-pimpinan wanita PAKATAN RAKYAT, YB-YB wanita PAKATAN RAKYAT, mantan-mantan Ketua DMPP, isteri-isteri pimpinan AJK PAS Pusat, veteran-veteran PAS, wakil-wakil media.

Yang dikasihi Timbalan Ketua DMPP beserta saf kepimpinan DMPP.
Yang dikasihi Ketua-Ketua DMP Negeri serta para perwakilannya dan seterusnya pemerhati-pemerhati yang dikasihi sekalian.

Tuan/Puan yang dikasihi sekalian,

Segala puja-puji bagi Allah Tuhan yang Maha Mengatur dan Menguruskan seluruh alam. Sesungguhnya dengan izin dan inayahNya jua kita dapat bertemu dalam Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke 49 ini.

Kepada semua, saya mengalu-alukan kehadiran dan keterlibatan dalam menjayakan muktamar ini. Marilah kita bersama-sama menjadikan muktamar kali ini sebagai wadah kepada muslimat untuk menaiki mata tangga perjuangan yang lebih tinggi. Moga segala penilaian, teguran, pandangan dan idea-idea baru yang dijana akan membakar lebih marak api kemaraan muslimat di dalam perjuangan ini.

MENYEMARAK KEMENANGAN

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya;

”Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. at-Taubah: ayat 41.



Sidang muktamar yang dihormati sekalian,

Alhamdulillah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah Ya Malikul Mulk, Tuhan Yang Memiliki seluruh kerajaan di mukavbumi ini. Allah yang telah memberikan kekuasaan dan kerajaan kepada gabungan Pakatan Rakyat melalui pilihanraya baru-baru ini di negeri-negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta seketika di Perak sebelum dirampas dengan rakus oleh Barisan Nasional dengan mengenepikan suara rakyat.

Sejarah telah melakarkan satu lagi keajaiban Allah s.w.t. yang mana gabungan Pakatan Rakyat merupakan parti-parti politik yang serba kekurangan telah dapat memenangi hati rakyat bagi membela nasib mereka dan menentukan halatuju serta masa depan negara. Jauh berbeza dengan gabungan Barisan Nasional yang tanpa segan silu menggunakan seluruh jentera kerajaan negeri dan pusat untuk kepentingan mereka bagi mempertahan kuasa.

Sesungguhnya fenomena ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa arus kehidupan rakyat yang semakin berubah dan matang, mahu memilih jalan hidup yang berteraskan kepada kebenaran dan keadilan sejagat yang sememangnya menjadi tuntutan Islam. Walaupun dicurahkan dengan segala bentuk kebendaan, ianya sudah tidak mampu memikat hati rakyat yang semakin sedar dan bimbang bahawa negara kita sedang menuju ke arah kehancuran.

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Secara sedar ataupun tidak, kita berhadapan dengan satu peradaban jahiliyyah yang berteraskan kapitalisma berdasarkan amalan riba’ dan segala rupa bentuk materialisma yang mengakibatkan berlakunya penindasan dan kezaliman. Satu peradaban yang dilihat sekarang telah menghasilkan kepincangan sistem kekeluargaan, pendidikan, ekonomi, sosial, dan perundangan. Ataupun boleh dikatakan seluruh sistem kehidupan sudah menampakkan tanda-tanda ke arah kehancuran.

Dalam keadaan kegusaran dan kebuntuan ini, kita lihat manusia mula tercari-cari jalan keluar dan mula mendekati Islam sebagai jalan penyelesaian kepada seluruh kepincangan dan kehancuran ini. Sememangnya Islam sebagai satu cara hidup telah pun menjanjikan kesejahteraan kepada kehidupan manusia sejagat.

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya;

”Sesungguhnya Allah menyeru (manusia) ke tempat kediaman yang sentosa dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada manusia yang dikehendakiNya (menurut undang- undang dan peraturanNya) ke jalan yang betul dan lurus (yang selamat itu)” Yunus: ayat 25.



Oleh itu bermula dari kemelut ini, marilah kita bertekad untuk mengambil kesempatan yang datang ini untuk terus menyemarakkan kemenangan agar usaha-usaha dakwah dan pengislahan atau reformasi masyarakat dapat kita lakukan dengan lebih berkesan.

MENGUKUHKAN KESATUAN FIKRAH DAN AMAL

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Kita insafi bahawa kemenangan yang dianugerahkan Allah s.w.t. ini menuntut kita mengisinya dengan kebenaran dan keadilan Islam. Tuntutan perjuangan memerlukan kepada pengorbanan yang hebat. Juga keutuhannya memerlukan kesatuan fikrah dan amal yang jelas serta berterusan seperti ditunjukkan oleh para Nabi, Rasul dan seluruh pejuang Islam dahulu sehingga kini.

Usaha-usaha bagi mengukuhkan kesatuan fikrah dan amal adalah satu kemestian bagi jamaah Islam. Ianya dapat memastikan kesinambungan perjuangan dan tidak lari dari landasan sebenar. Muslimat PAS sendiri terdiri daripada pelbagai golongan termasuk ulama’, profesional, aktivis dan suri rumah yang menjadi ’grassroot’ kepada perjuangan ini.

Kepelbagaian latarbelakang muslimat ini merupakan pelengkap kepada kekurangan setiap pejuang yang akhirnya akan melahirkan satu saf muslimat yang dinamik umpama sebuah bangunan yang tersusun kukuh. Kejelasan aqidah dan prinsip perjuangan merupakan teras dan dasar kepada kepelbagaian ini. Justeru akhirnya akan membawa kepada kemantapan dan kecemerlangan.

Perbezaan pendapat dan pendekatan merupakan sifat kreativiti Allah Ya Musowwir dan Ya Khaliq. Allah s.w.t telah memberikan sifat tersebut kepada manusia agar manusia menjadi kreatif dalam usaha-usaha kembali kepada Allah s.w.t. dengan mengadun-jalin pelbagai idea dan pendekatan.

Firman Allah s.w.t;
Maksudnya:

”Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk agamaNya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yanh tersusun kukuh.” As-Sof: ayat 4.


Oleh itu perbezaan-perbezaan yang wujud harus diterima sebagai kepelbagaian teknik dakwah yang harus merangkumi pelbagai jenis mad’u atau sasaran dakwah. Dewan Muslimat PAS sentiasa menerima dengan terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menggabungkan diri dalam perjuangan ini dan bersedia menerima teguran, pandangan dan pendapat demi kecemerlangan perjuangan.

MUSLIMAT BERINTERGRITI DAN BERPERANAN SEBAGAI DA’I KEPADA MASYARAKAT

Bagi memastikan kesatuan yang kukuh di kalangan jentera muslimat, usaha-usaha ke arah melahirkan muslimat yang bercirikan kepada muhajidah, berilmu, beriman, beramal, bertaqwa, beristiqamah serta berperanan sebagai da’i pada masyarakat mestilah dipertingkatkan. Untuk itu, Dewan Muslimat PAS akan terus memberikan komitmen kepada usaha-usaha pembentukan kepimpinan dan amilin yang profesional melalui penubuhan akademi naqibah. Harapan kita ianya akan dapat mendidik dan melahirkan saf kepimpinan yang mampu memimpin wanita di semua peringkat, serta menjadi amilin yang mampu menyerahkan seluruh jiwa dan raga untuk perjuangan suci ini. Mudah-mudahan dengan itu kita para pendokong Muslimat akan termasuk di dalam golongan mereka yang berjual beli dengan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya;

”Wahai orang-orang beriman, mahukah Aku tunjukkan perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenar).” as-Sof: ayat 10 – 11.


i. Peranan memantapkan akhlak masyarakat.

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Dewan Muslimat PAS di semua peringkat hendaklah sentiasa memberikan komitmen yang berterusan bagi membawa masyarakat kepada berkeperibadian dan akhlak yang tinggi dan terpuji. Muslimat adalah agen perubahan bagi kemantapan kehidupan masyarakat dalam semua aspek kehidupan. Sewajarnyalah berbekalkan dengan pentarbiyahan tenaga para dai’ dari kalangan muslimat ini serta kesatuan fikrah berupaya menarik minat masyarakat ke arah matlamat yang diidamkan.

Muslimat menekankan akhlak terpuji di dalam semua aspek kehidupan termasuk aspek ekonomi, pendidikan, kekeluargaan, perundangan, kesenian, sukan dan sebagainya. Akhlak terpuji yang dibawa oleh Islam ini adalah seperti nilai-nilai jujur, amanah, bertanggungjawab, hormat menghormati, bantu-membantu, prihatin dan seumpamanya. Sifat-sifat ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah merupakan keperluan manusia sejagat.

Firman Allah s.w.t;
Maksudnya:

”Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” al-Anbia: ayat 107.


Begitu juga seluruh manusia menolak keperibadian buruk yang akan merosakkan kehidupan seperti rasuah, penyelewengan, amalan riba’, mementingkan diri sendiri, kezaliman, penindasan dan seumpamanya.

ii. Peranan mengembalikan masyarakat Islam sebagai pendokong kepada ajaran Islam yang syumul.

Di dalam usaha-usaha kita membina masyarakat berakhlak, Dewan Muslimat PAS ingin menegaskan bahawa ummat Islamlah sewajarnya menjadi contoh teladan kepada masyarakat keseluruhannya. Tanggungjawab ini terpikul berat ke atas bahu Muslimat PAS. Muslimat PAS harus berbeza dengan wanita yang tidak menjalani proses tarbiyah yang lain. Jika tidak akan jadilah keadaan sebagaimana perumpamaan yang menggambarkan keadaan ”ketam yang menyuruh anaknya berjalan betul”.

Islam telah diturunkan sebagai satu cara hidup yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Ummat Islam mesti kembali kepada cara hidup Islam dan meninggalkan cara hidup jahiliyyah yang dibawa oleh penjajah. Cara hidup yang kuat dipengaruhi oleh penjajah ini telah menyempitkan Islam sebagai hanya satu agama ritual dan telah diwarisi serta membelenggu ummat Islam hingga kini.

Ummat Islam harus mengembalikan sistem perundangan Islam, pendidikan Islam, perubatan Islam, kekeluargaan Islam, ekonomi Islam, kesenian Islam dan sistem kerjaya yang berlandaskan Islam. Kembali kepada satu sitem hidup Islam sebagai ad-Deen - ”Islam as a way of life” satu kehidupan yang diredai oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:

”Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan jangan kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” al-Baqarah : ayat 208.



Dewan Muslimat melalui program penerangan, kebajikan, perundangan akan terus memberikan komitmen yang sangat tinggi bagi membawa masyarakat Islam khususnya di Malaysia ini kembali kepada cara hidup Islam dalam semua aspek kehidupan. Tidak lupa juga kita mendokong usaha-usaha Nisa’ memperkenalkan dan memikat para remaja kita ke arah cara hidup Islam yang syumul.

iii. Peranan membawa masyarakat keluar daripada kemelut kehancuran institusi keluarga

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Dewan Muslimat PAS sangat prihatin terhadap masalah yang menimpa institusi keluarga khususnya umat Islam. Kadar perceraian yang tinggi dan sangat mencemaskan menunjukkan penyakit yang kronik sedang menimpa institusi keluarga.

Dewan Muslimat ingin menegaskan bahawa institusi keluarga mestilah kembali kepada peranannya yang asal iaitu melahirkan dan membina ummat yang memperjuangkan kehidupan yang diredai oleh Allah s.w.t. Hari ini kita dapati matlamat perkahwinan bukan lagi untuk membina keluarga yang menjadi batu-bata masyarakat yang kukuh. Malang sekali ianya seolah-olah telah menjadi tempat dimana dunia dan wang ringgit menjadi matlamat sehingga melupakan tanggungjawab isteri, suami untuk memberi kasih sayang dan mendidik anak-anak.

Kekusutan hubungan suami isteri yang sangat mencemaskan ini, akhirnya membawa kesan negatif kepada anak-anak. Akibatnya anak-anak terabai dan membawa mereka kepada gejala sosial yang melalai dan merosakkan mereka.

Menyedari akan hakikat ini, Dewan Muslimat perlulah mengembelingkan tenaga bagi membuat program-program kesedaran dan pengisian rohani bagi membawa mereka kembali kepada fitrahnya yang asal dan akhirnya akan membawa kepada keharmonian rumahtangga.

MENGUBAH MINDA WANITA MALAYSIA KE ARAH KECEMERLANGAN UMMAH

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Wanita Malaysia perlulah dibawa ke arah mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat. Sebahagian mereka perlu mengubah minda sedia ada yang selama ini dibelenggu dengan pelbagai kepercayaan dan prinsip yang negatif, akibatnya mereka mundur dari segala aspek.

Kekurangan ilmu tentang kehidupan termasuk perundangan, hak-hak wanita, pendidikan dan ekonomi menjadikan masih ramai wanita Malaysia hari ini hanya mampu mengikut arus dan tidak mampu berfikiran kritis, proaktif dan inovatif. Usaha - usaha perlu kita lakukan bagi membawa wanita kepada kecemerlangan serta mampu memilih yang benar dan yang salah. Tegas Allah s.w.t pada firmanNya;

Maksudnya:

”Katakanlah adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” az-Zumar : ayat 9.


Pemikiran negatif yang berpada dalam ”zon selesa”, takut untuk mencuba perkara baru, takut gagal, takut mengambil risiko dan tidak mampu menempuh ujian dan dugaan dengan penuh ketabahan menjadikan ramai kaum wanita Malaysia khususnya wanita Melayu hanya menjadi pengguna, tetapi tidak mampu mencipta produk baru dan pendekatan baru. Masalah ini ditambah lagi dengan sikap malas, suka mencari jalan pintas, suka bergantung kepada orang lain dan tidak mahu berusaha. Akhirnya masih ramai wanita-wanita ini tertipu dengan pelbagai tipu - daya skim cepat kaya dan seumpamanya.

Oleh itu, Dewan Muslimat perlulah memberikan komitmen yang tinggi melalui pelbagai program penerangan. Sasarannya adalah termasuk wanita bandar, luar bandar, warga emas khususnya wanita Melayu. Usaha-usaha ini bagi mengubah minda mereka daripada berfikiran negatif dan statik kepada pemikiran positif dan dinamik yang akan menggerakkan perubahan di dalam masyarakat.

MENGUASAI POLITIK NEGARA DENGAN KESYUMULAN ISLAM

Politik negara kita hari ini telah dicemari dengan pelbagai amalan rasuah, penyelewengan dan ketidakadilan. Ramai ahli-ahli politik di negara ini telah dilabelkan oleh sebahagian besar rakyat sebagai perompak harta negara, yang mana mereka menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mendapatkan keuntungan dan wang ringgit bagi kepentingan diri. Kesibukan mencari ruang-ruang kepentingan diri menyebabkan kurangnya masa untuk memikirkan pembangunan negara dan kepentingan rakyat. Sekiranya ada yang mengkritik dan membangkang, maka pelbagai tindakan politik akan dikenakan sehingga ramai yang terpaksa berdiam diri walaupun nampak penyelewengan yang jelas di depan mata mereka.

Namun begitu, PAS dan parti-parti rakan dalam gabungan Pakatan Rakyat tidak pernah gentar dengan ugutan dan tindakan mereka. Kebenaran dan keadilan terus dilaungkan dan ditegakkan. Dewan Muslimat ingin menegaskan kepada semua aktivitis PAS dan Pakatan Rakyat bahawa kami sentiasa memberikan sokongan padu dan akan terus bersama walau apa dugaan sekalipun yang akan mendatang.

Dewan Muslimat akan bersama menyumbangkan usaha – usaha yang telah dirancang oleh PAS Pusat dalam agenda membawa ciri-ciri Islamiyah dalam berpolitik dan bernegara. Sesungguhnya kesyumulan Islam hanya dapat dinikmati melalui amal yang berterusan bukan sekadar retorik sahaja. Jika tidak terjadilah suasana seperti UMNO yang mengagungkan Islam sebagai satu tamadun lampau yang dapat dilihat kesyumulannya hanya pada lipatan sejarah dan juga pada lembaran kertas kitab-kitab yang tersusun baik di perpustakaan.

i. Peranan muslimat dalam penggubalan undang - undang dan hala tuju negara

Dewan Muslimat PAS tidak ketinggalan memainkan peranan dalam penggubalan undang-undang negara. Muslimat yang diwakili oleh beberapa orang tokoh Muslimat yang menjadi Ahli Dewan Negara (Senator), Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terus menerus memperjuangkan kebenaran dan keadilan, membela mereka yang tertindas serta mereka yang menjadi mangsa politik Barisan Nasional.

Peranan muslimat dalam menentukan hala tuju negara akan semakin terserlah dengan lahirnya tokoh-tokoh muslimat di kalangan pengamal undang-undang, pengamal perubatan, ahli-ahli akademik, ahli-ahli perniagaan dan pemimpin masyarakat. Dewan Muslimat mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua cendikiawan muslimat yang sanggup mengorbankan status dan jawatan mereka demi perjuangan.

ii. Menyokong konsep kerjasama politik yang diputuskan oleh kepimpinan PAS

Dewan Muslimat juga menyokong sepenuhnya setiap keputusan Majlis Syura Ulama’ dalam menangani cabaran politik tanah air seperti konsep Tahaluf Siyasi dan sebagainya. Dewan Muslimat sangat menghargai semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan daripada parti-parti PKR dan DAP yang menghormati Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Harapan kita persefahaman dan semangat setia kawan ini dalam gabungan Pakatan Rakyat dapat diperkukuhkan lagi.

Dewan Muslimat juga sangat menghargai sumbangan ahli-ahli Kelab Penyokong PAS yang telah banyak membantu PAS terutama di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil. Sokongan padu mereka ini membuktikan PAS telah mampu menunjukkan keperibadian yang dapat diterima oleh semua pihak termasuk dari kalangan bukan Islam.

MEMBINA GENERASI PELAPIS NEGARA

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Sedarilah bahawa terlalu ramai para remaja telah rosak aqidahnya, yang memerlukan sumbangan kita untuk membawa mereka kembali kepada fitrah asal sebagai seorang hamba Allah s.w.t. Banyak pihak hari ini lalai dan leka tidak menyedari akan perancangan musuh Islam yang menyerang secara gerak saraf dengan menghantar hiburan, pelbagai jenis dadah yang merbahaya dan merosakkan kesihatan, arak, budaya rempit, lepak dan sebagainya sebagai senjata bagi menghancur masa depan generasi muda kita.

Malah mereka yang dihantar untuk pemulihan ke pusat-pusat serenti semakin bertambah dari hari ke hari. Agenda pemulihan ini amatlah sukar dan kurang berkesan serta memakan belanja yang sangat besar. Sesungguhnya cara Islam yang mengutamakan pencegahan adalah lebih berkesan dan terjamin kejayaannya.

Proses kehancuran ini dipercepatkan lagi dengan internet yang telah disalahgunakan untuk menyebarkan bahan-bahan lucah dan perkara-perkara mungkar. Pihak yang bertuhankan wang ringgit ini telah menggadaikan masa depan generasi muda demi kepentingan mereka sendiri.

i. Peranan muslimat dan NISA dalam membawa remaja keluar daripada kemelut masalah sosial melalui pelbagai strategi

Dewan Muslimat bersama Nisa’ sentiasa memberikan komitmen yang tinggi bagi mendekati para remaja bagi memujuk mereka kembali kepada cara hidup Islam. Nisa’ telah mula memantapkan jenteranya melalui pelbagai unit yang sesuai dengan jiwa remaja termasuk unit dakwah, kaunseling, kebudayaan dan sukan bagi menyediakan diri sebagai rujukan kepada para remaja yang bermasalah dan kehilangan panduan hidup.

ii. Membantu membina pemimpin masa depan dengan memperkasa keupayaan mahasiswa

Dewan Muslimat PAS juga menyedari akan fungsi cendikiawan muda terutama dari kalangan mahasiswa yang seharusnya memainkan peranan penting di dalam membawa para remaja kembali kepada Islam. Keupayaan minda dan intelek yang dikurniakan Allah s.w.t harus digunakan untuk memikirkan pelbagai pendekatan dan teknik bagi menarik kembali mereka yang telah terpesong ke jalan yang lurus.

Dewan Muslimat PAS juga mendesak pemansuhan akta AUKU yang telah mematikan sifat kritis dan kreativiti mahasiswa yang akhirnya melahirkan ramai mahasiswa yang jumud, beku dan tidak prihatin terhadap segala permaslahan masyarakatnya. Dewan Muslimat PAS sentiasa memberi komitmen untuk membawa mahasiswa kepada hala tuju yang sebenar iaitu sebagai pemimpin masa depan yang akan menggunakan seluruh kekuatan intelek yang dikurnia Allah s..w.t bagi merancang masa depan negara. Seterusnya memainkan peranan membawa negara ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.

PENGHARGAAN KEPADA SOKONGAN GENERASI MUDA YANG SANGAT MEMBERANGSANGKAN

Dewan Muslimat PAS merasa sangat terharu dengan perubahan yang ditunjukkan oleh generasi muda di dalam beberapa pilihanraya-pilihanraya kecil baru-baru ini. Walaupun dalam keadaan keperibadian yang tidak sepenuhnya Islam, mereka masih yakin untuk menerima PAS sebagai satu wadah untuk mengubah nasib mereka.

Ini menunjukkan generasi muda sudah sedar akan kerosakan dan kehancuran yang sedang mereka alami dan ingin kembali ke pangkal jalan bersama-sama dengan PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat. Dewan Muslimat PAS ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang padu yang diberikan oleh generasi muda hari ini. Marilah sama-sama kita berganding bahu melakukan sesuatu untuk memberi kesedaran kepada semua generasi muda di Malaysia ini dan membawa mereka kembali ke jalan fitrah asal mereka.

MENGUKUHKAN HUBUNGAN MUSLIMAT DAN MASYARAKAT DENGAN MEMPERGIATKAN AGENDA KEBAJIKAN

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Di dalam kemajuan negara yang dibanggakan oleh kerajaan BN, sebenarnya masih ramai lagi rakyat yang dhaif, tertindas, teraniaya dan yang tidak cukup keperluan hidup dan masih memerlukan bantuan. Perbezaan antara golongan kaya dan miskin sudah mulai menampakkan jurang yang sangat besar. Ini adalah kerana sistem zakat kerajaan BN hari ini tidak mampu melaksanakan fungsinya secara berkesan. Ditambah lagi dengan situasi ekonomi berasaskan kapitalisma dan materialisma yang semakin lumpuh, bilangan rakyat miskin akan meningkat hari demi hari.

Dewan Muslimat PAS juga menyedari bahawa rakyat negara ini bukan sahaja miskin harta, tetapi juga miskin agama. Jentera kerajaan BN yang ditugaskan memberi ilmu agama kepada rakyat tidak mampu melaksanakan tugasnya dengan baik. Islam hadhari yang diperjuangkan kerajaan BN tidak menampakkan sebarang kesan dalam membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai satu cara hidup.

MEWUJUDKAN PUSAT KHIDMAT BERSEPADU (ONE STOP CENTER)

Menyedari akan situasi rakyat yang semakin kronik, Dewan Muslimat PAS telah memberi komitmen yang tinggi selama ini terutama bersama negeri-negeri Pakatan Rakyat dan NGO yang memperjuangkan kebajikan rakyat dalam membantu golongan miskin, tertindas, teraniaya dan kurang upaya mengikut keupayaan yang diberikan oleh Allah s.w.t.

Dewan Muslimat juga sedang berusaha untuk menubuhkan Pusat Khidmat Bersepadu (One stop center) di semua peringkat bagi membolehkan masyarakat berbilang kaum datang untuk mendapatkan pelbagai khidmat mengikut kemampuan PAS.

KETRAMPILAN MUSLIMAT SEBAGAI RUJUKAN MASYARAKAT

Bagi memberikan pelbagai perkhidmatan alternatif kepada masyarakat, sudah tentulah Muslimat harus menyediakan jentera kebajikan yang ramai dan berkebolehan serta mempunyai ketrampilan bagi membolehkan muslimat menjuarai kerja-kerja kebajikan dan pembelaan. Oleh itu Dewan Muslimat PAS menyeru kepada semua ahli muslimat agar menyediakan diri dengan pelbagai kebolehan dan kemahiran agar kita boleh memberi sumbangan melalui pusat khidmat ini.

Dalam masa yang sama, Dewan Muslimat juga menyeru seluruh muslimat yang bekerjaya yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang untuk turun padang bersama seluruh jentera muslimat bagi menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

PAS FOR ALL’ MEMPERTEGASKAN PAS SEBAGAI WADAH PILIHAN UMMAH

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Alhamdulillah, agenda ’PAS FOR ALL’ telah banyak menarik minat pelbagai golongan untuk mendekati PAS. Walaupun selama ini PAS sememangnya sentiasa bersikap terbuka, namun dengan penekanan ini, PAS telah mampu dilihat sebagai wadah pilihan untuk pelbagai golongan dan kaum bagi memperjuangkan hak masing-masing.

Sifat keterbukaan, kerendahan hati dan keikhlasan pemimpin dan ahli-ahli PAS telah mampu meningkatkan kepercayaan pelbagai golongan untuk menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan pilihan mereka.

Dewan Muslimat PAS bersama dengan seluruh jentera PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat berusaha untuk memberikan komitmen yang tinggi dalam menunaikan hasrat ahli-ahli Kelab Penyokong PAS khususnya dan seluruh rakyat yang memerlukan bantuan.

MANSUHKAN AKTA RIMBA ISA

Dewan Muslimat mengulangi ketegasan bahawa akta rimba ISA ini mesti dimansuhkan segera. Kami amat bersimpati di atas penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh isteri-isteri dan keluarga mangsa ISA. Mereka yang tidak berdosa ini tersepit dan dizalimi oleh tindakan zalim kerajaan yang memenjarakan suami-suami mereka tanpa bicara dan tanpa peluang membela diri di mahkamah terbuka. Sesungguhnya tiada penjara tanpa bicara dalam Islam. Keadilan Islam memberikan hak kepada yang dituduh untuk membela diri.

Firman Allah s.w.t;
Maksudnya:

”Wahai orang-orang yang beriman jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu-bapa dan kaum kerabatmu, jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu akan kemaslahatannya, maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran, dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.” an-Nisa’ : ayat 135.


MEMPERTAHANKAN KEMENANGAN DI MANEK URAI

Kita melihat senario yang amat ganjil sekarang dimana BN yang diterajui oleh UMNO begitu ”phobia” dalam menghadapi pilihanraya kecil di Malaysia. Terutamanya di kawasan dimana kedudukan Pakatan Rakyat adalah kuat dan dapat menyaingi BN.

Berbagai helah akan dicari dengan memperalatkan SPR dan menggunakan mahkamah untuk mengelak berlakunya pilihanraya kecil. Sehingga kini dengan izin Allah s.w.t. BN telah kalah berturut-turut di Permatang Pauh, Kuala Trengganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang dengan majoriti yang besar.

Sesungguhnya mereka merancang dan Allah s.w.t juga merancang. Akhirnya BN menarik diri dari bertanding di Penanti. Setelah dengan rakus merampas kerajaan Perak, kini BN terdesak dan mencari helah supaya tidak berlaku pilihanraya kecil di seluruh negeri Perak. Kita tetap mengulangi desakan rakyat agar mereka diberikan hak memilih kerajaan Perak yang mereka inginkan. Tiada pilihan lain bagi penyelesaian kemelut di Perak hanyalah sebaik-baiknya mengada pilhanraya bagi rakyat memilih kerajaan yang mereka yakin dan sokong sepenuhnya.

Kini kita diuji pula dengan kekosongan di DUN Manek Urai, Kelantan. Walaupun dikatakan bahawa Manek Urai adalah kubu kuat PAS, tetapi kita mestilah bersiap siaga bagi mempertahankannya.

Muslimat akan mempertingkat usaha-usaha ke arah mencapai kejayaan yang cemerlang di Manek Urai. Tidak lupa juga doa dan munajat yang berterusan dipohonkan terhadap Allah s.w.t agar kemenangan berpihak kepada kita.

PENUTUP

Marilah kita meneguhkan parti kita dengan ciri-ciri Islamiyah ke arah penghayatan Islam yang syumul dalam mentadbir dan mempertahankan negeri-negeri Pakatan Rakyat. Usaha-usaha mengekal keyakinan serta melipat gandakan sokongan rakyat bukan Islam yang kita dapat selama ini, mestilah dipergiatkan. Seharusnya Kelab Penyokong PAS diberikan peranan yang lebih besar bagi meraih dan mengekalkan sokongan mereka terhadap parti kita.

Marilah kita memohon kepada Allah s.w.t agar melempahkan rahmat dan keampunanNya kepada kita dan saudara - saudara kita yang telah mendahului kita menemuiNya.

Akhir sekali, marilah kita dengan segala rendah hati memohon agar Allah s.w.t memberkati Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke 49 ini, supaya berjaya menjana rumusan dan tindakan susulan yang matang. Saya mengajak Muslimat sekalian bersama-sama melaksanakan aspirasi MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT KALI KE-49 ini dengan tema: ”MENYEMARAK KEMENANGAN, MENYATU RAKYAT”

Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah.
Wasalamu’alaykum warahmatullahi wa barakaatuh.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.
READ MORE - MUSLIMAT BERINTEGRITI, DAIE KPD MASYARAKAT