laman ini sedang dalam penambahbaikkan..
sebarang kesulitan amat dikesali..

Anjakan dunia digital; bersediakah universiti kita?

Friday, May 29, 2009

Dunia menyaksikan pesatnya pembangunan teknologi tanpa sempadan dan tanpa wayar. Tiada sesiapa lagi yang mampu menghalang anjakan dunia digital yang semakin hari ada-ada saja penemuan terbaru. Perkembangan digital ini bukan hanya melanda negara-negara maju malah menjangkau ke setiap pelusuk dunia. Juga bukan hanya melibatkan sektor-sektor teknologi Negara malah juga menyerap masuk ke sector lain seperti pertanian, pendidikan dan lain-lain lagi. Bercakap soal penyusupan masuk teknologi digital ini ke semua sektor negara, sistem pendidikan negara tetap tidak dapat lari dan mengamalkan dasar tertutup terhadap kepesatan teknologi digital ini. Apa yang menjadi persoalan, bersediakah universiti-universiti negara dalam menghadapi anjakan dunia digital ini?


Satu suara, satu matlamat dan satu cita-cita

suara mahasiswa cuba untuk merungkai persoalan ini. Namun perbincangan yang memakan masa selama hanya satu jam semestinya belum cukup untuk merungkaikan persoalan yang terwujud.. Sebagai pendengar di dalam rakaman tersebut semestinya mengundang rasa yang pelbagai kerana tiada peluang untuk mengutarakan pendapat. (gatal anak tekak menahan lidah yang ingin berkata2, kalau boleh ingin saja saya bangun mengutarakan hujah)..

"mahasiswa bukan hanya perlu bersedia, malah "wajib" bersedia dalam menghadapi anjakan digital ini" kesimpulan daripada panelis kedua, saudari Nur Shahida Shaari, timbalan pengerusi helwani PMIUPM merangkap exco akademik MPP UPM cukup tepat. Sewajarnya mahasiswa wajib bersedia menghadapi perubahan ini. Malah bukan hanya mahasiswa perlu bersedia namun, semua pelajar di mana-mana peringkat pengajian wajib bersedia menghadapi cabaran global ini.

Salahkah kehadiran teknologi digital?

Ramai yang berpendapat perkembangan teknologi dunia terutamanya penggunaan jaringan internet mengundang pelbagai impak negatif kepada mahasiswa dan pelajar menyebabkan ramai yang terlalu mengongkong penggunaan teknologi terkini ini. Ramai yang menolak kehadiran televisyen di rumah, menolak pengunaan internet terlalu berleluasa, menapis setiap maklumat yang boleh diterima anak-anak dan remaja dan bermacam-macam lagi. Tindakan yang dibuat ini pada saya adalah suatu tindakan yang benar-benar kurang tepat. AWAS!! Generasi yang anda lahirkan melalui pendekatan ini pasti terbahagi kepada dua golongan. Golongan pertama; generasi yang berfikiran sempit dan hanya berada dalam kelompok sendiri. Atau golongan kedua; generasi yang mengalami kejutan budaya melampau.

Ibarat membuang daun-daun rosak pada pokok tanpa diberikan baja dan air secukupnya. Sehelai daun menjadi rosak, maka sehelailah daun yang dibuang…akhirnya yang tinggal hanya batang pokok yang makin kurus melidi dan menunggu masa akan tumbang bila-bila masa. Demikianlah generasi kita samada mahasiswa di peringkat pengajian tinggi mahupun pelajar di peringkat rendah..

Transfomasikan sistem pendidikan sedia ada

Sistem pengajian sedia ada yang bersifat ilmu pengetahuan semata perlu diubah kepada suatu system yang lebih memberi penekanan kepada aspek pembinaan jati diri dan pembinaan kualiti diri terutamanya sebagai persediaan menghadapi cabaran global. Pemantapan aqidah yang menjadi tunjang kepada keimanan muslim perlu diperkemaskan. Asas keimanan iaitu mengenali pencipta perlu dipasak dalam diri semua pelajar atau mahasiswa. Disinilah akan munculnya kekuatan atau benteng diri yang kukuh walau di mana saja anak muda kita dicampakkan. Ketinggian disiplin yang tinggi perlu menjadi peribadi individu. Bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang mempunyai nilai disiplin yang tinggi. (kunjungi laman http://kongrespendidikan.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut mengenai transformasi sistem pendidikan negara)

Hadkan 10 subjek dalam SPM menjelang 2010

Saya melihat suatu tindakan positif diambil oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah menghadkan 10 bilangan matapelajaran sahaja yang boleh diambil dalam peperiksaan SPM. Usaha ini adalah sesuatu yang baik seandainya usaha ini bertujuan mengurangkan kebergantungan pelajar terhadap sistem pengajian yang berorientasikan peperiksaan. Sistem pembelajaran berorientasikan peperiksaan ini perlu ditukar kepada sistem penilaian yang berlainan methodnya (saya belum memikirkan method baru ini, nantikan posting seterusnya). Ilmu itu ibarat cahaya dan hanya akan melekat pada jiwa yang bersih dan benar-benar inginkannya. Kesungguhan yang benar-benar lahir dari jiwa amatlah diperlukan dalam melahirkan ilmuan yang benar-benar ilmuan. bukan desakan untuk lulus dalam peperiksaan semata.

kesimpulan...

rasanya masih terlalu awal untuk saya membuat sebarang kesimpulan di sini.. namun gesaan daripada saya, sistem pendidikan sedia ada perlu dikaji semula dan satu proses transfomasi perlu dilakukan..dan jom beramai-ramai ke kongres pendidikan anjuran gamis.. rejuvenasi sistem pendidikan islam negara..

3 comments:

demahdali said...

nak komen cket...
ana xsetuju langsung limit 10 sbjek SPM...
bila bende ne dilaksanakan, kita sebenarnya da limitkan tahap pembacaan pelajar.so, skop pembacaan peljar smkn kecil, pengetahuan semkn terbts...rugi sgt2!!!!

demahdali said...

Mayb kak terlepas, menjelang thn 2010, sistem pnddkn Malaysia akn berubah..

UPSR 30% exam...70% aktiviti luar bilik drjh..
PMR 50-50..
SPM - 30-70

UPSR sbg contoh, penilaian dibuat sjk dr tahun satu...so, mmg sistem kita sedang berbh...

ana kama said...

pada ana, skema pemarkahan or penilaian hanya bsifat teknikal. apa yang mjadi dasar kepada sistem pndidikan yang ada adalah capaian atau target yang diinginkan. sama juga dengan pentarbiyahan dalam jemaah, manhaj n method y dgunakan hanyalah bsifat teknikal namun sasaran atau target yang tarbiyah kita nak capai itu yang mjadi asas.

Post a Comment